They're My Best Buddies

Monday, 20 February 2012

Sedih mengalahkan orang putus cinta

Aku memang tengah bersedih. Sedih yg tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Sedih yg mengalahkan orang putus cinta lagaknya! Rasa nak menangis. Tapi, kenapa la airmata ni tak nak keluar...??

Teman serumah kata aku sangat tabah. Tabah kah aku...?? Tuhan jelah yg tahu. Masih ada senyuman walaupun hati sedang berduka. Masih boleh tertawa riang walau jiwa tak tenteram. Ya Allah berikan aku kesabaran untuk menempuh dugaan-Mu ini.


Sedih bila terpksa berjauhan dengan 'buah hati' aku yg satu ni. Kereta, kat mana kau berada..? Siapalah yg tergamak memisahkan kita..? Pencuri, tolong la pulangkan balik 'buah hati' aku ni...pleaseeeee =(
Post a Comment