They're My Best Buddies

Tuesday, 15 November 2011

Kerana Takdir - Prolog

    

          "Kita mesti janji, walau apa pun yang terjadi..kita akan kekal sebagai adik-beradik. Walaupun kita bukan dari ayah dan ibu yang sama, aku tetap anggap korang sebagai adik-beradik aku dunia akhirat. Bila kita dah besar nanti, kita akan jumpa balik dekat Rumah Bakti ni.." Idham bersuara sambil memandang teman-temannya, Hakimi, Reza, Sarah dan Azlyn.

          "Aku janji Id. Aku dah anggap kau macam abang aku. Selama ni, kau yang banyak jaga aku. Aku takkan lupakan kau dan korang semua," balas Reza sayu. Dia menggenggam erat tangan Idham sebagai membuktikan kata-katanya. Idham mengangguk dan tersenyum.

         "Aku nak kita semua janji, selepas 10 tahun..kita akan bertemu lagi di sini, di Rumah Bakti ni. Walau siapa pun kita masa tu nanti, kita akan kekal dengan hubungan macam ni.." kata-kata Sarah segera dipersetujui oleh yang lain-lain.

          Mereka memegang erat tangan masing-masing. Di belakang mereka, tersergam indah Rumah Bakti, rumah anak-anak yatim yang menjadi titik pertemuan mereka berlima. Di situlah tempat jatuh dan bangun mereka. Hanya kenangan terindah ketika membesar bersama yang akan menjadi peneman bila tiba saat mereka terpaksa berpisah.
Post a Comment