They're My Best Buddies

Friday, 7 October 2011

Hari-hari Teh O Panas

Lambat kot buat entri hari ni. Nak ucapkan selamat pagi pun segan-segan sebab waktu sekarang ni dah nak cecah tengahari kot (",)


Google pic

Apa kena-mengenanya teh o panas dengan entri aku hari ni..? Aku pun pelik sejak bila aku ni addict dengan teh o panas ni. Setiap hari mesti buat 1 mug teh o panas. Petang-petang sikit pun buat lagi 1 mug. Dah la last month doktor suruh aku stop minum teh sebab banyak angin. Oh, dalam badan aku banyak angin la kawan-kawan...patut la asyik naik hangin je..hehehe

Tapi, teh o panas ni sedap kot. Dapat pula cucur ikan bilis. Perghhh...layan!!

Dulu, aku jarang minum teh. Teh O ke..teh tarik ke..sebarang jenis teh la pendek kata. Aku ni dulu penggemar milo. Minum milo anda jadi sihat dan kuat. Sebab aku nak sihat jadi aku minum la milo setiap hari. Sampai satu ketika, ada seorang budak ofis yg suka sangat minum teh o panas dah meracun kepala otak aku untuk turut sama menjadikan minuman kegemarannya itu sebagai minuman kegemaran aku juga. Memang cepat terpengaruh aku ni. Sekarang dah lekat. Apa pun, setiap kali minum teh o panas ni, aku mesti teringat kat Wawa. Sekarang dia kat Sabah, ikut suami dia. Rindu la pula.

Aku rasa aku kena kurangkan minum teh o la. Memang rasa badan ni banyak angin. Ringan semacam je. Hahaha...

p/s : nak minum  Ho Ho Horlick pula la lepas ni (",)
Post a Comment