They're My Best Buddies

Friday, 11 November 2011

Jual Kawan Bayar Hutang

Di Kuala Lumpur, seorang gadis berusia 19 tahun, diperdaya oleh kawannya, lalu 'dijual' kepada seorang lelaki, dipercayai untuk melangsaikan hutang. Lelaki itu kemudian bertindak mengurung, merogol serta merotan mangsa.

Gadis itu berjaya melarikan diri selepas 60 jam dikurung. Dia melarikan diri ketika dua lelaki yg menjaganya tertidur, lalu pulang ke rumah bapanya di Pontian.

Kawan gadis berkenaan memperdayanya dengan berjanji untuk menyediakan percutian percuma dengan semua kos ditanggung. Malang bagi gadis berkenaan, dia 'dijual' pula kepada seorang lelaki.

Credit to : Harian Metro

p/s : macam-macam perangai manusia zaman sekarang ** geleng kepala banyak kali






Post a Comment