They're My Best Buddies

Tuesday, 1 November 2011

"Bos...macam mana nak buat ni??"

Assalammualaikum W.B.T

Alhamdulillah. Dah hampir 2 minggu aku di sini. Dah ada tanggungjawab untuk aku laksanakan. Sampai dah nak kabur la mata aku ni asyik menghadap PC je. Banyak pula benda nak kena update dan edit. Tapi, takpe...kalau dah namanya tanggungjawab, kena la buat, kan?


Google
Jadi, minggu ke-2 ni, aku asyik keluar masuk bilik bos je. Ada je benda aku nak tanya.

"Bos, yg ni saya kena buat macam ni ke..?"

"Bos, hari tu saya key-in PRF nak kena submit kat Finance ke..?"

"Bos, itu kan.."

"Bos, ini kan..."

Pendek kata semua bos la. Macam-macam hal aku tanya kat bos. Soalan paling kerap ialah "Bos, macam mana nak buat ni..?" Inilah realitinya bila seorang pekerja yg baru masuk bekerja di sesebuah syarikat. Tunjuk ajar dari pihak majikan itu amatlah diperlukan. Apatah lagi buat mereka yg tidak ada pengalaman bekerja.

Aku tak boleh bayangkan jika satu hari nanti, aku akan mempunyai pekerja di bawah kendalian aku. Macam mana la aku nak ajar diorang buat kerja..? Aku ni kan kurang kesabaran sikit..hehe

p/s : bos, kejap lagi saya nak tanya sesuatu lagi!





Post a Comment