They're My Best Buddies

Tuesday, 28 February 2012

Bila Malaysia Jadi Negara Maju

Assalammualaikum W.B.T

Semalam aku dapat 1 email tentang murtad ni. Mungkin dah ramai yg dapat dan pernah baca email tu. Dalam email tu tertulis Pertubuhan Melayu Murtad telah ditubuhkan dan Persatuan Melayu Kristian telah diluluskan di Malaysia. Seram sejuk aku baca email tu. Bila negara jadi semakin maju, maka hidup pun kena maju juga la kan. Bila hidup jadi lebih maju, maka kita boleh buat apa saja la ye...?

Astaghfirullah...ya Allah, selamatkanlah umat Nabi Muhammad di atas muka bumi-Mu ini...amin.

Kepada yg belum pernah baca email tu, kat sini aku share beberapa perkara dengan korang semua. Mengikut kata Mufti Besar Perak, Datuk Harussani Zakaria, pertubuhan ni ada menghantar memorendum kepada PM kita minta diluluskan. Ada beberapa perkara yg mereka mahu masukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Perkara-perkara tu adalah :

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun

- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama
 
- Maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu, diorang minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain

- Mahkamah syariah kalau takde, habis la kita tuan-tuan. Walaupun bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?

Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa? Diorang kata kat Mufti Besar Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'

Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"
 
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Hmm..aku bukan tak suka Malaysia ni maju. Dan aku bukan la tak suka bila diri sendiri menjadi lebih maju. Tapi, bila akibatnya jadi macam ni...aku risau juga. Risau nak pertahankan Islam tu. Terasa macam peperangan agama bakal berlaku tak lama lagi. Wallahu'alam.

 
p/s : sharing is caring (",)

Post a Comment