They're My Best Buddies

Saturday, 3 December 2011

Sepi Itu Indah

Selamat petang semua...!!

Dah lama rasanya tak update blog di hujung minggu macam hari ni (",) Kebetulan aku keluar bertemu dengan kawan sebentar tadi. Jadi, singgah makan kejap di McD Rahman Putra ni. Perut yg lapar harus dilayan. Kalau tak dilayan nanti dia buat hal pula..hehehe

Google

Jadi, dah alang-alang berada di sini, seorang pula tu, sambil-sambil layan blues, aku terasa nak update blog pula. Walaupun takde idea nak tulis apa sebenarnya. Jadi, disebabkan aku keseorangan, terasa sunyi dan sepi la pula! Hakikatnya, punyalah ramai manusia kat McD ni (",)

Sepi itu indah...?? Betul ke..? Bagi yg pernah merasai kesepian hidup, mungkin ada yg bersetuju, dan aku yakin ramai yg tak bersetuju. Bagi aku sendiri, sepi itu memang indah. Walaupun hidup ni kesepian, kosong dan sunyi, tapi aku rasa masa-masa macam inilah yg harus dimanfaatkan untuk muhasabah diri. Hari-hari lain dengan ditemani oleh kawan-kawan sekerja atau kawan serumah atau sesiapa saja, mungkin agak terhad sedikit masa kita untuk bermuhasabah diri, kan..?? 

Tak tahu la kenapa, sejak akhir-akhir aku suka pula bermuhasabah diri. Balik rumah je, memerap dalam bilik. Lepas dah habis mengaji, aku baca buku-buku motivasi pula. Terasa hidup ni lebih sempurna bila mengetahui ada insan yg lebih buruk nasibnya. Sesungguhnya, Allah itu memang Maha Penyayang. Dia jadikan sesuatu itu dengan sebab yg tersendiri. Tiada satu manusia pun yg hidupnya sempurna. Dalam kesempurnaan seseorang itu, pasti ada kekurangan yg tidak disedari. 

Jadi, di kesempatan macam inilah, kita harus tahu kekurangan yg ada dalam diri. Mungkin sukar untuk membuang kekurangan yg ada, tapi sekurang-kurangnya kita boleh tahu cara untuk mengatasinya. Jadi, siapa kata sepi itu tidak indah...?? Indah dowh!!! Try la dulu (",)

p/s : kadang-kadang tension juga bila hidup terlalu sepi...hehehe





Post a Comment