They're My Best Buddies

Saturday, 8 October 2011

Sedap ke makan daging orang ni..??

Assalammualaikum W.B.T

Selamat pagi BLOGgers!!

Pagi ni datang kerja dengan mood yg paling ceria. Sebab..?? Hari ni ex-MJC buat come-back!! Hoho (",) So, hari ni kononnya macam reunion kami la. Cheh, padahal diorang baru je resign seminggu dua. Dah nak buat reunion.


Tapi, sampai ofis, aku dikejutkan pula dengan satu cerita yg agak menyakitkan hati walaupun lepas habis dengar cerita tu aku jadi, "biarlah minah tu, malas nak fikir...buat semak kepala otak je.."

Aku tak faham la manusia ni. Lebih-lebih lagi kat ofis aku la kan. Kadang-kadang apa yg kita buat sangat-sangat tidak disenangi ramai. Bila orang dah tak senang dengan kita, apa benda yg kita tak buat pun mereka akan cakap kita buat. Jadi, dah timbul satu fitnah di situ kan. Tak tahu ke menfitnah tu ibarat membunuh..? Hmm, mungkin kurang pengetahuan agama kot. Tu pasal la suka-suka hati nak fitnah orang sana-sini.

Firman Allah bermaksud:

 “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Bila kita berbaik-baik dengan orang lain, tapi dia masih nak bercakap sesuatu yg buruk tentang diri kita, apa selayaknya orang-orang macam ni kita nak panggil..? Agaknya manusia zaman sekarang ni memang dah tak suka orang baik kot. Tu satu hal la. Lepas tu lagi satu hal yg konon-kononnya "pretend to be an angel". Perghhhh...sikap yg ni lagi aku tak boleh tahan!! Dia buat silap. Tapi, kesilapan tu diletakkan di atas bahu orang lain. So, bahu kiri kau ringan la ye. Banyak cantik muka kau. Tolong la. Orang-orang macam ni jangan la wujud depan aku lagi. Aku bukan la jenis yg penyabar sangat pun. Takut aku terbuat dosa pula pergi serang diorang ni..!! Dylla...calm down!!




Jadi, kawan-kawan, janganlah ada sikap suka menfitnah dalam diri. Tak bagus untuk kesihatan sikap macam ni. Yg suka menfitnah tu satu hal la. Tapi, yg jenis talam dua muka pun satu hal juga. Depan kita cakap lain. Boleh gelak-gelak, senyum-senyum, puji-memuji. Tapi, kat belakang kita...Allah jelah yg tahu. Busuk betul hati orang yg sebegini. Boleh ke kita kategorikan mereka ni sebagai hipokrit atau dalam bahasa Islamnya sebagai munafik..?? Wallahu'alam.

p/s : letih bila terpaksa berdepan dengan kerenah manusia yg macam ni
Post a Comment