They're My Best Buddies

Wednesday, 16 November 2011

"Orang tak lalu depan rumah"

Al-kisahnya, minggu Raya Haji yg lepas, aku duduk berkumpul dengan para sepupu dan makcik-makcik, tak ketinggalan juga mak aku. Masa tu aku sibuk menemuramah sepupuku yg sedang sarat mengandung tentang tarikh bayi dijangka keluar.

Tiba-tiba maknya sepupuku itu menyampuk,

Chik Leha : Bulan 2 tahun depan la Dylla. Uish...banyak geng ni bulan 2. Chik bulan 2. Ayah kau bulan 2. Abang kau bulan 2. Zura bulan 2...uish, ramai!

Aku : Dalam ramai-ramai tu, siapa mastermind nya Chik..?

Chik Leha : Ayah kau la! Dia kan lahir 18hb. Abang kau 20hb. Chik punya hujung bulan 2. Zura pun dekat-dekat tarikh Chik je...

Mak : Kalau ikutkan, ayah tu lahirnya lagi awal dari 18hb. Arwah opah cakap, lewat daftar. Sebab tu jadi 18hb...

Aku : Eh, kalau lewat daftar pun kan kena bagitau tarikh sebenar baby tu keluar...?

Chik Leha : Zaman dulu dengan zaman sekarang mana sama. Zaman sekarang lahir kat Kedah pun boleh daftar kat Penang!

Aku : Ye ke..?? (buat muka tak puas hati...)

Mak : Takde orang lalu depan rumahlah masa tu. Sebab tu lewat daftar.

Aku : Hah??

Chik Leha : Yelah, kalau ada orang lalu depan rumah, senanglah sikit nak menyuruh. "Oit, nak ke pekan ke..?? Tumpang daftar jap anak aku baru lahir ni!!" hahaha...

Aku : Macam tu pun boleh ke..??

Chik Leha : Apa pula tak bolehnya. Memang macam tulah zaman dulu-dulu. Tu yg nama anak jadi entah apa-apa tu.

Aku : Kenapa...?

Chik Leha : Orang tu mesti tanya nak letak nama apa. Kita ni tengah sakit baru lepas bersalin, "kau letak jelah nama apa-apa" Tu yg jadi Muhammad Saja, Kahar, Kechik, Hitam, Bulat, macam-macamlah!

Aku : Macam tu pun boleh (geleng kepala banyak kali....)




Post a Comment