They're My Best Buddies

Tuesday, 4 October 2011

Kesesakan di Seksyen 7 Shah Alam Bakal Berakhir

Mesti ada antara bloggers kat sini yg tinggal di Seksyen 7 Shah Alam, kan..? Berita baik untuk korang la ni. Tak lama lagi, kesesakan jalan kat kawasan Seksyen 7 tu akan berakhir. Jadi, para pelajar UiTM Shah Alam ataupun penduduk yg tinggal berdekatan tak perlu lagi nak pening-pening kepala berhadapan dengan masalah kesesakan jalan.

Masalah kesesakan lalulintas di sekitar kawasan Seksyen 7 di sini bakal berakhir apabila projek pembinaan persimpangan bertingkat yang menghubungkan Lebuhraya Persekutuan dengan kawasan pembangunan di seksyen itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2013, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata projek sepanjang dua kilometer bernilai kira-kira RM58 juta yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu akan memberikan impak positif kepada pertumbuhan serta sosio ekonomi penduduk setempat di kawasan Seksyen 7.

"PKNS kini dalam proses memanggil kontraktor-kontraktor yang berpengalaman dan berkeupayaan untuk tujuan mengambil bahagian dalam tender prakelayakan kontraktor.

"Tindakan ini adalah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pembinaan persimpangan ini dari awal sehingga siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah persimpangan itu di i-City, Seksyen 7, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata PKNS selaku pengurus projek akan menyumbang keseluruhan kos pembinaan bersama sembilan syarikat swasta dan pemaju seperti I-City Properties Sdn Bhd (i-City) dan IJM Properties.

Credit to : Harian Metro

p/s : pernah tinggal di Seksyen 7 Shah Alam 6 tahun yg lepas (",) masa tu ada tasik tepat jogging je...sekarang ni macam-macam ada!!
Post a Comment