They're My Best Buddies

Wednesday, 16 November 2011

Hukum Menyimpan Anak Patung

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah, cuaca amat baik di saat aku menaip entri ni. Indahnya pemandangan walaupun tidak kelihatan tumbuhan-tumbuhan hijau. Pemandangan kota batu, faham-faham jelah ye. Jauh di sudut hati, aku bangga aku dilahirkan sebagai anak Malaysia. Walaupun agak ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara maju yg lain, tapi pembangunan negara kita ni memang harus dibanggakan (",)

Tutup cerita pasal pembangunan Malaysia. Bukan itu yg aku nak cerita pagi. Tengok tajuk..?? Hukum menyimpan anak patung. Perempuan dan anak patung memang tak boleh nak dipisahkan. Begitu juga aku ** sebab aku perempuan la!! Dari kecil memang hidup aku ni diceriakan dengan anak-anak patung yg setia menemani aku di dalam bilik tidur. Nasib baik ayah tak pernah menyogok aku dengan anak patung Barbie Doll tu. Mungkin dia tahu yg aku ni penakut dengan patung-patung berupa manusia...hehehe

Google

Dulu, aku selalu dengar, rumah atau bilik atau kenderaan yg ada anak patung ni tak akan didatangi malaikat. Jadi, kalau kita beribadah, macam mana malaikat tu nak mendoakan untuk kita jika dia tak nak datang pun tempat kita..??

Jadi, aku rujuk kepada beberapa orang para Ilmuan Islam tentang perkara ni. Menurut mereka, anak patung yg TIDAK DIBENARKAN berada di dalam rumah kita adalah anak patung yg digunakan untuk tujuan menyembah. Kerana seperti yg kita semua sedia maklum, kita sebagai umat Islam, hanya ALLAH S.W.T yg layak disembah. Di dalam Islam sendiri, walaupun bukan menjadi kewajipan, tetapi digalakkan menghadiahkan anak-anak perempuan dengan permainan anak patung dengan tujuan untuk mendidik mereka supaya lebih bersedia untuk menjadi seorang ibu yg bertanggungjawab apabila mereka dewasa kelak.

Wallahu'alam.

p/s : rasa lega lepas dapat tahu tentang hal ni (",)





Post a Comment