They're My Best Buddies

Friday, 2 December 2011

Masa Dia Tiba Akhirnya

Alhamdulillah. Itu saja yg mampu aku ucapkan bila aku mendapat perkhabaran tentang bekas teman lelakiku yg telah selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya awal tahun ini ** mungkin dia dah kahwin agaknya sekarang ni

Tiba-tiba tergerak hati nak melihat blog kepunyaannya. Dan berita itu terpampang jelas di depan mata. Terkejut. Tapi, nyata aku kuat. Aku menerima berita itu dengan senyuman. Alhamdulillah. Akhrirnya Allah mengabulkan doaku. Itu yg aku harapkan. Semoga dia kekal bahagia dengan kehidupannya.

Kepada TZ, semoga hidup awak sentiasa diberkatinya selalu. Jadilah suami yg soleh dan bapa yg penyayang. Saya tahu, sesiapa pun yg memiliki awak pasti akan bahagia, sebab saya pernah merasa bahagia dengan awak dulu (",)

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah tuhan yang Maha Penyayang...Kau tunaikanlah impiannya yg ingin hidup bahagia dan berjaya dalam hidup. Terima kasih kerana Kau sudi memakbulkan doaku selama hampir 7 tahun ni.

p/s : kebahagiaan itu pasti akan tiba tidak kira selama mana kita menunggu (",)
Post a Comment