They're My Best Buddies

Friday, 17 February 2012

Jual Minyak Ke...?

Al-kisahnya, petang semalam aku terpaksa melepakkan diri di department sebelah. Ada tugasan baru untuk aku terima. Department tu memang la kesemuanya lelaki. Dan orang yg berurusan dengan aku tu pun seorang lelaki.

Selepas sejam, aku kembali semula ke tempat aku. Lina, teman sepejabat aku terus bercerita tentang perihal bos yg bertanya di mana aku ketika aku berada di department sebelah tu.

Bos : Dila mana...?

Lina : Ada kat sebelah bos...

Bos : Buat apa dia kat sebelah...? Jual minyak ke...?

Chaisss...tergamak bos buruk sangka terhadap saya. Jual minyak ye bos...apa la bos ni. Bos yg suruh saya take over kerja tu. Lepas tu bos cakap saya jual minyak pula. Kecil hati..huhu :p

Hmm..bos aku tu mulutnya boleh tahan juga. Tapi, tak ambil hati pun. Tau dia memang bergurau je.



p/s : bos...saya ada minyak gamat ni...nak beli tak...?? hahaha...
Post a Comment