They're My Best Buddies

Friday, 7 October 2011

Kematian Steve Jobs Catat Rekod


Mungkin aku dah ketinggalan 1 hari untuk menulis entri yg berkaitan dengan isu mendiang Steve Jobs ni. Siapakah beliau..? Kepada sesiapa yg masih belum tahu, Steve Jobs ni adalah co-founder Apple. Haa, pengguna-pengguna iPhone atau semua brand Apple mesti dah tahu tentang kematian Steve Jobs ni kan.

Menurut akhbar Harian Metro, kematian Steve Jobs ini telah mencatat rekod di dalam internet apabila kebanyakan peminat dan pengagum teknologi menjadikan internet sebagai medium untuk mereka melahirkan kesedihan mereka di atas kematiannya.

Penganalisis media sosial berkata, kematian Steve Jobs akan memecah rekod sebagai isu yg paling banyak diperkatakan dalam sejarah internet.

Nama Steve Jobs dikatakan disebut sebanyak 10,000 kali sesaat di dalam lama sosial Twitter dan kadar itu dijangka akan meningkat lagi.


p/s : bukan pengguna produk Apple (",)
Post a Comment