They're My Best Buddies

Monday, 13 February 2012

Bagaimana Iblis Bertindak Terhadap Manusia

Assalammualaikum W.B.T

Nabi Muhammad S.A.W pernah bertanya : "Wahai Iblis, bagaimanakah caranya kamu bertindak terhadap makhluk Allah..?"

Jawab Iblis : "Ya Nabi Allah, ada beberapa cara yg aku gunakan mengikut keperluan semasa seperti berikut...

1. Terhadap perempuan-perempuan aku akan naikkan nafsu dan syahwatnya dengan merenggangkan kedua-dua pahanya kepada lelaki yg bukan suaminya, sehingga ada sesetengahnya mengeluarkan benih yg salah (menjadi anak zina) yg dikeji oleh Allah.

2. Sesetengahnya pula aku lalaikan mereka daripada solat. Dan aku akan perdayakan mereka dengan makanan dan minuman yg haram dan akan membuatkan mereka suka kepada maksiat.

3. Sesetengahnya pula aku lalaikan dengan harta benda supaya segala hasil kekayaan itu digunakan untuk membuat maksiat, noda, dosa dan penderhakaan kepada Allah.

4. Ramai kaum lelaki dan wanita yg akan aku perdayakan tanpa mereka sedari sehinggalah iman mereka lemah atau gugur sama sekali. Apabila iman mereka sudah lemah, akan aku kerah bala tenteraku yg terdiri daripada syaitan dan jin untuk menarik mereka semua dengan senang melalui jalan maksiat 'pergaulan bebas' pada majlis-majlis keraian. Pada masa itulah umatmu akan makan dan minum yg haram, hilang rasa malu dan menggadaikan maruah mereka.

Ya Nabi Allah, apabila mereka sudah terlanjur melakukan maksiat dan ingin bertaubat, pada masa itu aku akan mencari cara lain pula supaya mereka tidak meneruskan cita-cita baik itu. Aku akan bisikkan kepada mereka supaya menangguhkan taubat ke suatu masa lain kerana mereka masih muda dan umru masih panjang. Ya Nabi Allah, aku dan bala tenterakau sentiasa berusaha dan tak akan berhenti untuk mencari seramai-ramai anak Adam untuk bersama denganku di dalam neraka kelak.."

p/s : renung-renungkan



Post a Comment