They're My Best Buddies

Monday, 27 February 2012

Shopping Itu Terapi Stress...??

Assalammualaikum W.B.T

Selamat pagi semua. Isnin kembali lagi. Walaupun ada rasa malas nak bangun pagi tadi, tapi semangat nak pergi kerja tu tetap ada...hehe (",)

Dua hari bercuti dimanfaatkan dengan aktiviti yg betul-betul dapat mengurangkan tekanan yg dihidapi. Hahaha...macam apa je. Tekanan tu tak la besar sangat. Hingga ke hari ni pun, aku masih terasa yg 'buah hati' aku tu dekat je.

Tapi, takkan la disebabkan 'buah hati' diambil orang, aku nak kecewa berbulan-bulan, kan...? Jadi, cuti sabtu ahad yg baru lepas ni, memang aku manfaatkan dengan aktiviti shopping..!! Serius...memang release tension (",)

Dulu, masa aku putus cinta, kawan aku pernah menasihati aku supaya menghabiskan masa di shopping complex. Walaupun aktiviti tu sebenarnya memerlukan duit yg banyak, tapi aktiviti shopping tu memang boleh meredakan tekanan. Aku masa tu ambil mudah je nasihat dia. Bila aku dah cuba sekali, memang betul la...terapi paling mujarab untuk pesakit 'jiwa'...hehehe

So, setiap kali aku ada masalah lepas tu, memang aku suka pergi shopping. Tak perlu shopping sampai nak berhabis beribu-ribu ringgit. Cukup sekadar aku dapat beli sebuah majalah, dah memadai.

Kepada kawan-kawan yg banyak memberi sokongan (terutamanya pasal kes hilang kereta baru-baru ni)...terima kasih banyak-banyak...'buah hati' masih belum dijumpai...aku redha...isk..isk..isk (",)

p/s : semangat berBlogging dah kembali...yeay!!
Post a Comment