They're My Best Buddies

Wednesday, 23 November 2011

Terfikirkan Masa Depan

Assalammualaikum W.B.T

Cuaca kembali cerah setelah hujan turun awal pagi tadi. Matahari tanpa segan-silu memancarkan cahayanya. Burung-burung pun boleh berterbangan dengan senang hati. Aku..?? Asyik memandang ke luar bangunan. Melihat bangunan-bangunan pencakar langit. Kagum.

Kalau nak dibandingkan dengan puluhan tahun yg lepas, Malaysia ada apa..?? Pembangunan yg pesat ini membuatkan aku terfikir, bagaimanakah agaknya Malaysia 10 tahun lagi..? Di mana aku 10 tahun lagi..? Masih bernyawakah aku..? Masih wujudkah bumi ini..? Sesungguhnya, hanya Allah yg Maha Mengetahui.

Kenapa tiba-tiba hari ni nak terfikir tentang masa depan pula Dylla oii..?!! Bukan apa, tadi masa aku BW, banyaklah entri BLOGger tentang kehidupan mereka sebagai pelajar. Jadi, aku teringatkan zaman aku belajar dulu. Dulu pun aku pernah terfikir macam ni juga. Di mana aku 10 tahun lagi..? Dan jawapannya, di sini lah aku. Di bumi Kuala Lumpur ni. Dulu, memang aku tak pernah terfikir untuk bekerja di tempat macam ni. Maklumlah, pemikiran budak-budak, belajar engineering, kerja pun bahagian engineering la juga konon-kononnya.

Tapi, sekarang, bila usia dah meningkat, pemikiran dah matang sikit ** matang ke..?? barulah aku sedar yg rezeki Allah tu ada di mana-mana. Bukan terhad kepada apa yg kita pelajari saja. Syukur alhamdulillah. Nikmat yg Kau beri ni memang tidak terhingga rasanya.

Alangkah bagusnya kalau kita boleh tahu masa depan kita macam mana, kan..?? Tapi, itu semua rahsia Allah. Dengan rahsia inilah yg akan menentukan kita untuk menjadi manusia yg baik atau sebaliknya. Kitalah yg harus mencorakkan kehidupan kita sendiri. Selebihnya, Allah yg menentukan.

p/s : usaha + doa + tawakkal = kejayaan (",)
Post a Comment