They're My Best Buddies

Thursday, 3 November 2011

Mengalah tu kalah ke..??


Google



















Assalammualaikum W.B.T

Sebelum buat kerja, mari kira berBLOGging dulu ye kawan-kawan..hehehe

Mengalah tu kalah ke..? Adess...tajuk entri tak boleh blah. Asyik buat tajuk entri yg ada tanda soal. Kesian kawan-kawan yg baca entri ni. Terpaksa nak kena jawab soalan pula. Okay la tu kan. Ada la juga benda yg nak di komen kat ruangan komen tu nanti (",)

Bagi pendapat aku, secara peribadi, mengalah tu bukan bermakna kita kalah. Aku rasa, orang yg mengalah ni adalah orang yg menang. Sebab..?? Sebab dia mempunyai jiwa yg sangat baik dan mulia kerana tidak mahu memanjangkan perbalahan, pergaduhan, persengketaan atau yg seumpama dengannya. Orang yg mengalah ni adalah orang yg tidak EGO.

Tapi, ada juga yg mengalah kerana terpaksa. Orang-orang begini sememangnya berniat untuk tidak mahu memanjangkan cerita. Tapi, dalam masa yg sama dia juga mahu pihak lawan mengalah terlebih dahulu. Bila pihak lawan buat tidak tahu, barulah timbul perasaan terpaksa mengalah. Janganlah begitu. Mengalah la dengan ikhlas. Jangan kerana terpaksa. Nanti jiwa kita yg tidak tenteram.

Kenapa la pagi-pagi macam ni nak buat entri pasal mengalah ni Dylla oii! Sebab benda ni yg terlintas kat kepala otak. Jadi, benda ni la yg aku tulis (",)

p/s : Good Morning BLOGgers!!



Post a Comment