They're My Best Buddies

Monday, 10 October 2011

Hipokritkah Anda..?

Assalammualaikum BLOGgers..!!

Selepas sehari bercuti tanpa entri, aku rasa blog aku ni dah macam apa je. Nak blogwalking pun tak sempat lagi. Nanti dah petang sikit mungkin ada masa kot..insyaAllah (",)


Hari ni aku nak cerita pasal hipokrit. Eh, tajuk ni macam dah tulis je dalam entri yg lepas. Betul. Tapi, tidak secara terperinci. Majoriti di kalangan kita mesti pernah berdepan dengan manusia yg hipokrit. Ataupun, tak payah tengok orang lain, tengok diri sendiri je. Kadangkala, apa yg kita buat tu, ikhlaskah kita..?? Ada tak unsur hipokrit di dalam setiap perbuatan yg kita lakukan..??

Orang pakai tudung, kau nak pakai tudung
Orang bersolat, kau pun ikut bersolat juga
TAPI...bila orang buat baik, kau buat apa..??

Bila kita lakukan sesuatu tanpa keikhlasan, begini la jadinya. Orang yg hipokrit atau munafik (berpura-pura) adalah termasuk di dalam golongan orang-orang yg tidak mendapat hidayah Allah S.W.T. Hal ini akan menyebabkan jalan hidupnya tidak mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yg dilakukannya tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T. Mahukah kita menjadi sebahagian dari golongan ini..? Tentu jawapannya TIDAK bukan..?

Firman Allah yg berbunyi :

Mereka (orang munafik) hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah telah menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang kafir membenci
(Surah As-Saff : ayat 8)

Ada tak antara kita yg pernah melalui perasaan begini :
1. Aku terpaksa berpura-pura gembira di hadapan si dia semata-mata ingin menjaga hati sedangkan hati aku sendiri terasa amat sakit
2. Aku buat baik dengan orang tu sebab dia mendatangkan keuntungan pada aku
3. Aku layan dia sebab dia kawan baik bf/gf/suami/isteri aku je. Kalau tak, jangan harap aku nak layan. Bukan ada kaitan dengan aku pun.

Ada banyak lagi la. Ini je yg mampu aku senaraikan. Kalau nak senaraikan lebih banyak lagi, alamatnya sampai esok la aku tak sempat nak post entri ni...hehehe

Jadi, bagi aku la, apa jua alasan sekalipun, cubalah elakkan diri untuk menjadi seorang yg hipokirt. Kalau kita tak senang dengan sesuatu perkara, jujurlah tentangnya. Jangan berpura-pura kita bahagia sedangkan hakikatnya kita sengsara. Wallahu'alam.

p/s : pernah juga jadi hipokrit untuk menjaga hati pihak lain



Post a Comment