They're My Best Buddies

Thursday, 10 November 2011

Kenapa Aku Tak Suka Pergi Kuliah..??

Dah 8 tahun aku grad. Kenapa sekarang baru nak buat entri pasal kuliah ni...? Sebab dulu aku tak tahu tentang kewujudan blog. Dulu-dulu kalau nak bercerita pun, secara live je. Tak pun tulis dalam diari. Diari pun tak update hari-hari...hoho :p

Tadi, ada Launching of Case Writer kat tempat aku bekerja ni. Tempatnya dalam Theatrette / Lecture Hall / Dewan Kuliah. Aku masuk je dalam theatrette tu tadi, terus terbayang zaman aku belajar dulu. Adesss... kenangan mengusik jiwa sungguh!

Sepanjang masa President tu berucap tadi, mata aku ni mula la berat. Dah teringat lagi zaman muda remaja dulu yg aku pernah di sound dalam kelas sebab terlena. Yg best nya bukan sekali, malah berkali-kali. Buruk perangai rupanya Dylla ni.

Dulu, sebelum nak pergi kelas, aku mesti check dulu tahap kesegaran mata aku ni macam mana. Kalau memang rasa sangat-sangat tak boleh bertahan, aku memang skip je kelas tu. Yg paling best, buka semester je, aku dah kira, berapa kali aku boleh skip kelas dalam satu semester. Hahaha...teruk betul perangai!

Antara sebab-sebab kenapa aku tak suka pergi kuliah selain dari sebab mengantuk :

1. Lecturer yg tak best, tak sporting, tak memahami

2. Environment kelas yg membosankan

3. Subjek tu memang aku tak minat langsung

4. Terpaksa berdepan dengan coursemate yg suka berpuak

5. Terpaksa korbankan waktu tidur untuk ke kelas pagi

6. Kedudukan kelas yg sangat jauh dari hostel...letih nak menapak!

7. Paling tak suka dengan lecturer yg suka lajak-lajak masa...panas bontot tau!

Oh, rupa-rupanya banyak juga sebab-sebab kenapa aku tak suka pergi kuliah. Zaman belajar dulu tak perasan pun sebab-sebab macam ni...hehehe (",)

Jadi, perasaan tu hampir menjadi nyata sekali lagi, hari ini. Cuma bezanya hari ni, aku tak perlu nak salin nota-nota dari presentation slide, tak perlu nak pasang telinga sangat apa yg orang kat depan tu dok berceramah dan yg paling penting, aku boleh tidur kalau aku rasa nak tidur..! Tapi, tak tidur la tadi. rasa macam tak sopan pula nak tidur. Dah la staff baru...hehehe

p/s : rasa nak jumpa balik lecturer yg baling marker pen kat aku dulu (",)







Post a Comment