They're My Best Buddies

Wednesday, 22 February 2012

Orang Tamak Selalu Untung

Assalammualaikum W.B.T

Baru la terasa nak update entri setelah berhari-hari menyepikan diri kan. Okay. Hari ni nak cerita pasal orang tamak ni. Kenapa pula la aku tulis orang tamak selalu untung ni..?? Bukan ke ada peribahasa yg berbunyi 'Orang Tamak Selalu Rugi'...? Betul la tu...aku je yg memanipulasikan peribahasa tu. Nak tahu kenapa...? Okay...teruskan membaca (",)

Aku dah jumpa ramai sangat orang tamak ni. Macam-macam jenis tamak. Yg tamakkan makanan la. Yg tamakkan harta la. Yg tamakkan cinta pun ada. Amboi...memang tamak sungguh korang ni ye! Sekarang ni aku nak cerita tentang yg tamakkan cinta. Sebab tamakkan makanan tu dah kedengaran biasa. Tamakkan harta pun bukan perkara luarbiasa.

Hal ni berlaku kepada kawan aku sendiri. Dia bukan seorang yg tamakkan cinta. Tapi, dia menjadi mangsa seseorang yg tamakkan cinta! Kesian dia...hatinya semakin hari semakin tertanya-tanya. Nak dilepaskan terasa sayang. Nak terus 'pegang' tak kesampaian pula.

Tapi, kenapa pula orang yg tamakkan cinta ni boleh dikategorikan sebagai orang yg untung...? Betul la untung. Dia boleh dapat kasih sayang dan perhatian dari banyak pihak! Dia nak si A temankan dia siang hari, dia boleh dapat. Dia nak si B temankan dia di malam hari pun dia boleh dapat. Pendek kata, apa yg dia nak...dia boleh dapat. Semua pun dia nak. Tamak kan bunyinya...?? Tapi, untungkan dia...??

Bagi aku la, secara peribadinya, orang yg tamakkan cinta ni tak patut wujud dalam dunia. Dia bukan saja membuatkan dirinya tak berharga, malah dia juga secara tak langsung telah menyakiti hati banyak pihak.

Kepada kawan aku yg seorang ni, kuatkan semangat. Jangan biarkan hati yg control kita. Biar kita yg control hati, okay..? Chaiyok (",)


p/s : sakit jadi mangsa orang yg tamak...!!
Post a Comment