They're My Best Buddies

Friday, 28 October 2011

Seksa Batin

Seorang lelaki yg hanya mahu dikenali sebagai Zakry membuat pengakuan bahawa dia sudah 7 tahun tidak 'bersama' isterinya, gara-gara perbuatan sihir bekas pembantu rumahnya - myMetro


Hmm...susah juga bila terpaksa berdepan dengan orang yg suka menggunakan sihir untuk membalas dendam, demi memuaskan hati sendiri. Akibatnya, orang lain yg akan terseksa dan menderita.

Dulu, aku pernah terdengar tentang perihal 'mengunci nafsu' suami/isteri ni. Aku bayangkan hal ini berlaku untuk mengelakkan sang suami atau isteri berlaku curang kepada pasangan masing-masing. Tapi, walau apa pun, dengan niat yg baik atau sebaliknya, perbuatan sihir tetap salah di sisi Islam. Berdosa besar hukumnya, kerana itu termasuk dalam kategori Syirik.

Perbuatan Syirik yg jelas adalah kepercayaan terhadap bomoh dan tempat-tempat yg dianggap keramat, penggunaan tangkal atau azimat, menyembah kemewahan dunia dan pelbagai lagi.

Dalam kehidupan kita seharian juga kadangkala terselit perbuatan Syirik. Contoh yg jelas, "Aku nak makan sebab lapar..."
1 - Setiap perbuatan kita mestilah ikhlas kerana ALLAH S.W.T.
2 - Kepercayaan bahawa dengan kekenyangan kita boleh meneruskan hidup seperti biasa, sedangkan Allah yg menentukan kehidupan hamba-Nya
3 - Jadi, lepas ni, jangan makan kerana lapar. Makanlah dengan niat kita hendak terus beramal dan beribadah kerana Allah. Makan itu lumrah. Jadi, tak perlu berkata apa-apa. Makan saja. Berdiam itu lebih baik dari banyak berkata-kata

Firman Allah yg berbunyi :

Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.”(Surah Al-Hajj : ayat 31)

Jelas, hanya Allah saja tempat kita bergantung. Janganlah kita bergantung dengan sesuatu yg lain untuk mencapai apa jua hasrat. Menyekutukan Allah dengan sesuatu yg lain adalah perbuatan Syirik. Segeralah bertaubat jika kita telah melakukan perbuatan Syirik ini. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Seperti dalam firman Allah yg berbunyi :

“Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.”
(Surah al-Kahfi, ayat 110)
Wallahu'alam

p/s : Sharing is Caring (",)






Post a Comment