They're My Best Buddies

Sunday, 6 November 2011

Korban Dan Pengorbanan

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Selesai sudah raya pertama Aidiladha hari ini. Tak banyak program pun. Sambutan Hari Raya Haji bagi keluarga aku selalunya tidaklah meriah sangat. Namun, mak tetap menyediakan hidangan yg terbaik untuk kami sekeluarga. Hidangan yg tak jauh beza dengan hidangan semasa sambutan Hari Raya Puasa yg lepas.

Bagi aku, Aidiladha kali ni terasa berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Aidiladha yg dikaitkan dengan korban dan pengorbanan, benar-benar memberi kesan yg mendalam dalam jiwa aku. Aku pun  tak pasti kenapa. Tapi, setiapkali aku mendengar takbir dan teringat akan kisah Nabi Ibrahim serta anaknya Nabi Ismail, membuatkan hati aku terasa begitu sayu sekali.

Begitu tinggi nilai pengorbanan yg harus dilakukan oleh Nabi Ibrahim suatu ketika dahulu. Namun, sedikit pun imannya tidak berganjak. Sedikit pun dia tidak meragui perintah Allah S.W.T untuk mengorbankan putera kesayangannya itu. Ya Allah, betapa tabahnya hati Nabi Ibrahaim itu.

Aku?? Pengorbanan apa yg sanggup aku lakukan untuk membuktikan keimanan aku terhadap Yang Maha Esa...? Pengorbanan apa yg sanggup aku korbankan untuk menempatkan aku di kalangan hamba-hamba yg taat terhadap segala perintah-Nya.

Ya Allah, ampunilah aku kerana aku sedar belum ada pengorbanan lagi yg telah aku lakukan. Kau kurniakanlah aku hidayah dan ketetapan iman, agar aku mampu menjadi hamba yg lebih baik di sisi-Mu. Amin.

p/s : tiba-tiba rasa sebak =(





Post a Comment