They're My Best Buddies

Wednesday, 9 November 2011

Bila Yg Salah Tak Nak Mengaku Salah

Kejadian ni berlaku petang semalam. Masa aku sedang berjalan ke stesen LRT, tiba-tiba aku ternampak pergaduhan antara seorang lelaki India dan seorang wanita Melayu.

Si lelaki tu memandu kereta Gen2 dan si wanita tu pula memandu kereta Wira Aeroback. Nak dijadikan cerita, si wanita tu keluar dari simpang menuju ke sebelah kiri. Dia terus masuk ke lane kanan untuk masuk ke simpang kanan di hujung jalan tu. Yg si lelaki tu pula, memang dah berada di jalan tu dari awal lagi. Dan dia hendak menuju ke lane kiri untuk masuk ke simpang kiri di hujung jalan.

Akibatnya..?? Akibatnya memanglah berlaku perlanggaran. Bagi aku, si wanita tu yg bersalah. Seharusnya dia menunggu si lelaki tu pergi terlebih dahulu. Hmmm, kalau ikut undang-undang jalanraya pun, memang kenderaan yg keluar dari simpang harus berhenti terlebih dahulu, kan..?

Part yg paling tak best aku tengok, bila mereka mula bertengkar. Sebabnya si wanita tu tak mengaku salahnya. Dia mati-mati mengatakan dia yg terlebih dahulu melalui jalan itu. Jadi, si lelaki itu yg harus memberi laluan kepadanya.

W : I sudah bagi signal. You tak nampak ke..?

L : You bagi signal ke apa ke, you punya salah. You keluar simpang. You patut berhenti dulu, bagi saya lalu! Sekarang mau cerita macam mana..??

W : Mau cerita apa..?? You yg langgar saya!

L : Mesti saya terlanggar you. Sebab you keluar simpang tarak tengok saya!

W : You langgar saya, you la bayar ganti rugi!

L : Perempuan ni serupa lembu la! Hei, you tak belajar undang-undang ke..?? You keluar simpang mesti berhenti dulu. Sekarang sudah langgar, jangan banyak cerita. Bayar saja!

W : Hei, you panggil saya lembu kenapa..??

Lepas tu..?? Aku terus pergi. Tak nak tengok drama tu lama-lama. Makcik tu gila berani. Bergaduh dengan lelaki India pula tu. Perghh!!

Ada la seorang dua lelaki yg berhenti untuk menyaksikan pergaduhan tu. Ada juga yg sempat merekod video. Aku geleng kepala jelah. Tak nak masuk campur. Yg bersalah tak nak mengaku salah. Yg tak bersalah pula dituduh bersalah.

p/s : sebelum memandu kereta atau menunggang motor, sila pastikan kamu semua arif tentang undang-undang jalanraya terlebih dahulu okay!





Post a Comment