They're My Best Buddies

Friday, 11 November 2011

Kawan Merajuk



Google

Merajuk ni ada banyak kategori. Kawan merajuk dengan kawan. Bf merajuk dengan gf. Isteri merajuk dengan suami. Dan macam-macam lagi la pendek kata. Tapi, kalau kawan merajuk dengan kawan ni, nak cerita macam mana...?? Pujuk..??

Okay. Sekali dua merajuk boleh la dipujuk kot. Tengok juga la dia merajuk atas alasan apa kan. Kalau hal remeh-temeh pun nak merajuk, memang buat tak tahu jelah. Selalunya kalau kawan merajuk hal-hal macam ni, memang tak lama la. Nanti mesti dia cari kita balik.

Tapi, kalau merajuk yg melibatkan isu-isu besar, tu kena ambil perhatianlah. Janganlah buat tak peduli pula. Hati kawan ni kenalah jaga juga. Jangan fikirkan hati sendiri je.

Dylla, kenapa kau buat tajuk macam ni..?? Sebab, aku rasa kawan aku baru je merajuk dengan aku tadi..hahaha. Entahlah, memanglah dia ada call aku banyak kali lately. Tapi, malangnya setiap call dia aku tak jawab. Bukan tak nak jawab. Tapi, tak sempat nak jawab. Aku pula, memanglah jenis pemalas nak return call. Sebab aku tahu, takde cerita lain pun selain dari cerita masalah dia.

Err...teruknya Dylla! Kawan tengah ada masalah , tapi kau cakap takde apa-apa...?? Hmmm....dengar dulu, aku berkawan dengan dia dah sangat-sangat lama. Dari awal kenal, memang dia dah banyak masalah. Dan memang aku yg menjadi tempat dia bercerita. Aku tak kisah pun. Okay je. Aku kan pendengar yg baik.

Tapi, dari tahun ke tahun, masalah tu berulang lagi. Masalah yg sama. Bukan aku dah fed up nak dengar. Tapi, aku dah fed up nak menasihat. Menasihati dia umpama mencurah air ke daun keladi...masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Ye kawan-kawan, aku mengaku aku degil. Tapi, dia..?? Lagi-lagi degil dari aku. Susah nak cakap untuk fahamkan dia.

Jadi, sebab tu aku buat keputusan untuk tidak mempedulikan dia lagi. Bukanlah nak putus kawan pun. Cuma nak bagi dia ruang dan masa supaya dia boleh berfikir sendiri.

"Awak sejak dah ada bf, memang tak pernah nak pedulikan saya lagi...benci!"

Eh, aku tak pernah kisah pun hal kau dengan bf kau...kenapa kau nak cakap macam ni dengan aku..?? Selama ni, kau bersenang-lenang dengan bf, tapi bersusah-payah dengan aku, pernah aku bising..?? Pernah aku ungkit..?? Tapi, macam ni pula yg kau fikirkan tentang aku. Aku tak spend masa dengan kau ke selama aku ada bf ni..?? Fikir dulu sebelum buat tuduhan. Letih aku nak melayan kerenah orang macam ni.

Bila aku ada masalah, kau kat mana..?? Jangan kata nak tunjuk muka, nak ambil tahu pun memang takde. Inilah maksud kawan sejati, kan..?? Datang masa susah, pergi masa senang. Terbaekkk la!

Ketahuilah sahabatku, aku tak pernah terniat langsung nak buang kau sebagai kawan. Aku cuma nak menyendiri untuk bermuhasabah diri. Dan peluang begini patut kau gunakan untuk merenung balik sedalam-dalamnya, sikap kau dan persahabatan kita. Wallahu'alam.

p/s : sorry if i hurt u...





Post a Comment