They're My Best Buddies

Monday, 9 January 2012

Allah S.W.T Tidak Tunjuk Secara Langsung

Assalammualaikum W.B.T

Dah pukul 2.30pm pun. Punya la susahnya nak cari idea untuk menulis entri hari ni. Inilah akibatnya bila dah bercuti dari ber'blogging' selama 2 hari. Nak buat macam mana. Bila weekend je my lappy pun terasa nak ber'weekend' juga..huhu (",)

Apa sebenarnya yg aku nak maksudkan dengan tajuk entri ni..? Aku tiba-tiba dapat idea nak menulis tentang kasihnya Allah kepada hamba-Nya, selepas aku terlalu banyak berfikir seminggu dua ni. Aku rasa sampai dah tepu dah otak aku ni. Namun aku masih tidak punya jawapan untuk persoalan ni. Cuma, aku boleh membuat kesimpulan daripada beberapa kejadian yg berlaku.

Beberapa hari ni, aku banyak menghabiskan masa dengan mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa. Aku 'buang' semua aktiviti lain. Menonton tv, makan, berbual dan yg paling best, aku sanggup tarik waktu tidur aku semata-mata untuk duduk di atas sejadah tu, berzikir, mengaji dan bersolat sunat.

Kenapa aku jadi macam tu..? Hmm..entahla, aku rasa aku ni dah tua kot. So, tak nak sia-siakan lagi waktu yg ada dengan aktiviti-aktiviti yg kurang berfaedah. Cukuplah dapat buat apa yg aku suka dengan sekadarnya.

Bila diri dah mula dekat dengan-Nya, mula la nak minta macam-macam kan. Minta diampunkan dosa. Minta dimurahkan rezeki. Minta diberi petunjuk agar diri ini kekal berada di landasan yg benar. Macam-macam lagi la pendek kata. Bila dah berhari-hari meminta belas ihsan Allah bagaikan pengemis, mula la aku terfikir, Allah tu sebenarnya tunaikan ke permintaan aku ni..?? Kalau petunjuk yg aku minta, petunjukkah yg DIA beri..??

Kadang-kadang kta tak sedar, petunjuk yg datang dari Allah tu bukan secara langsung. Petunjuk tu memerlukan kita berfikir secara rasional untuk menerimanya. Dalam erti kata lain, kita harus redha dengan setiap ketentuan-Nya. Jadi, adakah kita belum cukup redha bila kita sentiasa saja bertanya, "kenapa Allah tak makbulkan doa aku..? kenapa Allah tak tunaikan permintaan aku..?"

Sebelum kita bertanya soalan macam tu, tanya balik pada diri kita sendiri, adakah kita sudah menunaikan apa yg diperintahkan oleh-Nya..? Jika belum, cubalah yg terbaik untuk menunaikannya. Lepas tu, barulah kita meminta dari-Nya. Jika kita renungkan kembali, sebenarnya Allah telah memberi kita lebih dari apa yg kita minta. Jadi, janganlah selalu mengeluh bila kita terasa doa kita tidak dimakbulkan. Janganlah menyalahkan takdir jika kita terasa permintaan kita diabaikan.

Renung kembali beberapa perkara yg berlaku pada diri kita. Benarkah apa yg kita minta itu tidak diberi oleh Allah S.W.T..?? Benarkah Allah tidak memberi sebarang petunjuk kepada kita jika kita meminta petunjuk itu hanyalah kerana-Nya..?? Apa saja yg kita lakukan hanyalah kerana-Nya, nescaya akan mendapat ganjaran yg baik seperti yg telah Allah janjikan. Wallahu'alam.

p/s : proses muhasabah diri semakin terasa bererti (",)
Post a Comment