They're My Best Buddies

Tuesday, 15 November 2011

Dia Dewa Hatiku - Bab 3


"Betul Amy. Aku tak tipu.." Syaqila beria-ia meyakinkan teman baiknya, Amelia, tentang hal bayangan hitam yang sering muncul di jendela kamarnya itu.

"Kau berangan ni. Tak mungkin ada bayangan hitam yang boleh menjelma jadi manusia macam tu. Aku tak percayalah!"

"Aku tak beranganlah. Aku sedar masa tu. Aku bukan bermimpi.." balas Syaqila, masih lagi dalam cubaan meyakinkan Amelia yang sedikit pun tidak terpengaruh dengan kebenaran ceritanya.

"Buktikan. Kau panggil dia sekarang," tegas Amelia.

Syaqila menggelengkan kepala. Dia sudah memberitahu Amelia bahawa Fiqry tidak akan muncul di hadapan orang lain. Jika Syaqila memanggilnya sekarang pun, hanya dia saja yang boleh melihat Fiqry. Bagaimanakah dia mahu membuktikan kebenaran ceritanya itu..?  
       
Akhirnya Syaqila mengalah. Tidak mahu mencuba lagi. Sedangkan teman baiknya sendiri pun tidak mempercayainya. Apatah lagi orang lain. Dia tersentak ketika namanya tiba-tiba dipanggil seseorang. Syaqila segera menoleh. Zahir, pemandu majikannya sedang tersengih-sengih sambil menunjukkan sebuah bungkusan di tangannya. Syaqila tidak mahu melayan kerenah Zahir. Sudah acapkali lelaki itu mengusiknya. Sejak dari awal dia bekerja di situ, Zahir tidak pernah melepaskan peluang untuk mengusik dan membulinya.

Pernah dia terdengar orang bercakap-cakap mengenai dirinya dan Zahir. Ada yang mengatakan Zahir menyimpan perasaan terhadapnya. Eh, aku dah ada boyfriend, okay?? Begitulah bentaknya bila setiapkali dia terdengar cerita mengenainya diperkatakan.

"Opocot mak kau..!" latah Syaqila tiba-tiba. Zahir yang berdiri di hadapannya ketawa berdekah-dekah. Dia menekan-nekan perut sambil menahan tawa.

"Luculah kau ni Qila. Aku baru cuit sikit dah melatah," kata Zahir sambil memandang Syaqila yang sedang menahan marah.

"Aku tak sukalah orang cuit-cuit pinggang aku. Kau ni tak faham bahasa ke..??"

"Janganlah marah, Qila. Aku main-main je. Aku suka tengok kau marah-marah macam ni. Nampak comel sangat.." Zahir terus menyakat.

"Ni kau punya comel..!" balas Syaqila sambil menunjukkan penumbuknya di hadapan muka Zahir. Zahir mengundur selangkah ke belakang untuk mengelak. Dia masih ketawa dengan telatah Syaqila.

"Amboi, garang betul minah ni! Dah..jangan marah-marah lagi. Ni aku belikan apam balik kegemaran kau. Suka tak..?"

"Tak payah nak bodek-bodek aku. Setakat apam balik aku boleh beli sendiri tau.." Syaqila cuba menjual mahal. Namun begitu, huluran Zahir tetap diambil, membuatkan lelaki itu tersengih panjang.

"Ambil juga. Ingat betul-betul tak nak tadi," usik Zahir tidak putus-putus.

Syaqila tidak memberi sebarang reaksi. Mulutnya sudah sibuk mengunyah kepingan apam balik yang memang menjadi kegemarannya sejak kecil lagi. Dia menghulurkan sekeping apam balik untuk Zahir. Lelaki itu terus mengambilnya diiringi dengan ucapan terima kasih sambil berlalu pergi.

"Kau ni selalu sangat bergaduh dengan budak Zahir tu. Nanti tersangkut baru tau," tegur Amelia sambil tangannya mengambil sekeping apam balik dari atas meja Syaqila.

"Kau ni Amy, aku kan dah ada Emran. Aku tak nak Zahir tu. Emran aku lagi best dari Zahir tau..!" balas Syaqila penuh yakin. Sudah selalu dia mendengar Amelia berkata begitu.

"Alah, kau dengan Emran pun bukannya serius sangat. Mamat tu selalu je suruh kau cari boyfriend lain, kan? Kau cari je yang lain. Biar dia tau. Zahir tu okay juga.."

"Sampai hati kau cakap macam tu, Amy. Aku sayang kat Emran. Kenapa aku nak cari boyfriend lain pula..?" Syaqila pura-pura merajuk. Dia sebenarnya tidak ambil hati langsung dengan kata-kata Amelia. Memang benar Emran selalu menuduhnya curang dan memintanya mencari boyfriend lain. Tapi, kerana sayang Syaqila masih tetap mahu bersama Emran.

"Sorry, Qila. Aku bukan saja nak sakitkan hati kau. Aku cakap benda yang betul je," Amelia merendahkan nada suaranya. Dia terperasan raut wajah Syaqila sudah mula berubah. Pasti gadis itu kecil hati dengan kata-katanya sebentar tadi, tanpa mengetahui Syaqila sebenarnya sedang mengiakan kata-kata itu di dalam hatinya.

"It's okay..small matter.." balas Syaqila sambil tersenyum.

                                                         *          *          *

Syaqila sibuk mengemas meja makan selepas mereka sekeluarga makan malam sebentar tadi. Syakir yang turut membantu kini sudah berada di dapur, sibuk mencuci pinggan mangkuk yang sudah digunakan.

"Kakak, hero kakak ada muncul lagi ke baru-baru ni..? Dah lama Syakir tak dengar kakak mengadu pasal 'dia'.." tanya Syakir tiba-tiba. Syaqila yang sedang memegang saki baki pinggan kotor untuk dicuci, tergamam seketika. Hero..??

"Syakir cakap pasal apa, ni..?" tanya Syaqila buntu. Dia benar-benar tidak dapat menangkap maksud kata-kata Syakir tadi.

"Alah, bayang-bayang hitam yang kononnya selalu muncul kat tingkap bilik kakak tulah..!" tempelak Syakir. Suaranya yang sedikit kuat itu membuatkan Syaqila kelam-kabut meletakkan pinggan dari tangannya ke dalam sinki, lantas mencekup mulut Syakir.

"Jangan cakap kuat-kuat. Nanti papa dengar, susahlah kakak.."

"Apa yang susahnya..? Bukannya benda tu betul-betul wujud pun. Papa takkan layanlah kerenah anak kesayangan dia yang ada penyakit jiwa ni," balas Syakir sebaik saja dia berjaya menurunkan tangan Syaqila dari terus menekup mulutnya.

"Err..ha'ah..memanglah benda tu tak wujud. Apalah Syakir ni. Buat kakak panik je tadi," Syaqila agak mengelabah ketika mahu berbohong tentang kewujudan Fiqry. Tidak mungkin dia akan bercerita kepada Syakir perihal lelaki itu.

"Apa nama hero kakak tu..?" Syakir cuba menyerkap jarang. Perubahan raut wajah Syaqila menimbulkan tanda tanya di hatinya.

"Eh, Syakir tau ke pasal dia..?" Syaqila agak terkejut mendengar pertanyaan Syakir.

"Kakak..lebih baik kakak terus terang dengan Syakir. Kakak cakap pasal siapa ni..?"

"Err..Syakir cakap pasal siapa tadi..? Kakak cakap pasal kawan kakak yang dekat tempat kerja tu. Alah, yang selalu usik-usik kakak tu.." balas Syaqila cuba menutup kesilapan dirinya. 'Macam manalah aku boleh terlepas cakap ni..?' bentak hatinya.

"Sah. Memang sah kakak Syakir yang seorang ni dah gila..!" tempelak Syakir. Dia menggelengkan kepala sambil berlalu meninggalkan ruang dapur.

'Kau cakaplah apa saja Syakir. Kakak takkan pecah rahsia mengenai Fiqry. Gila pun kakak kau juga..!' sekali lagi hati Syaqila berbicara. Dia meneruskan kerja membasuh pinggan-mangkuk yang telah terbengkalai sebentar tadi.

"Kakak..nanti kita sambung cerita ya..!" jerit Syakir lalu menghilangkan diri ke dalam biliknya. Syaqila berdebar-debar mendengar kata-kata adiknya itu. Syakir bagaikan mengesyaki sesuatu tentang Fiqry.

'Syaqila, jangan panik. Kau kena rahsiakan perkara ni. Walau apa pun yang berlaku, hanya kau saja yang boleh tahu tentang kewujudan Fiqry. Jangan sampai si mulut tempayan tu tahu..!' hati Syaqila terus berbicara. Cuba menenangkan dirinya sendiri. Sambil menyanyi lagu kegemarannya, Syaqila menyudahkan kerjanya dan terus berlalu ke bilik tidurnya.   


Post a Comment