They're My Best Buddies

Wednesday, 7 December 2011

Anak Emak

Sesiapa yg pernah berpengalaman berkawan, bercinta, bertunang atau berkahwin dengan lelaki yg digelar Anak Emak ni mesti faham maksud yg tersirat di sebalik perkataan ni, kan? Aku tak pernah ada peluang mengenali seseorang yg bergelar Anak Emak ni. Tapi, kawan-kawan aku ramai juga yg ada pengalaman macam ni. Macam-macam cerita yg aku dengar. Antaranya :

Aku tak jadi keluar dating hari sebab mak BF aku tu nak pergi shopping pula...terpaksa la dia temankan!

Aku tension betul dengan BF aku tu! Nak buat keputusan pun nak refer kat mak dia!

Nak jumpa BF pun susah...ada je syarat mak dia bagi. Jangan balik lambat la. Jangan itu la. Jangan ini la..dia pun ikut je!

Ada banyak lagi la. Tapi, 3 ayat kat atas ni yg paling selalu aku dengar. Teruk sangat ke kalau bercinta dengan Anak Emak ni..?? Wallahu'alam. Bagi aku sendiri, setiap hubungan tu ada baik dan buruknya. Tak kira la dia tu Anak Emak atau sesiapa jua.

Pernah juga aku terdengar tentang hubungan seperti ini selalunya akan memberi tekanan kepada si perempuan. Yelah, mahu tak tertekan. Dirinya sentiasa di'lawan'kan dengan mak sang BF. Mestilah tension! Bagi pasangan yg bercinta, mungkin tekanan tu tak sehebat pasangan yg telah berkahwin. Bayangkan perasaan sang isteri yg terpaksa memendam perasaan disebabkan 'saingan' sengit dari ibu mertua tercinta!

Aku tak tahulah bila, kenapa dan bagaimana wujudnya istilah Anak Emak ni. Anak Emak ni sebenarnya anak lelaki yg memang manja dengan emak atau anak lelaki yg terpaksa menurut kata-kata emak. Confuse pula aku sekejap. Tapi, apa pun mungkin tiada bezanya kot. Yg manja ke...yg terpaksa menurut kata-kata emak ke, kedua-duanya tetap mencetuskan fenomena Anak Emak.

Kepada para lelaki, terutamanya Anak Emak, pandai-pandai la korang menjadi lelaki yg lebih bertanggungjawab. Biarlah adil dan saksama. Barulah boleh jadi khalifah yg baik. Kepada para wanita, hormatilah pendirian lelaki. Walau apa pun, syurga lelaki itu terletak di bawah telapak kaki ibunya. Jika ada yg tidak berpuas hati, berbincang adalah jalan penyelesaian terbaik.






Post a Comment