They're My Best Buddies

Monday, 5 December 2011

Bila Kesabaran Melampaui Had

Assalammualaikum W/B.T

Isnin kembali lagi! Jadi, kepada sesiapa yg bekerja hari ni, jangan malas-malas ye. Hari Isnin ni walaupun ramai yg tak suka, tapi besar hikmahnya. Nak tahu apa hikmahnya...?? Okay..nanti aku buat entri khas tentang Keistimewaan Hari Isnin (",)

Back to the topic. Ni apa cerita ni Dylla..?? Pagi-pagi dah cakap pasal SABAR. Bukan apa. 2-3 hari ni, banyak perkara yg berlegar-legar dalam kepala otak aku ni. Dan semua perkara tu memang melibatkan sabar. Aku ni sebenarnya bukanlah penyabar sangat orangnya. Tapi, bila usia semakin bertambah ni, tahap sabar tu dah semakin baik la.

Kalau masa zaman muda-mudi dulu, pantang ada hal, terus melenting. Takde sabar-sabar dah. Lepaskan geram dulu, lepas tu baru sabar. Hahaha...mana ada sabar dah macam tu. "Sabar itu adalah pada hentakan yg pertama" seperti yg tertulis di dalam hadith Rasulullah S.A.W.


Google
Aku rasa macam pernah tulis entri tentang sabar ni. Tapi, maaf la kalau aku tulis lagi. Sebab kali ni memang aku rasa kesabaran ni benar-benar teruji. Mampukah aku untuk bersabar lagi..?? Hmmm...payah ni! Memang payah. Kalau iman tu sebesar kuman, memang macam ini la jadinya. Tak boleh silap sikit. Mula la rasa hilang sabar, kan...?

Okay, Dylla...breath!! Pergi cari mana-mana dinding, tumbuk kuat-kuat, lepas tu duduk diam-diam. Boleh...?? Hahaha...tak pasal-pasal dinding jadi mangsa.

p/s : entri merepek sebab mood out =(
Post a Comment