They're My Best Buddies

Friday, 4 November 2011

Perikemanusiaan atau Prihatin..??

Lagi sekali Cik Dylla Abas telah membuat entri berbaur soalan yg harus dijawab oleh pembaca-pembaca blog sekalian..ngeee...peace (",)

Bagi salam dulu la Dylla oii!!

Assalammualaikum W.B.T blogger semua...

Okay. Tajuk entri : Perikemanusiaan atau Prihatin...?? Kenapa ye aku pilih tajuk ni..?? Bukan apa, dua-tiga menjak ni kan hujan asyik turun dengan jayanya. Pagi, petang, siang dan malam hujan turun. Alhamdulillah. Sejuk sikit cuaca kan :)

Disebabkan hujan yg turun tak tentu masa ni, membuatkan amatlah banyaknya lopak air dan lecak di merata-rata tempat.  Nak pula jalanraya kat Malaysia ni bukan main cantik lagi pembikinannya. Banyak benor lubang sana-sini. So, air hujan pun dapatlah bertakung dengan penuh girang sekali.

Google

Aku sebagai pengguna tren yg berjalan kaki dari rumah - stesen - office - stesen - rumah, tentulah sentiasa mengawasi pergerakan sepasang kaki kurusku ini agar tidak terpijak lecak atau termasuk dalam lopak air secara sengaja atau sebaliknya, kan. Malangnya, bila diri sudah teramat berhati-hati, namun ada juga pengguna jalanraya yg lain (I refer to driver and rider of course!) yg takde sifat perikemanusiaan atau dalam bahasa yg agak sopan sikit la, kurang prihatin terhadap penjalan kaki ni.

Relax la brader, lu bawa kereta laju-laju pun, belum tentu lu boleh sampai rumah cepat. Jalan kan sesak. So, drive slowly sudah! Ini tak, drive macam orang gila. Pecut habis. Semua lopak air diredahnya. Akibatnya?? Aku dan penjalan kaki yg lain la menjadi mangsa. Terkena percikan air. Basah dowh! Sedih betul =(

Apakan daya, aku hanya penjalan kaki. Mengharapkan agar sang pemandu kereta persendirian mahupun kereta awam lebih prihatin dan peka terhadap kami, agar tidak membuatkan kami basah sebelum kami tiba di rumah. Urghhh..tension tau!

Jadi, kepada semua pemandu-pemandu dan penunggang-penunggang kat luar sana, beringatlah. Jangan fikir anda saja yg menggunakan jalanraya sebagai laluan anda. Ada ramai lagi pengguna jalanraya yg lain yg mengharapkan keprihatinan anda semua.

p/s : aku pun ada kereta la...tapi, alhamdulillah belum pernah lagi buat orang lain basah! prihatin la sikit!





Post a Comment