They're My Best Buddies

Thursday, 3 November 2011

Idea Sudah Datang

Okay. Sila klik [SINI] untuk mengetahui kenapa tiba-tiba aku buat entri ni. Sebenarnya, sebelum ni aku telah di tag oleh Gen2Merah untuk menjawab soalan-soalan yg mencabar minda tu. Tapi, syarat segmen tu : the tagged one should tells 11 things about her/himself and answer the tagged question AND create another 11 question to tag another BLOGger.

Aku dah jawab 11 soalan tu. Jadi, hari ni aku nak beritahu 11 perkara tentang diri aku (",)

1. Tengah drive - rela menyanyi dan layan suara sendiri dari mendengar lagu-lagu dari radio

2. Tengah makan - mesti nak cari sesuatu sebagai bahan bacaan walaupun selalu kena marah dengan mak, tak elok membaca sambil makan

3. Tengah marah - minum air kosong banyak-banyak untuk mengurangkan rasa marah tu

4. Tengah lapar - sanggup keluar tengah-tengah malam cari sesuatu untuk dimakan, tak sanggup tidur dengan perut yg berkonsert

5. Tengah tidur - cepat tersedar kalau ada gangguan...tapi takkan marah dengan gangguan tu (",)

6. Tengah fokus - mengamuk bila ada yg cuba nak menyibuk!

7. Tengah membaca - abaikan semua perkara dan akan cuba habiskan bacaan dalam satu hari

8. Tengah bersedih - istighfar dan selawat banyak-banyak (dalam hati) agar perasaan sedih tu berkurangan...tak pun ambil wudhu' dan mengaji

9. Tengah runsing - layan gambar-gambar yg ada dalam handphone

10. Tengah berbual - lebih suka mendengar dari bercakap, sebab bila dah dapat bercakap susah nak berhenti..hoho :p

11. TengahHARI - suka TIDUR...hahaha!!


Siap! Okay...kat bawah ni pula disediakan 11 soalan dan bakal mengTAG sesiapa yg berkenaan. Siapa yg nak kena tag tu..?? Tungguuuuuuuu (",)

Soalan 1
Kamu sedang lapar, tapi duit ada rm1 je...kamu??

Soalan 2
Kamu tengah memandu kereta/menunggang motor di kawasan perkuburan di tengah malam, tiba-tiba kenderaan kamu terasa berat...kamu??

Soalan 3
Kamu masuk bank yg ada 2 kaunter. Kaunter 1, seorang gadis/jejaka awal 20-an. Kaunter 2, seorang wanita/lelaki awal 40-an...kamu??

Soalan 4
Kamu dikehendaki untuk menjadi saksi bagi sesuatu kes, tapi kamu tidak mempunyai sebarang bukti....kamu??

Soalan 5
Kamu tengah nyenyak tidur, tiba-tiba bunyi panggilan telefon pula mengganggu...kamu??

Soalan 6
Kamu sedang menukul penyangkut baju di belakang pintu dalam bilik, tiba-tiba ada orang menolak pintu itu dari luar...kamu??

Soalan 7
Kuasa yg kamu idam-idamkan ada pada diri kamu...kenapa??

Soalan 8
Kamu tengah sibuk berBLOGging, tiba-tiba bos lalu di belakang dan nampak perbuatan kamu...kamu??

Soalan 9
Siapa yg kamu impikan untuk menjadi teman wanita/lelaki kamu...kenapa??

Soalan 10
Kamu dapat sebuah kereta yg menjadi idaman kamu selama ini...kamu??

Soalan 11
Sikap kamu yg paling kamu tak suka dan bagaimana kamu nak perbaikinya...??

Soalan-soalan ni tak la susah sangat kot. Rasanya takde soalan yg nak mengenakan orang walaupun niat asal tu memang nak kenakan orang..huhu. Okay, nama-nama yg di bawah ni sila la jawab soalan-soalan kat atas ni ye...Good Luck!!

**walaupun tak boleh tag balik, tapi tetap nak tag cikgu gen2merah ni..hoho..
Post a Comment