They're My Best Buddies

Saturday, 12 November 2011

Mengapa Anda Cepat Marah?

Assalammualaikum W.B.T

Selamat petang semua. Err..sebenarnya dah nak masuk Maghrib pun waktu aku tulis entri ni. Tajuk entri ni sebenarnya amat sesuai dengan diri aku. Aku ni kadang-kadang agak cepat marah juga ** ye ke kadang-kadang Dylla..?? hahaha

Okay. Ada beberapa sebab kenapa manusia ni cepat marah. Tapi, aku ambil 3 sebab je. Ni sebab-sebab yg biasanya menyebabkan kejadian cepat marah.

ANDA TIDAK MENGAWAL EMOSI
Orang yg cepat marah adalah orang yg tidak mengawal emosi, malah membiarkan marah yg menguasai dirinya. Orang yg cepat marah ini senang diperbodohkan oleh orang lain, iaitu dengan cara memancing kemarahan itu. Kebiasaannya, orang yg cepat marah ni akan selalu membuat tindakan yg melulu.

EGO, BANGGA DIRI dan RIAK
Anda cepat marah sebab anda ego. Anda rasa tercabar apabila terasa diri anda dipersendakan. Anda rasa kalah dan tidak dihormati. Jika anda memiliki salah satu dari 3 perkara di atas, itu tandanya anda terlalu mengagungkan diri. Anda terlalu menilai tinggi siapa diri anda. Anda cepat marah sebab anda tidak mahu dipandang rendah, benci apabila tidak dihormati dan merasa terhina apabila ada yg lebih hebat berbanding diri anda. Marah seperti wujud dalam bentuk emosi yg tidak puas hati.

ANDA ORANG YG BERFIKIRAN NEGATIF
Orang yg berfikiran negatis adalah orang yg memandang buruk terhadap sesuatu, bersangka buruk pada orang lain serta bertanggapan buruk terhadap apa jua perkara. Anda cepat marah kerana di hati anda tidak wujud istilah maaf. Anda tidak mahu memberi maaf dan berasa malu untuk meminta maaf. Sedangkan maaf itu merupakan penenang jiwa yg amat berkesan.

Hmm..cukup 3 sebab ni okay. Jadi, ada tak antara kita yg ada 3 perkara ni..?? Kalau ada, marilah kita bersama-sama muhasabah diri untuk menjadi yg lebih baik. Tak elok ada sikap begini. Nanti diri sendiri yg rugi.

p/s : pesanan untuk diri sendiri (",)






Post a Comment