They're My Best Buddies

Thursday, 1 December 2011

Mimpi Semalam - Bab 9


Joshua bermain-main dengan hujung bantalnya. Setelah mengucapkan selamat malam kepada Niel, dia lantas berkurung di dalam bilik. Ingatannya teralih kepada peristiwa makan malam tadi. Entah mengapa ringan saja mulutnya mempelawa Dania untuk makan malam bersama mereka. Walaupun dia sering mengucapkan kata-kata benci terhadap gadis itu, namun dia tidak dapat menahan rasa hati untuk meluangkan lebih banyak masa bersama Dania.

               "Ah, aku buat untuk Niel. Bukannya sebab aku sukakan dia," Joshua berbicara dengan dirinya sendiri. Dia kelihatan amat berpuas hati dengan alasan itu. Joshua tersenyum riang.

              'Kalau kau buat semua ni untuk Niel, kenapa kau masih teringatkan dia..??' hatinya segera mematahkan senyuman itu.

               Joshua tersentap. Benci dengan hatinya sendiri. Mengapakah perlu hatinya mengungkit perkara itu..? Hatinya telah mengkhianati dirinya sendiri. Akal Joshua mula bekerja untuk membidas kata-kata hati. Terkumat-kamit mulutnya bagaikan membaca mentera. Joshua kini hilang punca. Dia tidak tahu bagaimana untuk menafikan kata-kata hatinya.

            "Aku kan baru lepas jumpa dia, mestilah teringat kat dia.." perlahan, agak tidak yakin Joshua menuturkan kata-kata itu. Hanya itu saja alasan yang muncul di mindanya. Dia menanti, jika hatinya mahu berbicara lagi.

               'Keegoan kau terserlah malam ni, Josh!'

               EGO..??? Joshua cuba mencerna tuduhan itu. Hatinya sendiri telah menuduh dirnya ego. Egokah dia? Joshua segera menepis tuduhan itu. Dia bukan ego. Sememangnya dia tidak punya perasaan pada Dania. Dia teringatkan gadis itu hanya kerana mereka baru bertemu. Tidak lebih dari itu sebabnya.

               'Kenapa kau bercakap tentang perasaan, Josh..?' hatinya masih mahu menyerang.

               Terkebil-kebil Joshua menerima serangan itu. Bukannya dia mahu bercakap tentang perasaan. Apatah lagi kepada orang yang dia langsung tidak punya perasaan. Cuma, dia sendiri tidak faham apa yang telah terjadi dengan dirinya. Kemana perginya pendirian diri yang amat membencikan gadis itu. Dania bagaikan punya sesuatu yang telah berjaya membuka pintu hatinya untuk tahu bahawa masih ada sedikit perasaan kasih dalam dirinya. Tapi, dia tidak mahukan gadis itu..!!






Post a Comment