They're My Best Buddies

Wednesday, 16 November 2011

Mimpi Semalam - Bab 4


Bunga_Emas : Takpelah, dik. Akak tak ambil hati pun. Irfan pun dah selalu cakap pasal ayah Su, kan? Dah memang macam tu perangai dia..

Papermate : Tapi saya rasa serba salah pula sebab ayah Su layan kak Nia macam tu. Saya tak tau nak cakap apa malam tadi. Saya terpaksa menipu, kak Nia. Kalau tak nanti ayah Su akan marah kia berdua.

            Dania agak tersentuh membaca luahan hati Irfan. Betapa anak kecil itu mahu melindunginya. Rasa marah yang meluap-luap sejak malam tadi hilang sedikit demi sedikit. Jauh di susut hatinya, Dania kagum dengan sikap Joshua yang begitu mengambil berat tentang Irfan walaupun kanak-kanak itu bukanlah anak kandungnya sendiri.

Bunga_Emas : Lupakan je. Semalam akak risau juga Irfan kena marah dengan  ayah Su lepas akak pergi tu. Nak patah balik pun rasa serba salah..

Papermate : Ayah Su tak marah pun malam tadi. Lepas kak Nia pergi, kami  terus makan. Lepas tu ayah Su bawa pergi beli barang-barang dapur. Dah sampai rumah pun ayah Su tak cakap apa-apa..

Bunga_Emas : Hmm..baguslah kalau macam tu. Lega akak dengar. Ayah Su Irfan tu muka dia tegas betul, kan? Tapi handsome  juga. Hehe..

Papermate : Kak Nia suka pada ayah Su, tak? Kalau suka saya boleh uruskan. Lagipun ayah Su takde girlfriend. Kesian kat dia, kak Nia..

Bunga_Emas : Eh, budak ni..ke situ pula dia. Akak puji je, takde maksud lain tau!

Papermate : Alah, apa salahnya kak Nia..? Akak pun bukan ada sesiapa, kan?  Kalau kak Nia kahwin dengan ayah Su, boleh kak Nia jaga saya sekali. Mesti seronok :)

Bunga_Emas : Irfan..jangan nak mengarut!! Akak tak terfikir sejauh tu pun..

Papermate : Takpelah, biar saya tolong fikirkan untuk kak Nia. Hehe..

            Dania akhirnya menghabiskan perbualan mereka dengan kesudahan yang amat gembira. Irfan tidak habis-habis mahu mengenakannya dengan Joshua. Bagi Dania pula, tahu bahawa Irfan dalam keadaan yang amat senang hati sudah cukup membahagiakan.

            Sebelum melelapkan mata, bayangan wajah Joshua muncul di ruang ingatannya. Dania menggeleng-gelengkan kepala. Kerana usikan Irfan sebentar tadi, dia kini asyik terfikirkan tentang Joshua. Alangkah bertuahnya Irfan mempunyai seorang pakcik yang begitu mengambil berat dan serius terhadap penjagaan ke atasnya. Namun, muncul satu perasaan pelik di hati Dania apabila diberitahu tentang Joshua yang tidak mempunyai sesiapa di dalam hidupnya melainkan Irfan.

            ‘Mustahil orang yang ada rupa macam dia tu masih solo lagi. Mesti memilih. Tengok gaya pun dah tahu…cerewet gila!’ sambil tertawa dengan bisikan hatinya sendiri, Dania segera mengosongkan fikirannya. Dia menarik selimut lantas menutup mata.

                                                        *          *          *

            Fax yang baru diterimanya itu dilihat sepintas lalu. Dania meneruskan kerjanya apabila dirasakan kandungan fax itu tidak begitu penting.

            “Dinner lagi. Berapa banyak sumbangan pula kali ni si Hanif tu nak keluarkan. Tahun lepas baik betul hati dia sponsor peti ais. Kalau dinner tempat sendiri takde pula nak buat macam tu. Tak adil sungguh!” Dania merungut perlahan. Namun begitu, tangannya tetap ligat menyiapkan kerja. Dia membaca sekali lagi kandungan kertas fax tersebut : Majlis Ulangtahun ke-60 Bumi Gemilang Sdn Bhd.

            “Pass kat Farah sajalah. Biar dia yang uruskan. Hehe…” Dania bersuara nakal.

            Liar matanya mencari kelibat Farah. Gadis kecil molek yang berada di tempat Hani itu segera dipanggil. Farah terkejar-kejar mendapatkan Dania. Jarang Dania memanggilnya jika tiada urusan penting.

            “Kenapa, Nia?”

            “Farah, tolong uruskan sponsorship ni. Masukkan dalam unexpected budget,” Dania lalu menyerahkan kertas fax itu ke tangan Farah.

            “Majlis ulangtahun ke-60 Bumi Gemilang Sdn Bhd? Macam menarik je. Dia jemput kita tak, Nia?” tanya Farah.

            “Kalau jemput pun, kau tak boleh pergi juga. Tahun lepas Tan Sri Hassan bawa semua pengurus je, kan?”

            “Betul juga. Lecehnya. Tan Sri Hassan tu sepatutnya bagi peluang kat kita pula nak kenal-kenal dengan customer kita ni. Takkanlah orang-orang besar je yang ada peluang macam tu. Tak adil tau!” Farah memprotes, cuba mengharapkn sokongan Dania.

            “Apa kata kau letak luahan perasaan kau tu dalam peti cadangan kat bawah? Aku jamin Tan Sri mesti baca punya,” kata Dania sambil cuba menahan tawanya. Geli hatinya melihat gelagat Farah. Memang begitulah keadaan temannya itu jika setiap kali diminta menguruskan penajaan untuk pelanggan syarikat.

            “Kau ni, Nia…aku serius tau! Buat main-main pula kau ya…” Farah mencebik lalu terus menuju ke tempatnya.

            Dania tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Dia yang pernah sekali mengikut Tan Sri Hassan ke majlis ulangtahun begitu, amat dicemburui oleh teman-temannya. Timbul sekejap khabar angin yang mengatakan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri, pengarah urusan syarikat tersebut.

            Namun, Dania bersikap tidak ambil peduli kerana dia tahu mengapa Tan Sri membawanya. Ketika itu, Hanif yang merupakan pengurus di bahagian kewangan tidak dapat menghadirkan diri. Dania cuma memenuhi pelawaan itu sebagai mewakili Hanif. Lama-kelamaan gosip itu hilang ditelan waktu.

            “Dania!” jerit Hanif yang baru keluar dari biliknya. Dia menggamit Dania agar segera menghampirinya.

            “Kenapa encik Hanif?”

            “Tadi saya ada dapat call dari purchasing officer syarikat Bumi Gemilang. Dia ada fax sesuatu untuk kita ke?” tanya Hanif sambil mengajak Dania masuk ke dalam biliknya.

            “Pasal dinner diorang ke, encik Hanif? Kalau pasal tu memang ada. Saya dah minta Farah uruskan,” balas Dania lalu mengekori Hanif di belakang. Dia segera duduk sebaik saja dipelawa.

            “Bagus. Err..saya dah bincang dengan Tan Sri tentang sponsorship budget tu. Dia setuju untuk keluarkan RM1,000 tahun ni. Jadi, awak tolong saya fikir barang apa yang berharga macam tu.”

            “Apa kata kita bagi je duit tu pada mereka? Tak perlulah kita nak susah-susah fikir nak beli apa tahun ni. Tahun lepas pun diorang yang cadangkan peti ais. Ataupun, mungkin saya boleh call dan tanya apa yang mereka nak tahun ni, macam mana?” ujar Dania menyatakan pendapatnya.

            “Bagus juga cadangan tu. Baiklah, saya serahkan pada awak. Awak dan Farah tolong uruskan hal ni. Lagi satu, tahun ni awak akan ikut saya ke majlis tu nanti,” Hanif bersuara sambil tersenyum memandang wajah Dania yang kelihatan agak terkejut.

            “Saya boleh ikut ke?”

            “Mestilah boleh. Kalau tak boleh buat apa saya nak ajak pula. Lagipun, tahun ni kuota untuk kita ada 15 orang. Jadi, bila dah campur semua, ada 5 orang eksekutif termasuk awak yang akan ikut sekali.”

            “Baiknya diorang sediakan tempat yang banyak macam tu untuk kita. Macam tak percaya je,” balas Dania agak was-was.

            “Saya pun pelik juga. Saya jangkakan mungkin tahun ni mereka dapat tajaan yang besar. Lagipun, syarikat kita akan diiktiraf sebagai syarikat pembekal terbaik pada malam jamuan tu nanti. Jadi, mungkin sebab itu mereka tak kisah sediakan tempat yang banyak untuk kita,” tenang Hanif bersuara.

            “Wah, bagusnya! Kalau macam tu saya nak ikutlah. Tunjuk muka sikit siapa pekerja-pekerja syarikat pembekal terbaik ni,” Dania menyeringai. Hanif lalu tersegih lebar mendengar kata-kata Dania.

            Dania keluar dari bilik Hanif dengan rasa senang hati. Dia bergegas ke tempat Farah. Farah yang sedang sibuk membalas pesanan ringkas di telefon bimbitnya segera menyimpan telefon itu sebaik saja ternampak kelibat Dania.

            “Farah, budget untuk tajaan ni RM1,000 tau. Tahun ni kita bagi cash je. Tapi, kalau kau rajin nak call diorang tanya apa yang diorang nak tahun ni, bagus juga. Err..lepas print out bagi aku terus. Encik Hanif nak cepat.”

            “Kalau macam tu, aku buat sekaranglah. Lepas lunch aku pass kat kau,” Farah meyakinkan Dania tentang kerja yang akan dibereskannya itu. Dania mengangguk bersetuju. Dia senang dengan sikap Farah yang dedikasi itu. Tidak pernah sekalipun dia menghampakan Dania dalam menyiapkan tugasannya.

                                                         *          *          *

            Dania tiba di rumah tepat waktu siaran berita jam 8. Puteri yang sedang menonton di tegur perlahan. Sejak peristiwa beberapa minggu tidak bertegur sapa dengan teman serumahnya itu, Dania merasa sedikit rasa bersalah. Jadi, dia sendiri mengambil keputusan untuk berbaik-baik memandangkan Puteri sudah berkali-kali memohon maaf darinya.

            “Lewat kau balik hari ni?”

            “Hmm..sebab esok aku masuk lambat sikit. Nak pergi bank. So..aku siapkan awal-awal report untuk submit esok pagi,” jawab Dania lembut. Dia menghempaskan diri di sofa di ruang tamu. Walaupun matanya kelihatan begitu asyik menonton, namun fikirannya merewang jauh memikirkan sesuatu yang tidak pasti.

            “Kau dah makan ke?”

            “Kenyang lagilah. Aku ingat nak tidur awal malam ni. Letih sangat badan aku ni. Dah 2-3 malam aku tak boleh tidur lena…”

            “Kau ada masalah ke, Nia?” tanya Puteri penuh prihatin. Tumpuannya kini beralih kepada Dania yang sedang memejamkan mata.

            “Takdelah. Aku okay je. Cuma banyak kerja kat office sekarang ni. Oh, ye…lupa pula aku nak beritahu kau, minggu depan aku nak pergi Johor. Outsation…” beritahu Dania tanpa membuka matanya. Kelakuannya seolah-olah seperti orang yang sedang mengigau.

            “Sejak bila pula kau kena outstation ni…?”

            “Baru je. Boss aku cakap dah tiba masanya aku menimba pengalaman macam tu. Fully sponsored by company. Bukan senang nak dapat peluang macam ni,” kata Dania.

            Dia sudahpun membuka semula matanya. Sambil menutup mulutnya menahan kuapan, Dania memandang Puteri yang sedang tersenyum. Puteri kembali menumpukan perhatiannya kepada berita di peti televisyen. Dania sempat mengeliat sebelum bergerak ke tingkat atas.

            Tidak lama kemudian, atau begitulah yang dirasakannya, Dania terjaga dari lena. Dengan badan yang masih dibaluti baju kerja, Dania menjeling ke arah jam di tangannya. Waktu sudahpun melepasi 12 tengah malam. Sambil melangkah malas, dia menuju ke bilik air. Hampir 10 minit kemudian, Dania keluar dari bilik air dalam keadaan yang lebih segar. Dia sempat menghidupkan komputer ribanya. Laju tangannya memainkan lagu Better Man nyanyian penyanyi kegemarannya, Robbie Williams.

Papermate : Hai, kak Nia! Kenapa tak tidur lagi ni?

Bunga_Emas : Dia pun tak tidur lagi…ada hati nak tanya Kak Nia pula. Irfan chat dengan siapa tu?

Papermate : Takde siapa pun. Saja je online. Sekali kak Nia ada pula. Terpaksa la saya berbual dengan Kak Nia dulu..hehehe..

Bunga_Emas : Amboi, borak dengan Kak Nia dah jadi terpaksa ke sekarang ni…?

                                    Papermate : Takdelah, saya gurau je :)

                                    Bunga_Emas : Irfan happy sangat malam ni…kenapa?

Papermate : Mana ada. Saya biasa je. Seronok dapat chat dengan kak Nia malam ni. Kenapa akak lambat online..?

Bunga_Emas : Kak Nia terlelap tadi. Penat sangat rasanya hari ni…

Papermate : Kesian kak Nia. Takpe…nanti saya tolong urutkan ye..? Kalau nak ayah Su tolong urutkan pun boleh juga :p

Bunga_Emas :Irfan!!

                                    Papermate : Alah, saya gurau-gurau je. Kak Nia jangan marah ye…

            Dania merasa sedikit terhibur dengan gurauan Irfan. Belum pernah Irfan segembira itu. Walaupun Dania tidak tahu apakah punca kegembiraan Irfan, namun dia lega kerana Irfan tidak sesedih selalu.

Papermate : Saya rasa kan…saya boleh pujuk ayah Su supaya dia tak hantar saya ke sekolah yang jauh tu. Mood dia sejak akhir-akhir ni baik sangat :)

Bunga_Emas : Kak Nia ingat Irfan dah setuju nak pergi sana…

Papermate : Mana ada saya setuju. Saya cuma berlakon je depan ayah Su. Sebab saya tak nak ayah Su marah-marah macam dulu.

Bunga_Emas : Kalau Irfan rasa ayah Su takkan marah, Irfan beritahulah pada dia. Jangan nanti dah sampai sana baru nak beritahu…

Papermate : Okay…saya ikut nasihat kak Nia. Nanti kalau ada apa-apa perkembangan, saya akan beritahu kak Nia ya…

Bunga_Emas : Hmm…yelah. Kalau ada apa-apa, jangan lupa inform Kak Nia..

Papermate : Alamak, kak Nia! Ayah Su belum tidur lagilah. Saya sign-out dulu ya. Nanti kantoi pula kita kenal dalam YM ni. Good night..

Bunga_Emas : Good night sayang…

Post a Comment