They're My Best Buddies

Saturday, 1 October 2011

Macam ni rasanya jadi storekeeper

Awal pagi tadi, aku terpaksa mengingatkan diri sendiri untuk ke Central Workshop yang terletak di Ijok. Semalam, bos besar dah sound aku pasal stok material yg masih ada di workshop tu. Sebenarnya, ini kan kerja storekeeper. Tapi, aku terpaksa pergi ke sana memandangkan storekeeper tu takde semangat nak buat kerja mengira stok tanpa aku. Dengan rasa yg penuh tanggungjawab, aku pun temanlah dia ke sana.

Sampai di workhop, terasa cuaca tersangatlah panasnya. Aku tak merungut pun. Cuma kulit ni dah lama tak kena sinaran matahari di waktu tengahari. Jadi, ada la rasa tak berapa selesa. Okay. Sambung buat kerja. Aku ikut je storekeeper tu pusing-pusing sekitar workshop untuk cari material yg masih ada. Dah siap kira, aku masuk office untuk fotostat semua dokumen yg berkaitan dengan material tu. Berpinar kejap mata aku!! Dari panas terik terus ke tempat berhawa dingin. Patutlah storekeeper aku selalu pening-pening kepala. Mungkin inilah sebabnya...hehehe

Masa lunch, aku la manusia yg paling lapar. Masuk ke kedai mamak. Makan nasi daun pisang. Perghhh.. mabeles!! Lepas tu aku ada cuba sup herba. Memang terasa la herba-herbanya. Sedap!! Lepas tu lagi, aku cuba sejenis air atau sup, aku pun tak tahu. Namanya "moor". Sejenis susu masam yg dicampur dengan bawang dan capsicum. Pelik. Tapi, aku boleh telan sampai habis. Rasa macam sayur lemak yg baru keluar dari peti ais. Hahahaha..

Sampai ofis, aku rasa mata dah berat gile. Dengan rasa penat mengira stok dan perut yg tersangatlah penuhnya, rasa nak tidur je. Baru aku tahu sekarang perasaan seorang storekeeper yg bekerja untuk site office. Penat dowh!!

p/s : bersyukur dengan keselesaan kerja yg ada (",)




Post a Comment