They're My Best Buddies

Tuesday, 17 January 2012

Nikmat Ketika Sakit

Sakit atau penyakit. Lumrahnya tidak disenangi oleh sebahagian daripada kita. Segala aktiviti kita akan terbatas jika kita ditimpa oleh sebarang penyakit. Tidak hairan jika ramai yg memandang negatif terhadap sesuatu penyakit. Namun, tidak ramai yg 'melihat' penyakit itu sebagai satu nikmat dan anugerah dari Allah S.W.T kepada hamba-Nya.

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sungguh aneh bagi seseorang mukmin itu, seluruh keadaan yg menimpa dirinya dianggap sebagai sesuatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapapun kecualai seorang yg beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan sebuah kebaikan bagi dirinya."

Jelas di dalam hadith ini, kebaikan akan datang jika kita bersabar dan redha dengan setiap ketentuan-Nya. Di antara kebaikan atau ganjaran besarnya adalah penghapusan dosa-dosa yang telah dilakukan. Seperti mana di dalam sabda Rasulullah S.A.W :

"Tidaklah seorang muslim ditimpa sakit melainkan dengannya Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana daun pokok yg berguguran."

Penghapusan dosa-dosa serta pemberian ganjaran pahala bagi yg redha dengan ujian Allah S.W.T ini tentulah kerana sifat sabar ketika ditimpa penyakit yg menjadi salah satu faktor yg dapat memudahkan kita untuk memasuki syurga dan jauh dari neraka jahanam...insyaAllah.

Kebanyakan manusia lalai daripada mengingati Allah S.W.T ketika berada dalam keadaan sihat dan senang. Tetapi, apabila ditimpa ujian, ia seringkali dapat menyedarkan kita tentang nikmat-nikmat yg telah dikurniakan sebelum ini, nikmat-nikmat yg tidak pernah kita syukuri. Ia juga menunjukkan betapa agungnya Allah S.W.T terhadap hamba-Nya, di mana DIA boleh menjadikan hamba-Nya senang atau susah dalam sekelip mata.

Sebagaimana yg kita semua tahu, setiap ujian atau musibah itu adalah akibat dari perbuatan-perbuatan kita sendiri. Seperti firman Allah S.W.T di dalam Surah Asy-Syura, ayat 30 :

"Dan apa musibah yg menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu)"

Jelaslah, penderitaan atau kesakitan yg kita alami itu sebenarnya mengandungi nikmat serta anugerah besar pemberian daripada Allah S.W.T ke atas kita semua. Wallahu'alam.


p/s : credit to Manisnya Iman (Mohd Yaakub Mohd Yunus)
Post a Comment