They're My Best Buddies

Monday, 24 October 2011

Perjalanan Dengan Putra LRT

Google
















"Next station...Kampung Baru!!"

Haa..sekarang ni, hari-hari aku kena dengan suara lembut tukang announcement dalam tren Putra LRT. Best! Sejak bekerja di tempat baru ni, Putra LRT menjadi pengangkutan yg mengangkut aku ke sana-sini. Tiga hari menjadi penumpang Putra LRT, tak pernah sekalipun aku berpeluang untuk mendapat tempat duduk. Hahaha..tu pun nak kecoh!! Relax...aku masih mampu untuk berdiri lagi..insyaAllah (",)

Awal pagi menunggu tren, tidak menjadi masalah besar bagi aku. Walaupun dari jauh aku melihat beberapa trip sudah terlepas, namun aku masih lagi boleh melenggang-kangkung. Masih lagi sempat menyinggah untuk mencari bekalan sarapan pagi. Buat masa ni, perkhidmatan Putra LRT belum pernah menghampakan aku. Aku rasa aku memang tak silap memilih perkhidmatan ini sebagai pengangkutan utama aku untuk ke tempat kerja. Harap-harap perkhidmatannya akan kekal sebegini untuk masa-masa akan datang.

Bila berada di dalam tren, pelbagai ragam dan kerenah manusia yg boleh aku lihat. Yg pastinya, majoriti penumpang tren akan mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Aku teringat suatu ketika dahulu, bekas majikan aku pernah bercerita tentang pengalamannya ketika menaiki tren di Jepun.

"You tahu, di Jepun, semua orang takkan buang masa. Dalam tren pun mereka masih boleh membaca. Saya rasa, saya satu orang saja yg tidur dalam tren maa. Nasib baik saya orang Malaysia..."

Hmm...nampak sangat rakyat Malaysia malas membaca!! Oppsss..maaf ye, bukan semua (",) Tapi, aku rasa inilah realitinya. Aku memang tidak membaca di dalam tren. Pening!! Tapi, aku pun tak tidur juga. Aku lebih suka jadi pemerhati. Memerhati gelagat manusia ni kadangkala boleh menghiburkan hati sendiri.

p/s : lepas sebulan nanti pasti kaki aku akan mengalami peningkatan kuasa kuda...al-maklum la, berjalan selama hampir 15 minit pergi dan balik kerja..!!
Post a Comment