They're My Best Buddies

Thursday, 17 November 2011

MUNAFIK

Asslammualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim

Aku terpanggil untuk menulis entri dengan tajuk Munafik ni ketika aku BW petang semalam. Ada beberapa topik yg blogger lain utarakan menarik perhatian aku. Jadi, aku rumuskan semuanya di bawah satu tajuk : MUNAFIK. Kenapa aku pilih tajuk ni...? Sejujurnya, aku sendiri baru mengetahui bahawa orang Munafik ini terbahagi kepada 30 jenis. Banyak, kan? Jadi, pengetahuan ini akan aku kongsikan dengan kawan-kawan yg masih belum mengetahuinya (",)

Selama yg aku tahu, Munafik ini adalah orang yg berpura-pura dan tidak jujur di dalam hidupnya. Bila bercakap, dia berbohong. Bila berjanji, dia memungkiri. Orang yg mempunyai sifat Munafik ini boleh berubah-ubah perangainya mengikut kepentingan yg dikehendaki.

30 jenis Orang-Orang Munafik adalah :

1. DUSTA
Hadith Rasulullah yg berbunyi : "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu SESEORANG YANG BERDUSTA AGAR ORANG-ORANG TERTAWA." Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."

2. KHIANAT
Sesiapa yg memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

3. FUJUR DALAM PERTIKAIAN
Sabda Rasulullah SAW : "Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"

4. INGKAR JANJI
Sabda Rasulullah SAW : "Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

5. MALAS BERIBADAH
Firman Allah SWT yg berbunyi :
Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas
(Surah An-Nisa : ayat 142)

Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di saf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.

6. RIAK
Di hadapan manusia dia bersolat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. Apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.
7. KURANG BERZIKIR

8. SOLAT DENGAN CEPAT
Orang Munafik adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya. 

9. MENCELA ORANG-ORANG YG TAAT DAN SOLEH
Mereka memperlekehkan orang-orang yang taat dengan ungkapan yang mengandungi cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita menemui orang munafik yang hanya membincangkan keburukan orang yg beramal soleh dan orang-orang yg konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang-orang yang taat kepada Allah SWT 

10. MEMPEROLOKKAN AL-QURAN, SUNNAH DAN RASULULLAH
Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok), orang Munafik juga memperolok-olokkan hal-hal yg disunnahkan oleh Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, akan JATUH KAFIR.

Firman Allah SWT:
Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman
(Surah At-Taubah : ayat 65-66) 

11. SUMPAH PALSU
Firman Allah SWT:
Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai
(Surah Al-Munafiqun : ayat 2)

Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan oleh orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku. Demi Allah, aku tidak akan berbuat seperti yg dia buat."

12. ENGGAN ZAKAT, DERMA, SEDEKAH
Orang Munafik memang selalu menghindari hal-hal yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta mahupun jiwa. Apabila terpaksa berzakat, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riak dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa. 

13. TIDAK MENGHIRAUKAN NASIB KAUM MUSLIMIN
Mereka selalu menciptakan kelemahan dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil, iaitu sikap meremehkan, menakut-nakutkan dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang-orang kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.

14. FITNAH
Orang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya.Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat

15. MENGINGKARI TAKDIR
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Seandainya saya berbuat begini, nescaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN TAKDIR. 

16. MEMAKI ORANG-ORANG SOLEH
Apabila orang munafik membelakangi orang-orang soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka.

Firman Allah SWT:
Mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan(Surah Al-Ahzab : ayat 19) 

17. SERING MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.

18. MEMBUAT KEROSAKAN DENGAN ALASAN UNTUK EKBAIKAN
Firman Allah SWT:
Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar
(Surah Al-Baqarah : ayat 11-12)

19. TIDAK ADA KESESUAIAN ANTARA ZAHIR DAN BATIN
Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA. Penampilan zahirnya bagus dan mempersona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya main-main. 

20. TAKUT
Orang Munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan hidup apa pun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya itu tidaklah menjadi lebih baik. seperti yg diharapkan.

21. UZUR DENGAN DUSTA
Firman Allah SWT:
Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir
(Surah At-Taubah : ayat 49) 

22. AMALKAN KEMUNGKARAN
Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang-orang beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah-majalah porno dan narkotik. 

23. BAKHIL
Orang-orang munafik sangat bakhil dalam hal-hal kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menzakatkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang berkemampuan.

24. LUPA KEPADA ALLAH S.W.T
Mereka ingat semua perkara, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, hiburannya, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN SEMATA-MATA. 

25. MENDUSTAKAN JANJI ALLAH 
Firman Allah SWT:
Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya
(Surah Al-Ahzab : ayat 12) 

26. MEMENTINGKAN ZAHIR, MENGABAIKAN BATIN
Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan solat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir... Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan lain2.

27. SOMBONG DALAM BERBICARA
Orang Munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya. 

28. TIDAK MEMAHAMI AD-DIN
Di antara "KEISTIMEWAAN" orang Munafik adalah mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal remeh-temeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan Ad Din (Islam), dia sama sekali tidak boleh menjawab. 

29. MENENTANG ALLAH DENGAN DOSA
Orang munafik menganggap ringan perkara2 terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat.

Firman Allah SWT:
Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai
(Surah An-Nisa' : ayat 108)

30. GEMBIRA DENGAN MUSIBAH ORANG LAIN
Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si polan telah tertimpa musibah begini dan begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu. 

Begitulah secara ringkasnya sifat-sifat Munafik yg dapat disenaraikan. Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.

p/s : Rasulullah S.A.W bersabda : "sampaikanlah pesanku walau cuma satu ayat"
Post a Comment