They're My Best Buddies

Monday, 14 November 2011

Sabar, Redha dan Syukur


Google

Assalammualaikum W.B.T

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan usia untuk terus menulis di blog buruk ini untuk dikongsikan bersama-kawan-kawan yg setia menemani ** ayat bodek kah..?? huhu...

Sebagai seorang manusia yg bergelar hamba Allah, kita memang tak akan terlepas dari diuji dan diduga untuk menentukan sejauh mana kita beriman kepada-Nya. Tiada satu manusia pun di dalam dunia ini yg hidupnya sepi tanpa dugaan dari Illahi.

Seperti firman Allah S.W.T :
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan, dan kepada Kami lah kamu akan dikembalikan"
(Surah Al-Anbiyaa - Ayat 35)

Namun, sebagai hamba yg lemah, tak ramai antara kita yg cukup tabah dan sabar untuk berdepan dengan dugaan Allah ini. Ramai di antara kita yg sering mengeluh kerana sering diuji. Setiap dari kita akan menerima dugaan dan ujian yg berbeza-beza. Apa yg sama di sini ialah keteguhan iman untuk menghadapi setiap dugaan dan ujian tersebut.

Di dalam Surah Al-Baqarah, ayat yg ke 286, Allah berfirman :
"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yg terdaya olehnya"

Jelaslah disini, Allah itu Maha Penyayang. Dia tidak akan menguji hamba-Nya melebihi dari kemampuan mreka untuk menerimanya.


SABAR
Perkataan yg cukup mudah untuk disebut sebagai nasihat kepada yg ditimpa bencana atau musibah. Bersabarlah dengan dugaan Allah ini. Jangan cepat berputus asa. Jangan terlalu banyak mengeluh. Ada yg boleh menerima dugaan Allah dengan berlapang dada, pasti akan mampu untuk bersabar. Sabar itu adalah tanda-tanda orang yg beriman. Memang agak sukar untuk bersabar, tapi belajarlah bersabar kerana Allah amat menyayangi hamba-Nya yg bersabar.

Firman Allah S.W.T yg berbunyi :
"Hai orang-orang yg beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersedia dan bertawakkallah kepada Allah supaya kamu beruntung"
(Suran Al-Imran - ayat 200)

Sabar yg dimaksudkan oleh Allah dan Rasul-Nya adalah pada hentakan yg pertama. Maksudnya di sini, kita bersabar menerima takdir Allah ketika dugaan itu datang. Bukan sabar setelah kita merasa tenang. Jadi, fahami konsep sabar yg sebenar akan menjadikan kita lebih bersabar.

Di dalam firman-Nya sendiri telah tertulis orang-orang yg beriman, jadi bersabarlah kita dalam setiap dugaan-Nya untuk menjadikan diri kita sebagai orang yg beriman.


REDHA
Orang yg redha menghadapi setiap dugaan yg didatangkan oleh Allah, adalah orang yg lebih tinggi darjatnya daripada orang yg bersabar. Ini kerana, orang-orang yg redha ini adalah orang yg sentiasa yakin akan kekuasan Allah, dan percaya bahawa setiap apa yg ditakdirkan Allah untuknya adalah yg terbaik untuk dirinya. Orang yg redha ini selalunya adalah orang yg sabar. Dan mereka inilah golongan-golongan orang yg beriman.

Firman Allah S.W.T yg bermaksud :
"Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yg Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka, sambil mereka berkata, Cukuplah Allah bagi kami, Ia dan Rasul-Nya akan berikan kepada kami kurnianya, Sesungguhnya kepada Allah kami menuju"
(Surah At-Taubah - ayat 59)

Jika kita mempunyai keyakinan sepenuhnya bahawa kita ini milik Allah, daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali, pasti kita akan menjadi hamba yg paling redha disisi-Nya. Menerima setiap qada dan qadar dengan redha akan meneguhkan lagi iman di dada...insyaAllah.


SYUKUR
Sentiasalah bersyukur di atas setiap ketentuan-Nya. Bersyukurlah kerana kita yg dipilih untuk menerima ujian-ujian tertentu. Bersyukurlah kerana Allah menguji kita di dunia sebagai balasan atas setiap dosa-dosa yg pernah kita lakukan sebelum ini. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Dia mahu mengurangkan seksaan kita di akhirat kelak. Jadi, tidakkah kita rasa bersyukur dengan nikmat ini..??

Bersyukur ini bukanlah sekadar mengucapkan kata-kata syukur alhamdulillah. Kita harus menyembah-Nya dengan menunaikan solat 5 waktu (yg wajib) solat sunat (ikut kemampuan) bersedekah (seikhlas hati) dan beribadah (menunaikan setiap amalan dan perbuatan hanya kerana Allah dinamakan ibadah)

Terdapat 3 kaedah bersyukur :
1. Bersyukur dengan hati - mengakui, mengimani dan meyakini bahawa setiap kenikmatan itu datangnya dari Allah S.W.T
2. Bersykur dengan lisan - sentiasa mengucapkan alhamdulillah
3. Bersyukur dengan perbuatan - menggunakan segala kenikmatan yg dikurniakan-Nya dengan melakukan segala yg diperintah oleh-Nya dan meninggalakan segalan yg dilarang oleh-Nya (amal ma'aruf nahi mungkar)

Sebagai hamba-Nya, ketiga-tiga amalan syukur ini patut ada dalam diri. Seperti firman Allah di dalam Surah Al-Ibrahim ayat ke-7 yg bermaksud :
"Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu ingkar dan kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"

Sayangilah Allah kerana Dia sentiasa menyayangi kita. Moga-moga kita semua akan menjadi hamba-Nya yg lebih baik dan dirahmati oleh-Nya selalu. Amin.


p/s : sedang belajar untuk mengawal emosi agar boleh menjadi hamba yg lebih bersabar, redha dan bersyukur dengan ketentuan-Nya (",)


Post a Comment