They're My Best Buddies

Wednesday, 30 November 2011

Aktiviti Santai Ketika Bos Tiada Di Pejabat

Adess...gila betul hari ni..bersantai habis!! Bos ada je sebenarnya. Tapi, memandangkan dia half day, dan kerja pun tak berapa nak banyak, tiba-tiba terasa nak berkaraoke! Hoho...memang tak fikir panjang la. Kakak kat ofis ni, kak Yati, dengan pantasnya menelefon pusat karaoke yg terletak di Sogo tu (Red Box) dan terus mem'booking' tempat untuk kami. Cayalah kak Yati!!


Google
Sampai sana, terus order makan. Maklumlah, lunch hour. Jadi, kenalah isi perut sebelum menyumbangkan barang seketul dua lagu kan. Pembuka tirai, memang kak Yati la yg mulakan. Aku..?? Makan dulu. Dah habis kak Yati punya part, baru aku tunjuk belang ** eh, harimau belang ke..?? hehehe...

Tengah karaoke pun sempat layan SMS dan sempat 'peace' untuk bergambar
Banyak juga la aku nyanyi tadi. Kak Yati dan seorang lagi budak ofis yg turut serta, Sha, pun tak ketinggalan. Tapi, Sha tu suara di macho beb! Padahal perempuan sejati tu ** jangan marah ye Sha (",) Bila tiba masa nak nyanyi lagu duet, Sha mesti nyanyi part lelaki. Yelah, kata suara macho! Hehehe..

Begitu asyik menghayati lagu Kisah Hati (Aliyah)
Sedar tak sedar dah 2 jam kami kat pusat karaoke tu. Dah lewat sejam dari waktu lunch. Nasib baik pusat karaoke tu cut lagu last pukul 3. Kalau dia cut pukul 5, mahu tak masuk ofis balik! Paling enjoy nyanyi lagu Trouble Is A Friend - Lenka. Cute gile lirik dia, lagu dia, dan video klip dia. Sebab tu entri sebelum ni aku post lirik lagu tu. Tiba-tiba rasa suka pula.

Aku dan teman-teman (",)
Okay la. Bukan selalu pun nak buat perangai kan. Kalau takde geng, baik je aku ni. Mengalahkan budak-budak skema tu...hehehe. Bos, lepas ni kami tak buat lagi ek. Tapi, kalau bos cuti dan kami pun takde kerja, mungkin sejarah boleh berulang kembali...hahahaha (",)

p/s : inilah natijahnya bila pejabat dekat dengan pusat hiburan!!

Trouble Is A Friend - Lenka


Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you’re fast, no matter if you’re slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You’re fine for a while but you start to lose control

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the winds, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don’t forget as you ease on down the road

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh





Tuesday, 29 November 2011

Minta Tolong Semua!!!

Assalammualaikum W.B.T...

Nak minta tolong dengan para blogger sekalian. Sesiapa yang ada add aku dalam senarai korang, boleh tak tolong bagitau kat aku apa puncanya aku punya entri yg dah di'update' tak keluar dalam latest updated entri..??

Google

Kalau korang pergi kat DASHBOARD korang kan..korang ada nampak tak aku punya entri yg updated ni..? Tadi, masa aku BW, sempatlah aku tengok-tengok kat blog yg dah masukkan aku dalam bloglist diorang. Sekali mata aku terpandang kat sesuatu yg amat menarik perhatian : when dyLLa met keyb0ard - MUNAFIK - 1 week ago..!! Hah..?? entri tu dah lama kot. Tapi, entri tu yg ada dalam senarai latest entri. Sedihnya, patutlah bilangan pembaca semakin tak ramai sejak akhir-akhir ni =(

Kenapa jadi macam ni..?? Ada sesiapa yg tahu..??

Dia Dewa Hatiku - Bab 8


Pintu bilik Syaqila diketuk ketika dia sedang bersiap-siap untuk keluar menemui Emran. Sambil merungut perlahan, Syaqila melangkah malas menuju ke pintu biliknya. Wajah papa yang tersenyum mesra muncul di muka pintu.

            “Anak papa nak ke mana cantik-cantik ni?”

            “Err, Qila nak keluar sekejap, pa. Ada apa papa datang jumpa Qila ni..? tanya Syaqila sambil memaut mesra tangan papanya, Syafiq. Dia menarik Syafiq masuk ke dalam bilik, dan bersama-sama duduk di atas katil.
            “Dah lama papa tak bercakap dengan Qila. Qila ada masa tak nak borak-borak dengan papa ni?”

            “Hmm…boleh saja. Anytime!” balas Syaqila. Namun, matanya sempat melirik ke arah jam dinding. Emran akan tiba bila-bila masa saja nanti.

            “Qila dengan Emran dah lama berkawan. Takde rancangan nak kahwin ke?” soalan Syafiq membuatkan Syaqila tersipu-sipu malu. Tidak pernah dia bercakap soal kahwin dengan sesiapa pun sebelum ni. Terasa dirinya telah dewasa ketika Syafiq mengajukan soalan seperti itu kepadanya.

            “Sabarlah, pa. Dalam perancanganlah ni. Nanti, kalau dah confirm, Qila beritahu pada papa ye,” Syaqila menjawab dengan penuh yakin. Kata-kata Emran tentang isu kahwin beberapa hari yang lepas menjadi pegangannya.

            “Baguslah kalau ada perancangan. Papa tak kisah siapa pun pilihan Qila. Asalkan orang tu beragama, boleh jaga Qila, bertanggungjawab, itu sudah memadai. Bila Qila nak bawa Emran datang jumpa papa lagi? Dah lama rasanya papa tak jumpa dia…”

            “Nanti bila dia senang, Qila ajak dia datang sini ye. Kita dinner sama-sama. Malam ni tak bolehlah, pa. Kami dah reserve tempat kat restoran tu. Next time, okay?” ujar Syaqila sambil merangkul bahu papanya.

            “Yelah. Papa pun bukanlah maksudkan malam ni. Qila jangan balik lewat sangat tau. Ingat pesan papa. Jaga diri baik-baik,” pesan Syafiq sebelum melangkah keluar dari bilik anak gadisnya itu. Sebaik saja Syaqila mengangguk, telefon bimbitnya terus berbunyi. Emran telah tiba di hadapan rumah.

            “Qila keluar dulu ye, pa?” Syaqila menyalami tangan Syafiq ketika melintasi lelaki itu.

            “Jangan balik lewat,” sekali lagi Syafiq berpesan ketika matanya mengekori langkah Syaqila yang menuruni anak tangga.

            “Baik, boss!” balas Syaqila riang.

            Perjalanan yang mengambil masa hanya setengah jam itu, bagaikan tidak terasa. Syaqila banyak bercakap sebaik saja melangkah masuk ke dalam kereta. Emran hanya mendengar dan hanya sesekali menyampuk.

            Pelayan yang ditugaskan untuk menyambut tetamu membawa Syaqila dan Emran ke meja yang telah dikhaskan untuk mereka berdua. Syaqila tersenyum berseri-seri melihat sebatang lilin yang menghiasi meja tersebut. Candle light dinner!

            “Kenapa awak susah-susah reserve tempat makan ni? Kan kita boleh makan kat tempat biasa je,” Syaqila sengaja bertanya, mengumpan tujuan Emran membawanya ke situ.

            “Sesekali nak juga makan kat tempat-tempat macam ni, kan?” jawab Emran, yang lebih merujuk kepada pendapat Syaqila sebenarnya. Gadis itu hanya mengangguk. Bibirnya masih menguntum senyuman yang mesra.
            Sementara menunggu pesanan tiba, Syaqila meneruskan perbualannya dengan Emran. Dia sibuk bertanyakan hal-hal kerja teman lelakinya itu. Sudah lama Syaqila tidak menemani Emran di pejabat jika lelaki itu terpaksa bekerja pada hujung minggu.

            “Eh, sebelum saya lupa, saya ada sesuatu nak beritahu pada awak ni,” Syaqila bersuara dengan matanya merenung tempat ke arah Emran.

            “Apa dia, Sayang?”

            “Tadi papa…” ayat Syaqila terhenti di situ. Bunyi telefon bimbit Emran bagaikan mengganggunya.

            Excuse me…” pinta Emran lalu meninggalkan Syaqila untuk menjawab panggilan telefon tersebut.

            Syaqila mengerutkan dahinya. Belum pernah Emran berkelakuan begitu. Selama ini, setiap panggilan telefon akan dijawab di hadapan Syaqila, tidak kiralah siapa pun pemanggilnya.

            ‘Macam tak nak bagi aku dengar je. Siapa yang call dia tu?’ Syaqila resah apabila hatinya mula berteka-teki. Dia sabar menanti Emran kembali ke meja mereka.

            Sorry…” kata Emran sebaik saja dia duduk semula di kerusinya.

            “Siapa tu?” tanya Syaqila penuh curiga. Terasa dirinya agak menyibuk bila mengajukan soalan itu.

            My friend la, Sayang…”

            “Perlu ke cakap jauh-jauh macam tu…?” tanya Syaqila lagi.

            Emran tersenyum memandang Syaqila. Hilang sudah senyuman yang menghiasi bibirnya sebentar tadi. Akal Emran ligat memikirkan jawapan terbaik untuk diberikan kepada Syaqila.

            “Diorang ajak saya main futsal petang tadi. Tapi, saya tolak dengan alasan tak sihat. Sebab tu saya cakap jauh-jauh. Nak cari tempat sunyi sikit. Takdelah diorang syak saya keluar,” Emran beralasan.

            “Kenapa mesti tipu? Tak boleh beritahu diorang yang awak keluar dengan saya?” Syaqila tidak berpuas hati dengan alasan Emran itu terus mengasak dengan pelbagai pertanyaan.

            “Nanti diorang ketawakan saya!”

            “Sebab?”

            “Sebab pergi dating. Dulu, saya selalu ketawakan budak pejabat yang suka sangat keluar dating tu. Saya tak naklah diorang ketawakan saya balik,” Emran cuba bersuara dengan yakin. Dalam hatinya sudah terbayangkan wajah Julia, gadis yang dikenalinya ketika mereka bersama-sama menghadiri Kursus Kecemerlangan Diri, beberapa bulan yang lepas. Gadis itulah yang sebenarnya telah menelefonnya sebentar tadi. Dia terpaksa pula berpura-pura dengan Julia dengan mengatakan yang dia sedang berkumpul dengan ahli keluarganya dan berjanji akan menghubunginya semula lewat malam nanti.

            “Tak logik,” balas Syaqila ringkas, tapi amat memberi kesan terhadap Emran. Dia cuba berlagak biasa. Sambil tersenyum mesra, Emran segera memegang tangan Syaqila dan memujuk gadis itu kembali meneruskan perbualan mereka yang terhenti sebentar tadi.

            “Papa tanya pasal kita.”

            Okay….then?” tanya Emran, berpura-pura tidak faham maksud yang hendak disampaikan oleh Syaqila. Mana mungkin dia berbicara tentang masa hadapan dengan Syaqila sedangkan dalam hatinya sudah tersemai rasa cinta untuk Julia.

            “Awak ni janganlah pura-pura tak faham pula. Papa nak tahu pasal kitalah. Pasal perancangan kita. Takkan nak berkawan je sampai bila-bila,” balas Syaqila. Agak keras nada suaranya.

            “Sayang, kan saya dah janji dengan awak. Sabarlah. Beritahu pada papa, takkan lari gunung dikejar,” pujuk Emran lagi. Dia sengaja memancing Syaqila agar gadis itu terus hanyut dibuai perasaan.

            “Papa nak jumpa awak, minggu depan…boleh?”

            “Hmm..nanti saya check jadual saya dulu. Kalau free, bolehlah saya jumpa papa awak. Dah lama saya tak jumpa dia, kan?” Emran bersuara sambil mencari beberapa alasan yang bakal diguna-pakai untuk menolak pelawaan itu di kemudian hari.

            “Tahu pun. Papa pun cakap macam tu tadi. Kalau awak jadi datang minggu depan, bolehlah saya masak sesuatu yang istimewa,” Syaqila kelihatan girang sekali. Emran hanya tersenyum sinis melihat telatah gadis itu. Baginya, Syaqila tidak lebih dari seorang kawan. Perasaannya terhadap gadis itu telah lama pudar. Dia hanya menunggu masa untuk pergi sejauh mungkin dari hidup Syaqila.


            “Sayang pandai masak ke?”

            Hellooo…tengok kakilah! Saya yang jadi Chef kat rumah tu tau,” balas Syaqila penuh yakin. Dia ketawa melihat reaksi tidak percaya pada raut wajah Emran. Perasaan bahagia mula meresapi hatinya kini.

                                                            *          *          *

            “Lama betul you keluar dengan family you tadi…” ucap Julia dalam nada suara yang begitu manja. Emran yang mendengar terasa bagaikan di awang-awangan.

            “Sesekali dapat berkumpul, macam tulah,” balas Emran. Dia tahu, Julia tidak akan sekelumit pun menaruh syak wasangka terhadapnya. Julia tidak pernah tahu tentang hal dirinya dan Syaqila.

            I mengganggu ke tadi…?”

            “Eh, tak langsung! Cuma I je yang rasa tak selesa nak berbual dengan you tadi. Maklumlah, mama, papa, atuk, nenek, adik-adik I…semua ada depan I. Seganlah…” Emran memulakan sesi pembohongannya. Dia tersenyum sendiri membayangkan wajah Julia yang mungkin sedang tersenyum juga di saat ini.

            “Wah, sampai atuk dan nenek pun ada sekali! Hmm, patutlah you tak boleh nak cakap dengan I. Okay lah, I faham…but so sorry to disturb you,” kata Julia.

            It’s okay, no need to apologise,” Emran membalas, ringkas.

            “Rancangan kita minggu depan, jadi kan?” tanya Julia tiba-tiba. Emran mengerutkan dahinya. Rancangan munggu depan..?? Ada ke dia merancang sesuatu dengan gadis itu? Emran pantas memerah otaknya, ligat memikirkan kembali perbualan-perbualan yang antara mereka berdua.

            Recall me…” pinta Emran. Dia mengalah. Tidak dapat mengingat kembali apa jua perancangan yang mungkin telah dibuat dengan Julia.

            You promised to meet my parents next week, remember?”

            Did I..?” tanya Emran kurang pasti. Benarkah dia telah berjanji untuk bertemu dengan keluarga Julia..? Jika benar, dia perlu mencari alasan untuk mengelaknya. Walaupun dia benar-benar telah jatuh cinta dengan gadis itu, namun untuk meletakkan seratus peratus komitmen terhadap Julia, adalah perkara yang amat mustahil untuk dilakukannya sekarang. Hubungan mereka masih di peringkat awal. Banyak lagi perkara tentang Julia yang dia tidak tahu.

            You sendiri yang janji dengan I. I tak pernah ajak pun you jumpa keluarga I. Tapi, kalau you tak nak, takpela…” balas Julia separuh merajuk. Dia tahu, Emran amat lemah dengan rajuknya. Pasti lelaki itu akan menurut. Julia yang ada agenda tersendiri untuk memiliki Emran, harus memastikan lelaki itu mesti berada dalam genggamannya.

            “Err…I bukan tak nak. I belum sedia lagi,” balas Emran teragak-agak. Dia mulai susah hati. Jika Julia merajuk, pasti gadis itu tidak mahu menghubunginya lagi. Sebelum ini pernah terjadi, di mana Emran dengan tidak sengaja telah terlupa akan janjinya, menyebabkan Julia merajuk hingga berminggu-minggu tidak mahu bercakap dan bertemu dengannya. Ketika itu, Emran bagaikan kucing yang kehilangan anak. Semuanya bagaikan tidak kena.

            I bukan nak suruh you kahwin dengan I pun. I sedarlah diri I ni tak layak untuk you. But, you yourself promised me to meet my parents. I dah beritahu pada papa dan mama yang you nak datang jumpa mereka. Hmm, it’s okay…I’ll tell them you’re cancelling the plan,” kata-kata Julia yang berbaur ugutan itu sedikit-sebanyak mencemaskan Emran. Dia tidak mahu kehilangan Julia. Dalam hatinya kini hanya wujud gadis itu sahaja.

            “Janganlah cakap macam tu. I yang tak layak dengan you sebenarnya. I dapat kawan dengan you macam ni pun dah rasa sangat bertuah. Okay, I setuju pergi jumpa papa dan mama you, puas hati..?”

            “Betul ni..?” suara Julia kembali ceria.

            Promise!”

            Second time you promised, dear. Don’t ever forget it…” pesanan Julia itu membuatkan Emran tertawa riang. Senang hatinya mendengar suara Julia yang kembali ceria.

            Mereka kembali berbual seperti sediakala. Kadang-kadang terdengar suara Julia di hujung talian yang tertawa riang dengan jenaka Emran. Emran terasa amat bahagia. Tidak sedikit pun perasaan bersalah terhadap Syaqila wujud dalam hati. Baginya, cinta dalam hati hanyalah untuk gadis yang bernama Julia.

Dia Dewa Hatiku - Bab 7


Zahir masih berpusing-pusing mencari tempat seperti yang tertulis di atas kertas di tangannya itu. Sambil meninjau, Zahir mengambil keputusan untuk berhenti rehat. Cuaca panas membuatkan dia terasa letih dan dahaga.

            Dia melintas ke seberang jalan untuk berteduh di salah sebuah gerai makan yang terdapat di situ. Tekaknya terasa ingin menikmati ais kacang pula. Tanpa membuang masa, Zahir terus memanggil seorang kakak yang berniaga di situ untuk mengambil pesanannya.

            Sementara menunggu ais kacangnya siap, Zahir sempat memikirkan hal mamanya. Kalaulah bukan kerana kedegilannya itu, tentu dia masih boleh bermanja-manja dengan mama di saat ini.

            “Zahir jangan buat keputusan melulu, nak. Papa tu memang keras hati sikit. Tapi, Zahir janganlah melawan cakap dia. Apa yang papa buat tu adalah yang terbaik untuk Zahir,” pujuk mama ketika dia meluru menuju ke bilik tidur selepas bergaduh besar dengan papanya.

            “Dari kecil hinggalah dewasa, papa yang buat keputusan untuk Zahir. Tak boleh ke sekali dalam seumur hidup, Zahir buat keputusan sendiri?”

            “Zahir, papa tu cuma mahu lihat Zahir berjaya. Papa takde niat lain. Mama pun macam tu juga. Mama tak nak tengok Zahir terkandas dalam hidup. Zahirlah satu-satunya anak mama,” mama masih berusaha memujuk.

            “Zahir dah buat keputusan, ma. Tiada siapa boleh halang Zahir lagi lepas ni. Zahir dah dewasa. Biarlah Zahir pergi dari sini untuk berdikari,” Zahir yang sempat memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg, lantas menarik tangan mama untuk disalami.

            “Zahir tak sayangkan mama ke..? Tergamak Zahir nak tinggalkan mama macam ni..?”

            “Maafkan Zahir, ma. Zahir dah buat keputusan…”

            Hati Zahir masih terasa pedih dengan perpisahan itu. Pada hari dia meninggalkan rumah, papanya langsung tidak menegah. Malah, papa juga bagaikan mahu dia keluar dari rumah itu. Hanya mama yang teresak-esak, masih berusaha untuk memujuk, walaupun Zahir sudah melewati perkarangan rumah mereka.

            ‘Zahir akan cari mama lepas Zahir berjaya satu hari nanti. Zahir janji, ma!’ kata hati Zahir. Dia amat merindui mamanya. Dia tidak pernah lagi menghubungi mamanya sebaik saja dia meninggalkan rumah mereka. Hanya pembantu pejabat papa saja satu-satunya harapan Zahir untuk bertanya khabar kedua orang tuanya.

            “Baliklah Encik Zahir. Puan terlalu rindukan Encik Zahir. Dia pun selalu je tak sihat,” kata-kata Salina, pembantu pejabat papa masih terngiang-ngiang di telinganya. Zahir mengeluh berat. Dia masih belum bersedia untuk menunjukkan diri setelah hampir 3 tahun dia pergi membawa diri.

            Sebaik saja menghabiskan ais kacangnya, Zahir terburu-buru menyambung tugasnya. Mencari alamat di sekitar Ampang, bukanlah perkara sukar bagi dirinya. Selok belok kawasan itu sudah dihafalnya. Kalau kumpulan kongsi gelap mahu melantiknya sebagai abang kawasan pun, dia mampu untuk memikul tanggungjawab itu!

            Zahir menarik nafas lega sebaik saja melangkah masuk ke dalam pejabat berhawa dingin itu. Dia tercari-cari penyambut tetamu yang tiada di tempat duduknya. Zahir menunggu dengan sabar. Lagipun, ini adalah tugasan terakhirnya untuk hari itu. Selepas ini dia akan pulang semula ke pejabatnya. Dia sempat mengingatkan dirinya untuk membeli apam balik kesukaan Syaqila sebelum pulang ke pejabat.

            “Cari siapa?”

            Belum sempat Zahir melabuhkan punggungnya untuk duduk di ruang menunggu, satu suara halus seorang gadis menegurnya. Zahir tergesa-gesa mengeluarkan sepucuk surat yang sudah ditandai ‘PENTING’ di atas sampulnya.

            “Saya tak nak jumpa sesiapa. Tapi, tolong pass surat ni kepada cik Julia, boleh?”

            “Baiklah. Nanti saya pass surat ni kat dia,” jawab gadis itu sambil tersenyum penuh mesra.

            “Jangan nanti-nati tau. Penting ni. Nampak tak chopnya…?” Zahir cuba bergurau-senda dengan gadis tersebut.

            “Sekarang juga saya pass surat ni pada cik Julia.”

            “Baiklah. Terima kasih. Jasamu dikenang selalu. Nama apa ye tadi…?” Zahir sempat bertanya nama, sekadar nak beramah mesra!

            “Saya takde pula beritahu nama saya tadi,” gadis itu terus berlalu sebaik saja menjawab pertanyaan Zahir.

            “Eleh, dia ingat dia cun sangat ke sampai aku kebulur nak tahu nama dia. Boleh jalan daa!” Zahir merungut. Geram dengan reaksi dingin gadis itu. Sementara menunggu lif, Zahir sempat berangan tentang masa depannya. Bangunan yang didatanginya itu kelihatan begitu gah. Jika dia punya wang yang banyak, dia pasti akan melabur untuk memiliki bangunan seperti itu. Mempunyai pekerja-pekerja yang cekap dan berdedikasi. Mempunyai pembantu yang cantik dan seksi…huh!

            Anganan Zahir terhenti ketika pintu lif terbuka. Kelihatan seorang lelaki dan perempuan, keluar dari lif tersebut. Mereka kelihatan begitu mesra. Sambil tersenyum mesra ke arah mereka berdua, Zahir tergesa-gesa masuk ke dalam lif. ‘Cantik juga awek tadi. Malangnya boyfriend dia tu tak la handsome mana pun!’ detik hati Zahir. Beranggapan bahawa dua orang manusia yang dia nampak sebentar tadi adalah pasangan kekasih, Zahir terus saja mengomel dalam hatinya tentang ketidakserasian mereka.

            “Apam balik tiga ringgit, bang!” pinta Zahir ketika tiba di gerai menjual apam balik yang selalu disinggahinya.

            “Banyak beli hari ni, dik? Ada makan-makan ke kat pejabat?”

            “Eh, takdelah bang. Orang yang suka makan apam balik ni, hari ni mood dia sangat bagus. Jadi, kena beli lebih sikit,” jawab Zahir sambil tersenyum. Mengenangkan wajah ceria Syaqila menerima apam balik ini nanti, membuatkan hatinya berbunga riang.

            Zahir segera membayar harga apam balik tersebut dan bergegas kembali menunggang motornya untuk balik ke pejabat.

Kerana Takdir - Bab 10


Hafiz sudah pun terlelap ketika Azlyn masuk ke dalam rumah. Perlahan-lahan Azlyn mengejutkan abang angkatnya itu. Namun, Hafiz tidak memberikan sebarang reaksi. Mungkin terlalu letih agaknya, fikir Azlyn. Azlyn segera masuk ke bilik Hafiz untuk mencari selimut, buat menutupi tubuh Hafiz yg sedikit mengerekot itu.
            Azlyn terpandang bungkusan mee segera di atas meja. Sayu rasa hatinya mengenangkan Hafiz mengisi perut dengan makanan tersebut. Dia mengucup perlahan dahi Hafiz. Dalam hatinya, ribuan kata-kata maaf dipohon, kerana telah meninggalkan Hafiz keseorangan begitu.
            “Bila Lyn sampai..?” teguran Hafiz secara tiba-tiba itu mengejutkan Azlyn. Dia baru saja ingin beredar masuk ke dalam bilknya ketika Hafiz terjaga dari lena.
            “Baru je sampai, bang. Maaflah, Lyn balik lambat,” balas Azlyn lembut.
            “Eh, kenapa nak minta maaf pula? Lyn pergi jumpa kawan-kawan Lyn, kan? Bukan buat salah apa pun,” ujar Hafiz sambil berusaha membangunkan dirinya.
            “Lyn janji lepas ni Lyn takkan tinggalkan abang seorang diri lagi…”
            Hafiz tersenyum mendengar kata-kata adik angkatnya itu. Memang Azlyn tidak pernah meninggalkan dirinya. Dia menjadi peneman yang paling setia, di saat susah dan senangnya. Ketika ayah dan adik bongsu mereka, Hanif, pergi menemui Illahi, Azlyn banyak menemaninya. Gadis itu sedikit pun tidak pernah merungut tentang kesusahan hidup yang mereka alami. Malah, gadis itu turut berusaha untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan hidup mereka berdua.
            Hafiz teringatkan emak dan adiknya, Hashim. Apalah khabar mereka sekarang ini. Sejak mereka berdua keluar dari rumah, belum pernah lagi mereka mendengar khabar berita tentang keluarga di kampung. Pasti emak tidak ambil peduli akan hal mereka lagi. Hafiz bersyukur kerana masih ada Azlyn di sisinya.
            “Selama ini pun Lyn memang tak pernah tinggalkan abang. Tak perlu janji begitu. Abang tahu, adik abang ni akan sentiasa ada di sisi abang, kan?” Hafiz bersuara, menggamit agar Azlyn datang dekat dengannya.
            “Lyn risau betul tadi. Lyn nak balik awal. Tapi, kawan-kawan pujuk Lyn makan malam sekali dengan mereka. Sebab tu Lyn lambat sikit. Lainkali, kalau nak jumpa mereka lagi, Lyn bawa abang sekalilah. Baru lega sikit hati Lyn ni bila nampak abang ada depan mata Lyn,” beritahu Azlyn bersungguh-sungguh. Memang sudah menjadi tabiatnya yang akan menerangkan sejelas yang mungkin segala perbuatannya.
            Hafiz sekadar tersenyum mendengar kata-kata Azlyn. Dia mengangguk, sekadar ingin melegakan hati gadis itu. Tidak mungkin dia mahu membebankan adik angkatnya itu dengan keadaannya di hadapan teman-teman yang lain.
            “Ceritalah kat abang tentang kawan-kawan Lyn,” Hafiz cuba mencari topik perbualan yang baru.
            “Mereka semua dah berjaya, bang. Masing-masing berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Lyn bangga sangat dengan mereka,” Azlyn bercerita sambil tersenyum, mengenangkan pertemuan indah bersama teman-teman baiknya.
            Hafiz terdiam. Perasaan bersalah mula menguasai dirinya. Kalaulah dia berkemampuan, pasti dia juga akan menghantar Azlyn untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Pasti Azlyn juga boleh bersaing dengan teman-teman baiknya yang lain, Tapi, apakan daya. Kini hidupnya sendiri bergantung kepada gadis itu. Bagaimanalah pula dia mahu menghantar Azlyn belajar..?
            Terasa dirinya menjadi beban kepada Azlyn. Azlyn terpaksa mengorbankan cita-citanya yang ingin menjadi pendidik, semata-mata mahu menjaga dirinya.
            “Kimi dah tamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan. Reza dan Idham, masing-masing ada diploma dalam Pengurursan Perniagaan. Sarah pula sedang menunggu untuk menyambung ijazah dalam bidang senireka dalaman. Masing-masing sedang mencapai cita-cita masing-masing,” Azlyn menyambung ceritanya, tanpa sedar raut wajah Hafz yang mulai suram.
            “Lyn rasa kan, Kimi, Id dengan Reza mesti akan sambung belajar lagi. Mereka tu bukannya boleh kalah dengan Sarah. Dulu, masa kat Rumah Bakti, mereka selalu berlawan nak dapat tempat pertama dalam kelas. Nasib baiklah Lyn bukan sebaya mereka. Kalau tidak, pasti Lyn je yang akan kalah,” Azlyn tertawa kecil. Mengenangkan telatah teman-teman ketika masih di bangku sekolah dulu, sesuatu yang amat menghiburkan hatinya.
            Azlyn tersedar tangan Hafiz mengusap lembut rambutnya. Dia segera menoleh, memandang wajah Hafiz yang kelihatan muram. Tanda tanya mula berlegar-legar di fikiran Azlyn. Adakah dia telah mengguris perasaan Hafiz dengan ceritanya sebentar tadi..? Azlyn bingung sebentar.
            “Maafkan abang. Kalaulah abang tak menyusahkan Lyn macam ni, mesti Lyn boleh bersaing dengan mereka sekarang. Mesti Lyn sedang bertungkus-lumus belajar sekarang ni,” sayu Hafiz menuturkan kata-kata itu. Matanya mulai digenangi air.
            “Abang…”
            “Abang dah banyak menyusahkan Lyn. Kenapalah Allah tak ambil saja nyawa abang ni..? Tak perlu lagi abang nak bebankan adik abang macam ni,” Hafiz mulai emosi.
            “Astaghfirullah…mengucap bang. Kenapa abang cakap macam ni..? Kalau abang pergi, siapa nak temankan Lyn lagi..? Tergamak ke abang biarkan Lyn hidup seorang diri dalam dunia ni..?”
            Hafiz tidak menjawab. Dia cuba bertahan agar airmatanya tidak gugur lagi. Sudah acapkali dia mengeluh begitu. Dia benar-benar lemah. Lemah dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang abang.
            “Abang, tiada siapa minta ditimpa dengan dugaan macam ni. Tapi, bersyukurlah kerana kita masih bersama walaupun dah pelbagai kesusahan yang kita lalui. Lyn tak pernah kesal jadi adik abang. Lyn bersyukur sebab masih ada abang untuk menemani hidup Lyn,” Azlyn bersuara. Memujuk Hafiz yang kian muram. Memberi kata-kata yang boleh menaikkan kembali semangat abang angkatnya itu.
            “Abang bertuah ada adik yang baik macam Lyn..”
            “Lyn pun bertuah ada abang yang penyayang dan bertanggungjawab macam abang. Tapi…” Azlyn sengaja menggantung ayatnya.
            “Tapi apa…?” pantas Hafiz bertanya. Bimbang jika Azlyn bakal mengatakan yang dia sudah mulai bosan dengan kehidupan yang mereka lalui bersama.
            “Lyn tak nak dengar abang cakap macam ni lagi. Lyn nak abang janji, walau apa pun yang terjadi, kita sama sekali tidak akan berpisah, melainkan Allah saja yang menentukannya…boleh?”
            Hafiz mengangguk lemah. Dia sekali lagi telah menyebabkan masa depan adiknya tidak bercahaya. Anggukan itu akan menyebabkan Azlyn lebih memberikan komitmen kepada dirinya. Anggukan itu akan menyebabkan Azlyn tidak mahu memikirkan tentang masa depannya. Anggukan itu juga akan menyebabkan Azlyn terseksa batinnya. Hafiz mengeluh lagi. Mengapakah dia yang dipilih untuk menjadi beban kepada insan lain?
                                                            *          *          *
            “Lyn tu okay ke sebenarnya, Sarah?” tanya Hakimi dalam perjalanan menghantar Sarah pulang ke rumah. Mereka baru saja melepasi kawasan perumahan Azlyn. Hakimi berlalu pergi sebaik saja bayangan Azlyn hilang dari pandangan.
            “Kau dah tengok dia sendiri tadi, kan? Kenapa nak tanya lagi..?”
            “Aku rasa tak sedap hati. Aku tengok dia macam tak happy je jumpa kita. Dia ada masalah ke..?” tanya Hakimi lagi.
            “Kenapa kau tak tanya dia sendiri…?” Sarah bertanya balas.
            “Aku dah tanya. Tapi, dia asyik nak mengelak je. Suka tukar topik. Dia tu tak pernah berubah. Perahsia sangat!” komen Hakimi mengenai sikap Azlyn. Walaupun mereka berdua agak rapat ketika di Rumah Bakti dahulu, namun bukan semua perihal Azlyn diketahuinya. Gadis itu lebih senang berahsia dari bercerita kepada teman-teman tentang rasa hatinya.
            “Sebenarnya dia tak bahagia dengan keluarga angkat dia, Kimi. Ayah angkat dia dah meninggal. Dia sekarang tinggal dengan abang angkatnya. Dia tak sambung belajar macam kita. Dia dah mula bekerja sebaik saja tamat SPM. Dia kata, sekarang ni dah tiba masanya untuk dia membalas jasa baik abang angkat dia tu,” Sarah memulakan cerita. Dia memandang wajah Hakimi, menunggu reaksi lelaki itu.
            “Mak angkat dia..?” tanya Hakimi. Tenang saja nada suaranya.
            “Mak angkat dia tak pernah sukakan dia. Dia tak ambil tahu langsung hal Azlyn sejak dia keluar dari rumah,” ujar Sarah, menjawab pertanyaan Hakimi.
            “Jadi, rumah yang kita pergi tadi bukan rumah keluarga angkat Lyn…?”
            Sarah menggeleng. Hanya Hakimi saja yang belum mengetahui tentang keperitan hidup Azlyn. Sarah rasa, lelaki itu wajar untuk mengetahuinya. Dia tidak mahu berahsia tentang Azlyn. Hal seperti itu bukanlah sesuatu yang patut dirahsiakan.
            “Id dan Reza tahu tentang hal ni..?” Hakimi bertanya lagi.
            “Kau je yang belum tahu. Azlyn minta kami rahsiakan. Tapi, untuk pengetahuan kau, itulah serba sedikit kisah hidup dia. Adik kita tu dah banyak menderita, Kimi. Tapi, kau bukan tak kenal dia. Cerita sikit-sikit. Yang banyaknya, rahsia. Susah sangat nak tahu cerita dia. Nantilah, bila aku ada masa jumpa dia lagi, aku akan tanya. Aku nak bantu dia. Aku tak nak tengok sedih-sedih macam ni,” panjang lebar Sarah bersuara. Dia bertekad mahu membantu Azlyn selagi terdaya.
            “Aku nak datang lagi rumah dia, esok,” ujar Hakimi, bagaikan memberi kata putus. Dia kelihatan begitu tekad.
            “Alah, aku pun nak ikut juga!”
            “Tapi, aku tak nak dia tahu kita datang mencari dia. Kau rahsiakan dulu hal ni. Aku nak tahu sangat kisah hidup dia. Tak sangka di sebalik keceriaan dia tadi, ada duka yang tersembunyi,” Hakimi mengeluh. Dia juga seperti Sarah, mahu membantu Azlyn untuk keluar dari keperitan hidup.
            Okay. Esok kita jumpa lagi. Aku tunggu kau di kawasan rumah Azlyn. Mengikut ceritanya, awal pagi dia akan keluar bekerja. Jadi, mungkin masa tu sesuai untuk kita tahu serba sedikit hal dia,” ujar Sarah sambil membetulkan beg tangannya. Dia sudah bersedia untuk keluar dari kereta Hakimi. Lelaki itu hanya mengangguk, bersetuju dengan cadangan Sarah.

Transformasi Diriku - Hijrah

Alhamdulillah. Aku telah melepasi fasa Hijrah dalam hidup. Sempena tahun baru Islam yg ke-1433H ni, aku betul-betul rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk berhijrah. Berhijrah ke arah yg lebih baik, insyaAllah.

Malam terakhir 1432H yg lepas, aku berkesempatan untuk membaca doa Penutup akhir tahun dan diaminkan oleh mak, abang, kakak ipar aku serta anak buahku, Azeem. Bahagia rasanya dapat berdoa dan diaminkan oleh yg tersayang. Doa Pembuka awal tahun pula aku baca seorang diri, memandangkan yg lain sibuk bersujud menghadap Illahi.


Kalau ikutkan tahun Islam, usia aku sebenarnya dah masuk 30 tahun, dan perkiraan telah bermula untuk memasuki ke usia yg seterusnya. Hmm, 30 tahun dah aku hidup ye. 30 tahun Allah memberi aku berpeluang untuk bernafas dengan sangat baik di atas muka bumi ni. 30 tahun Allah beri peluang untuk aku menjadi hamba yg baik atau sebaliknya. DIA telah merancang segalanya untuk aku, hanya aku sendiri yg perlu menentukan hala tujuan hidup aku. Hanya aku sendiri yg perlu membuat keputusan untuk meletakkan diri aku di kategori yg macam mana.

Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, dengan berkat rahmat dan kasih sayang-Mu, aku masih terus mampu untuk berdiri dan berdikari. Cukuplah Engkau bagi diriku. Rahmatilah hidupku. Sesungguhnya, daripada-Mu aku datang dan kepada-Mu aku akan kembali jua.

Blog Closed...??

Assalammualaikum W.B.T

Rasanya masih sempat lagi kot nak ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1433 kepada kawan-kawan yg sudi mengunjung blog ni. Semoga tahun baru ini akan lebih diberkati oleh-Nya. Sama-samalah kita berusaha untuk menuju ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup.

Beberapa hari aku tak buka langsung blog ni. Apatah lagi nak lakukan aktiviti kegemaran...blogwalking!! Memang takde harapan ye. Cuti 3 hari, blog pun tutup selama 3 hari. Adesss...macam mana nak jadi blogger yg berjaya macam ni..?? Tak patut sungguh!

Cuti 3 hari ni aku habiskan masa di kampung je. Sempatlah bertemu dengan adik-beradik aku yg lain. Sempatlah bermain-main dengan 2 orang anak saudaraku yg sedang membesar dengan jayanya. Sempatlah mengait buah rambutan yg pokoknya tumbuh meriah di sekitar rumah di kampung. Sempatlah memetik buah manggis ** niat di hati nak panjat je pokok tu...tapi tak terserlah pula keayuan aku nanti..hahaha sempatlah menziarah makcik kesayangan aku di Tanjung Malim. Sempatlah berehat-rehat dan sekaligus me'nyah'kan demam dan selesema yg telah melanda diriku ini. Oh, banyak juga agenda aku dengan percutian selama 3 hari ni, kan..?? Hoho (",)

Adam n Azeem
Baiklah, disebabkan aku masih takde idea nak tulis apa dalam next entri nanti, jadi aku nak BW dulu. Rindu kat blog-blog yg dah lama tak dijengah. Sambil-sambil mencari idea ** bukan mencuri idea ek!! hehehe

p/s : bila idea ada, line internet lak cam siput...arghhh!!!

Friday, 25 November 2011

Festival Seni & Kebudayaan 2011

Assalammualaikum dan selamat pagi semua...!!

Semalam 1 hari tak update blog. Sempat post novel bersiri aku tu je. Takde idea nak buat entri pasal apa. Lagipun, semalam dari pagi hingga ke petang ada Festival Seni & Kebudayaan di tempat aku bekerja ni. Jadi, untuk menyokong festival anjuran pelajar-pelajar kat sini, aku pun turut serta dalam upacara perasmian dan akitiviti-aktiviti kebudayaan ni. Aku jadi tetamu jelah ye. Takde maknalah nak buat kerja. Hehehe...



Festival ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hj, Ahmad bin Hj. Maslan. Ucapan perasmian beliau amat menghiburkan. Bagaimana beliau mengaitkan budaya-budaya dari kaum Melayu, Cina, India dan peribumi Sabah-Sarawak. Ucapan yang cukup bersahaja. Namun, memberi maksud yang sangat mendalam. Aku kagum kerana ucapan itu tidak dibaca sebiji-sebiji dari teks ucapan.

Ucapan perasmian dari Naib Cancelor UniRazak juga tidak kurang hebatnya. Kami begitu terhibur dengan lawak-lawak spontan yang menyelangi baris-baris ucapan beliau. Kredibilitinya sebagai Naib Cancelor memang harus dibanggakan.

Upacara mengetuk Gong sebagai perasmian
Festival Seni & Kebudayaan 2011
Sebaik saja tamat upacara perasmian, kami semua dihiburkan dengan persembahan tarian-tarian etnik Sarawak dan Melayu serta persembahan koir oleh pelajar-pelajar UniRazak. Aktiviti permainan tradisional juga menarik perhatian. Dato Hj. Ahmad bin Hj. Maslan turut mencuba pelbagai permainan tradisional yang disediakan.

Aktiviti bermain batu seremban
Keseluruhannya, festival ni berjalan lancar. Dengan kehadiran tetamu-tetamu VIP, staff dan pelajar UniRazak, festival ni agak meriah la. Apa pun, aku sendiri rasa happy sebab dapat attend majlis-majlis macam ni kan.

Officemate - Dari Kiri - K.Ila, Sha dan K.Ton

Thursday, 24 November 2011

Kerana Takdir - Bab 9


            “Aku sedih betul tak dapat jumpa Kimi,” Reza bersuara sebaik saja mereka tiba di kedai makan berhampiran dengan Rumah Bakti.

            “Mungkin dia terlupa kot,” balas Sarah, cuba bersikap positif.

            “Mustahillah! Kita semua tak lupa. Takkanlah dia boleh lupa. Aku menghitung hari tau nak jumpa korang semua!” Reza tidak berpuas hati dengan alasan Sarah.

            “Ataupun mungkin dia ada hal lain…” sampuk Idham. Dia juga agak berkecil hati dengan sikap mungkir janji Hakimi.

            Reza melepaskan sebuah keluhan yang berat. Wajah teman-teman dipandangnya satu-persatu. Hanya Hakimi yang tiada di situ. Apalah agaknya khabar dia sekarang? Bagaimana pula kehidupan Hakimi dengan keluarga angkatnya? Bahagiakah dia seperti dirinya? Atau mungkin dia lebih sengsara dari diri Azlyn?

            “Apa kata kita pergi rumah dia..?” Azlyn tiba-tiba mencadangkan supaya mereka berempat bersama pergi menemui Hakimi di rumah lelaki itu.

            “Betullah! Kenapalah kita tak terfikir dari tadi?” balas Sarah, teruja.

            “Macam mana nak pergi? Kita bukan tahu rumah dia di mana,” ujar Idham.

            “Kita boleh minta alamat rumah keluarga angkat Kimi di pejabat, kan? Mereka mesti ada rekod,” Azlyn semakin bersemangat.

            “Hmm, kalau mereka tak tinggal di sana lagi…?” Reza menimbulkan tanda tanya, membuatkan Azlyn terus terdiam. Senyuman yang dari tadi terukir di bibirnya terus lenyap. Dia memandang Sarah, jelas meminta cadangan lain.

Sarah terangguk-angguk, mengiakan pertanyaan Reza sebentar tadi. Namun, dia tidak mahu berputus asa. Dia tetap mahu mencuba.

“Kita dapatkan dulu alamat rumah keluarga angkat Kimi. Hal-hal lain kita fikir kemudian, okay?” Sarah segera menyedut minumannya.

Cadangan Sarah itu mendapat sambutan baik dari Azlyn. Idham dan Reza bagaimanapun masih kelihatan teragak-agak untuk bersetuju. Namun, akhirnya mereka mengalah. Mereka juga turut berkeinginan untuk bertemu dengan Hakimi setelah 10 tahun berpisah.

Sambil menghabiskan makanan yang terhidang, mereka kembali berbual-bual tentang keluarga masing-masing. Azlyn banyak mendiamkan diri. Dia lebih senang mendengar cerita kebahagiaan teman-temannya dari berkongsi penderitaan dirinya dengan mereka. Terselit rasa cemburu di hati Azlyn melihat wajah-wajah ceria dan bahagia Sarah, Idham dan Reza ketika mereka berkongsi cerita.

Sesekali penghayatan Azlyn terganggu dengan soalan-soalan dari Reza dan Idham. Lelaki-lelaki itu begitu mengambil berat terhadapnya. Azlyn merasa bertuah kerana dikurniakan dengan teman-teman yang begitu memahami.

Ingatan Azlyn teralih kepada abang angkatnya, Hafiz. Lelaki itu begitu ceria ketika Azlyn memberitahu tentang pertemuan hari ini. Hafiz yang beria-ia benar supaya Azlyn pergi bertemu dengan teman-temannya. Azlyn pada mulanya agak keberatan mahu meninggalkan Hafiz seorang diri di rumah. Namun, setelah berkali-kali diyakinkan oleh Hafiz yang dia mampu menjaga dirinya sendiri, barulah Azlyn mengambil keputusan untuk pergi. Itupun setelah memastikan semua keperluan Hafiz disediakan.

‘Harap-harap abang Hafiz selamat di rumah,’ hati Azlyn berdetik bimbang. Belum pernah lagi dia meninggalkan Hafiz seorang diri begitu, melainkan ketika dia keluar bekerja.

“Lyn! Kau dengar tak apa yang aku tanya ni?” tanya Sarah, mematikan lamunan Azlyn. Dia kembali ke alam nyata.

“Kau berangan ye…?” Idham bertanya sebelum sempat Azlyn meminta Sarah untuk mengulang semula pertanyaannya.

“Lyn teringatkan pakwe ke..?” usik Reza sambil tersengih-sengih. Dia memandang wajah Azlyn yang tersipu-sipu malu.

“Mana ada ingatkan pakwe. Lyn cuma terbayangkan cerita korang semualah. Bahagia sangat rasanya,” balas Azlyn, mematikan cubaan Reza yang mahu mengusiknya.

Azlyn terus berpura-pura menghabiskan saki-baki minuman yang masih ada di dalam gelasnya. Pandangan Idham dan Sarah tidak dipedulikan. Ada sesuatu pada pandangan mata mereka yang tidak mampu ditafsirkannya.

“Sarah rasa Lyn ni ada masalah, kan? Cuba ceritakan pada kami. Sarah peliklah tengok keadaan Lyn macam ni…” Sarah berkata sambil memandang Azlyn dan Idham silih berganti.

“Lyn okay je. Lyn takde masalah apa pun. Sarah janganlah risau,” Azlyn tersenyum. Melihat kepekaan Sarah pada perubahan raut wajahnya menimbulkan rasa bangga memiliki teman seperti itu.

“Betul ni…?” tanya Sarah tidak puas hati.

“Jangan paksa dia, Sarah. Kalau dia nak ceritakan pada kita, dari tadi dia dah cerita. Bukan semua perkara kita boleh ceritakan pada orang lain, kan Lyn?” Idham menegur. Dia juga merasa sesuatu di sebalik perubahan raut wajah Azlyn. Namun, untuk memaksa gadis itu bercerita kepada mereka adalah perkara yang amat mustahil. Azlyn yang mereka kenal sejak dari kecil lagi begitu perahsia orangnya. Amat jarang untuk mendengar gadis itu bercerita itu dan ini.

“Aku takde apa yang nak diceritakan. Betul cakap Id, kalau ada apa-apa hal mesti aku cerita kat korang,” Azlyn mengiakan kata-kata Idham.

“Tapi…” belum sempat Sarah menghabiskan ayatnya, tangan Idham pantas mencuit lengan Sarah. Menyuruh gadis itu menamatkan saja perbualan tentang diri Azlyn. Sarah akur. Dia kemudian bangun untuk membayar harga makanan dan minuman mereka walaupun ditegah oleh Idham dan Reza. Namun, Sarah terus saja berlalu pergi sambil memberitahu dia memang telah berniat untuk membelanja mereka semua.

Mereka berempat kembali semula ke Rumah Bakti dan terus saja menuju ke arah pejabat pentadbiran untuk mendapatkan alamat rumah keluarga angkat teman mereka, Hakimi. Harapan mereka satu saja, semoga keluarga angkat Hakimi masih menetap di alamat yang sama. Masing-masing sudah tidak sabar lagi untuk bertemu dengan Hakimi.

                                                *          *          *

Empat pasang mata kelihatan liar memandang sekitar ruang tamu di rumah separa mewah itu. Perabot dan hiasan serba putih itu benar-benar memberi ketenangan. Mereka menikmati gambar-gambar yang menghiasi dinding di bahagian ruang tamu rumah itu. Kelihatan wajah riang Hakimi menghiasi di setiap gambar.

Azlyn bangun lalu menghampiri sekeping gambar yang menunjukkan Hakimi dan ibu angkatnya. Dia tersenyum membayangkan kebahagiaan Hakimi bersama keluarga angkatnya. Azlyn bersyukur kerana sekurang-kurangnya teman-teman yang lain hidup bahagia selepas perpisahan mereka. Dia berpuas hati melihat kebahagiaan mereka walaupun dirinya tidak sebahagia mereka yang lain.

“Jemputlah minum. Makcik tak tahu pula Hakimi patut jumpa korang semua. Kalau tak, tak payahlah makcik suruh dia pergi temankan adik dia cari barang-barang hantaran kahwin tadi,” suara ibu angkat Hakimi, Helena, tiba-tiba memecah suasana sepi.

“Makcik ni susah-susah je. Kami dah minum tadi, “ Sarah cuba beramah mesra dengan wanita itu.

“Ish, tak susah mana pun. Air bujang je…” balas Helena mesra. Dia tersenyum sambil menghulurkan gelas-gelas yang berisi air ke tangan Idham dan diikuti oleh Reza.

“Makcik ada berapa orang anak angkat..?” tanya Reza teragak-agak. Sebaik saja mendengar penjelasan Helena tentang Hakimi dan adiknya sebentar tadi, membuatkan Reza tertanya-tanya.

“Eh, anak angkat makcik Kimi seorang je. Adik dia tu anak suami makcik dengan isteri pertama dia. Adik dia yang seorang tu je yang rapat dengan Kimi. Dua orang lagi anak isteri pertama tu tak mesra sangat dengan Kimi. Dengan makcik pun mereka tak berapa mesra,” Helena menjelaskan serba ringkas mengenai hubungan kekeluargaan dirinya dengan isteri pertama suaminya itu.

“Oh, maaflah kalau saya banyak bertanya. Saya cuma pelik je,” balas Reza. Dia agak malu mendengar penjelasan Helena. Dia terasa dirinya agak menyibuk dalam urusan rumahtangga orang lain.

“Eh, takpelah. Makcik tak kisah pun. Lambat laun nanti, Kimi pasti bercerita juga tentang hal ni. Makcik takde rasa segan pun nak bercerita. Memang inilah hakikatnya,” ujar Helena lagi. Dia sedikitpun tidak mengambil hati dengan pertanyaan Reza. Bagi Helena, kehidupannya sudah begitu sempurna dengan kehadiran Hakimi. Hakimi adalah segala-galanya dalam hidup Helena.

“Makcik dah call Kimi tadi. Dia minta kamu semua tunggu dia. Suara dia teruja betul. Mesti tak sabar nak jumpa kawan-kawan baik dia ni,” Helena menambah ketika Idham, Reza, Sarah dan Azlyn tidak berkata sepatah pun.

“Makcik, maaf ya…kami takde niat nak mengganggu makcik. Kami memang dah janji nak jumpa hari ni. Tapi, Kimi takde pula. Teringin nak jumpa dia. Sebab tu kami datang sini,” Idham bersuara bagi pihak kawan-kawannya.

“Laa, kamu semua tak menyusahkan makcik pun. Makcik suka kamu semua datang. Tak pernah Kimi bawa balik kawan-kawan dia ke sini. Kamu semua makan malam di sini ya? Makcik akan masak istimewa untuk kamu semua nanti,” Helena mempelawa mereka sambil di fikirannya sudah merancang untuk memasak beberapa menu yang istimewa.

“Makcik, tak perlulah susah-susah. Kami pun tak boleh lama-lama ni. Lepas jumpa Kimi nanti, kami baliklah,” balas Sarah, sopan menolak pelawaan Helena sebentar tadi. Idham dan Azlyn mengangguk tanda bersetuju. Cuma Reza saja yang tidak memberi sebarang reaksi.

“Janganlah macam tu. Kimi mesti suka kalau kamu semua makan malam sekali dengan kami. Bukan selalu pun ada tetamu datang ke rumah makcik ni,” pujuk Helena, dengan harapan teman-teman anak angkatnya itu akan bersetuju.

Idham, Sarah, Reza dan Azlyn berpandangan. Jelas, hanya Azlyn saja yang keberatan untuk menunggu lebih lama. Dia mengharapkan agar mereka semua memahami maksud pandangan matanya. Dia tidak boleh meninggalkan Hafiz terlalu lama di rumah. Bimbang akan keselamatan abang angkatnya itu. Azlyn memberi isyarat mata yang dia tidak bersetuju untuk makan malam di situ.

“Kalau lewat sangat, kamu semua boleh tidur di sini. Makcik tak kisah. Kimi mesti suka,” Helena bersuara lagi. Kali ini pelawaannya tidak mendapat sambutan. Idham, Sarah dan Reza pantas menggelengkan kepala.

“Eh, tak perlulah sampai nak tidur di sini pula makcik. Kami semua pun ada hal lain lagi lepas ni,” ujar Sarah sambil memandang yang lain.

“Kalau macam tu, duduklah dulu. Makcik nak ke dapur kejap. Nanti baliklah Kimi tu. Tadi masa makcik call pun, dia dalam perjalanan nak balik rumah,” beritahu Helena lalu meninggalkan mereka berempat di ruang tamu.

Azlyn terus memandang Sarah. Dia resah memikirkan perihal Hafiz. Dia tidak boleh menunggu lebih lama lagi. Dia mahu segera pulang ke rumahnya.

“Kita tunggu Kimi sekejap. Lepas tu kita balik,” ujar Sarah, bagaikan mengerti pandangan mata Azlyn terhadapnya.

“Err…Lyn boleh balik sendiri. Korang tunggulah sini sampai makan malam. Kesian kat makcik Helena, dia dah beria sangat tu,” balas Azlyn. Kalau ikutkan hatinya, memang dia mahu meluangkan lebih lama masa bersama teman-temannya. Tapi, apakan daya. Dia tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Hafiz.

“Janganlah macam tu, Lyn. Kita datang sama-sama, balik pun sama-samalah juga. Kita tunggu Kimi sekejap. Lepas tu, kita semua boleh balik,” pujuk Idham. Dia juga tidak mahu menunggu lebih lama di situ. Walaupun hakikatnya, bertemu dengan teman-teman lama bagaikan adegan jejak kasih dalam hidupnya. Sarah turut bersetuju dengan kata-kata Idham. Reza saja nampaknya tidak begitu kisah sama ada mereka pulang awal atau sebaliknya.

Azlyn tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada Sarah dan Idham yang begitu memahami situasinya. Walaupun mereka tidak pernah tahu cerita sebenar, namun Azlyn tetap berterima kasih di atas keprihatinan yang mereka berdua tunjukkan.

“Assalammualaikum!”

Sepantas kilat, Idham, Reza, Sarah dan Azlyn menoleh ke muka pintu. Kelihatan Hakimi yang bertubuh sasa tercegat berdiri sambil mendepakan tangannya. Ternyata dia menunggu salah seorang dari teman-temannya datang untuk memeluk dirinya. Reza yang terlebih dahulu menghampiri Hakimi. Mereka berpelukan erat. Idham kemudian datang dan menghulurkan tangan lalu disambut oleh Hakimi yang masih dalam dakapan Reza.

“Sarah? Azlyn?” Hakimi bertanya sambil memandang ke arah kedua-dua orang gadis yang turut menghampirinya. Sarah dan Azlyn mengangguk sebagai perkenalan terhadap diri mereka.

“Ya Allah, adik aku dah besar!” Hakimi bersuara ceria sambila memaut kanan dan kiri bahu Azlyn, membuatkan gadis itu sekali lagi tersipu-sipu malu. Sarah hanya tertawa riang. Hakimi masih seperti dahulu, menganggap Azlyn sebagai adiknya.

“Adik kami juga!” sahut Reza di belakang Hakimi. Mereka bersama-sama ketawa. Gembira dengan pertemuan itu. Hakimi segera memperkenalkan Nadia kepada mereka, anak bongsu kepada isteri pertama ayah angkatnya.

“Maaflah sebab Nadia yang beria minta abang Kimi temankan cari barang-barang ni. Nadia tak tahu abang Kimi kena jumpa kawan-kawan dia hari ni,” Nadia bersuara sambil tersenyum. Di tangannya masih menjinjing beberapa buah bungkusan beg plastik.

“Takpelah Nadia. Perkara kecil je,” Idham bersuara bagi pihak teman-temannya yang lain.

Nadia kemudian meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Walaupun Helena cumalah ibu tirinya, namun Nadia amat rapat dengan wanita itu. Disebabkan itu jugalah dia menjadi rapat dengan Hakimi. Nadia sering menghabiskan masa cutinya di rumah Helena berbanding rumah ibu kandungnya sendiri. Layanan baik Helena menjadi sebab utama Nadia berasa selesa untuk tinggal di situ.

Ayahnya, Jamal, juga tidak pernah melarang Nadia berbaik-baik dengan Helena dan Hakimi. Nadia yang merupakan anak bongsu sering saja dibuli oleh abang dan kakak kandungnya. Disebabkan itulah, dia lebih rela menghabiskan masa bersama-sama Helena dan Hakimi. Ibu kandungnya juga kelihatan tidak kisah dengan keadaan tersebut.

“Aku tak pernah lupa janji kita. Tapi, aku tak sampai hati nak biarkan adik aku tu shopping seorang diri. Bakal suami dia out-station pula. Sebab tu aku pergi temankan dia. Ibu aku pula tak berapa sihat. Kalau tak, mesti dia yang temankan Nadia tadi,” Hakimi menjelaskan perkara sebenar. Memang benar dari awal pagi dia telah bangun dan bersiap untuk bertemu dengan teman-temannya. Namun, permintaan Helena dan Nadia tidak mampu untuk ditolak.

It’s okay, Kimi. Kalau kau datang sana tadi, kami semua pun tak akan sampai rumah kau ni, kan?” balas Reza ikhlas. Dia menepuk lembut bahu temannya itu.

“Lyn apa khabar? Diam je dari tadi, Lyn tak sihat ke..?” pandangan mata mereka semua kini tertumpu ke arah Azlyn. Pertanyaan Hakimi itu membuatkan Azlyn tersentak dari lamunannya. Gadis itu segera memaut mesra lengan Hakimi, menariknya untuk duduk bersama.

“Lyn sangat-sangat sihat. Lyn bersyukur sebab dapat jumpa balik abang-abang dan kakak kesayangan Lyn ni. Lyn diam sebab tak tahu nak cakap apa. Sebab Lyn terlalu gembira,” ujar Azlyn, memandang satu-persatu wajah mereka Hakimi, Idham, Sarah dan Reza. Wajah-wajah yang pernah membahagiakan hidupnya suatu ketika dahulu.

Hakimi mengusap lembut rambut Azlyn. Sememangnya dia menyayangi Azlyn bagaikan adik kandungnya sendiri. Ketika dia mula-mula diambil sebagai anak angkat Helena dan Jamal, Hakimi sering teringatkan Azlyn melebihi dari teman-temannya yang lain. Dia terlalu risau memikirkan kehidupan Azlyn dengan keluarga angkatnya. Namun, kini Azlyn telah dewasa dan berada betul-betul di hadapannya. Rasa gusar itu telah berganti dengan perasaan yang sangat gembira.

“Korang makan malam kat sini, kan?” tanya Hakimi. Tangannya masih lagi memaut bahu Azlyn.

“Err, Kimi….Lyn tak boleh tunggu. Lyn ada hal lain. Nanti bila ada masa, Lyn datang jumpa Kimi lagi ye?” ujar Azlyn sebelum sempat yang lain menjawab pertanyaan Hakimi.

“Eh, mana boleh! Lyn orang yang paling patut ada. Orang lain nak balik awal pun Kimi tak kisah,” ucap Hakimi dalam nada bergurau. Reza hanya tertawa. Sementara Idham dan Sarah tersenyum mesra.

“Alahai, bukan Lyn sengaja nak balik awal. Lyn memang betul-betul ada hal ni. Lyn minta maaf sangat. Tapi, Lyn tak boleh balik lambat.”

“Tak peduli. Lyn kena stay sampai dinner. Lepas tu Kimi boleh hantar Lyn balik. Lagi bagus kalau Lyn tidur sini. Nadia tu sebaya Lyn tau. Bolehlah Lyn berkawan dengan dia. Ambil berkat, mana tahu kot-kot lepas ni giliran Lyn pula naik pelamin, merasalah Kimi makan nasi minyak lagi!” Hakimi tetap tidak mahu mengalah dengan alasan Azlyn. Gadis itu akhirnya terpaksa akur. Dia tahu Hakimi benar-benar rasa teruja dengan pertemuan itu. Malah, yang lain juga turut merasakan perasaan yang sama.

“Amboi, tadi Reza pujuk langsung tak dilayan ye! Bila Kimi pujuk Lyn ikut je. Mana aci!” Reza sengaja menimbulkan isu. Sambil itu dia ketawa riang.

“Bukanlah, Lyn tak sampai hati je nak tolak pelawaan Kimi,” balas Azlyn tidak mahu mengalah. Dia gembira, namun tetap merasa tidak tenang memikirkan Hafiz yang keseorangan di rumah.

“Yelah, dia sayang kat Kimi je, Reza. Kita ni abang tiri dia. Sebab tu dia tak nak layan sangat,” sampuk Idham, cuba memanjangkan lagi gurauan Reza. Sarah hanya menggelengkan kepala, terhibur dengan suasana ceria itu.

“Lyn sayang kat semualah! Lyn ni adil tau, kasih sayang diberi sama rata,” Azlyn menegaskan. Dia turut ketawa melihat Reza dan Idham yang sudah ketawa besar mendengar kata-katanya. Hakimi yang berada di sebelahnya turut sama ketawa.

“Macam mana dengan keluarga angkat Lyn…diorang okay tak?” pertanyaan Hakimi itu membuatkan Azlyn kembai terdiam. Dia cuba memikirkan jawapan terbaik untuk pertanyaan itu.

“Hmmm, diorang okay sangat. Lyn happy dengan keluarga angkat Lyn…”

Jawapan Azlyn itu membuatkan Sarah, Idham dan Reza berpandangan sesama mereka. Jelas, Azlyn cuba menyembunyikan cerita sebenar kisah hidupnya daripada pengetahuan Hakimi.

“Baguslah kalau macam tu. Kimi selalu bimbangkan tentang Lyn. Kalau keluarga angkat Lyn layan Lyn dengan baik, legalah sikit Kimi dengar,” Hakimi bersuara, melahirkan rasa syukurnya.

Sarah, Idham dan Reza hanya mendiamkan diri. Mereka sedar, Azlyn tidak mahu Hakimi tahu tentang episod duka hidupnya. Jadi, mereka berdiam diri agar Hakimi terus berperasangka baik terhadap kehidupan Azlyn bersama keluarga angkatnya.

“Alhamdulillah, kita semua melalui kehidupan yang amat baik setelah berpisah selama 10 tahun, kan?” Azlyn cuba memecahkan suasana. Dia tidak mahu hanya kisahnya menjadi topik perbualan ketika itu.

Hakimi mengangguk bersetuju. Dia membayangkan wajah tulus Helena, ketika kali pertama dia melangkah masuk ke rumah itu. Ibu angkatnya itu terlalu menyayangi dirinya. Tidak pernah membiarkan dia merasakan kekurangan. Helena akan cuba untuk memenuhi setiap permintaan Hakimi. Walaupun Jamal amat jarang pulang ke rumah itu, namun Helena tetap menemani Hakimi seperti selalu. Dia tidak pernah membiarkan Hakimi keseorangan, baik di rumah atau di mana saja Haikimi memerlukan dirinya.