They're My Best Buddies

Tuesday, 6 December 2011

Cara-Cara Menguatkan Ketahanan Mental

Perghhh...tajuk tak boleh blah!! Okay...kepada sesiapa yg rasa tajuk entri ni ala-ala poyo...sila la 'X' page ni ye..hoho :p

Aku cuma nak berkongsi pengalaman sendiri dengan pembaca semua. Bila menghadapi sesuatu tekanan atau masalah, perkara pertama yg harus dilakukan untuk menenangkan diri dan sekaligus dapat menguatkan mental adalah dengan MENARIK NAFAS dengan sedalamnya. Buat berulang-kali sehingga berasa lega. InsyaAllah, dengan cara ini pasti perasaan marah itu akan berkurangan.

Kalau tak kurang juga..?? Okay, kalau tak kurang juga perasaan marah dan menyebabkan diri semakin tertekan, cuba pula cara-cara di bawah ni :

1. Kalau rasa tertekan dengan seseorang - Pergi cari orang yg menyebabkan kita rasa tertekan tu. Beritahu pada dia apa yg dia buat hinggakan kita rasa tertekan. Sama ada dia mendengar, menepis segala tuduhan atau menempelak kita balik, pedulikan. Luahkan semua yg terbuku di dalam hati. Jangan simpan walau sebesar zarah sekalipun.

2. Kalau rasa tertekan dengan kerja - Setiap orang yg bekerja pasti ada tekanan dengan kerja kan. Sama ada tekanan daripada bos, rakan sekerja atau diri kita sendiri. Kalau tekanan dengan kerja itu datang daripada bos atau rakan sekerja, cuba berbincang dengan mereka. Sewajarnya kita kenalpasti dulu punca-punca tekanan itu sememangnya dari mereka. Jika punca tekanan dengan kerja datang dari diri kita sendiri, jadi sudah tiba masanya untuk kita berubah sikap. Buang semua sikap malas, suka menangguhkan kerja dan 'mengular' di waktu kerja.

3. Kalau rasa tertekan dengan diri sendiri - Antara punca-puncanya, gemuk..?? tidak cantik..?? kurang cerdik..?? terlalu lurus..?? Jangan rasa tertekan dengan punca-punca begini. Setiap kejadian Allah Ta'ala itu ada sebabnya. Kalau dia jadikan orang lain cantik, kurus dan bijak, pasti ada kelemahan pada diri mereka tanpa kita sedari. Dan kelemahan itu mungkin menjadi kelebihan buat diri kita. Yakin dengan diri sendiri. Orang yg cantik dan berjaya adalah orang yg punya keyakinan diri.

Keseluruhannya, kalau rasa tertekan..banyak-banyakkan la beristighfar. Ambil wudu', mengaji atau bersolat. Ketenangan yg hakiki adalah bila diri semakin rapat dengan Yang Maha Esa. Bila diri dekat dengan Allah Ta'ala, kekuatan mental kita akan bertambah baik. Kita akan menjadi seorang yg tidak mudah gentar dengan setiap dugaan, apatah lagi tekanan perasaan.

p/s : muhasabah diri






Post a Comment