They're My Best Buddies

Wednesday, 12 October 2011

Dunia Sukan Aku

Aku memang suka bersukan. Dari kecil hinggalah sekarang ni, hidup aku masih dipenuhi dengan aktiviti sukan. Tak kira la outdoor atau pun indoor. Aku rasa pelik bila tak bersukan. Aku selalu tertanya sendiri bila tahu ada orang yg tak bersukan, "best ke duduk diam macam tu je..?"

Teringat masa sekolah dulu, aku sangat aktif dalam sukan olahraga. Lari pecut 100m, 200m, 4x100m, lompat jauh etc. Aku dulu memang gila bersukan. Sampai semua acara aku nak masuk. Yg paling best bila aku ada geng. Kat sekolah, kawan-kawan yg rapat semua pun gila bersukan. Di rumah pula, adik-beradik aku pun jenis gila bersukan. Oh, bahagianya hidup!!


Masa di sekolah menengah, aku masih ingat lagi dengan abang aku yg merupakan kapten pasukan olahraga kami. Dia memang straight. Dengan adik sendiri pun dia boleh hentam. Kat rumah, jangan harap dapat minum ais dan makan pedas. Dia sangat-sangat menjaga pemakanan kami, team olahraganya. Aku tak pelik bila abang aku dinobatkan sebagai olahragawan sekolah. He deserved it.


Bila aku berpindah ke sekolah berasrama, aku dah slow sikit dengan sukan olahraga. Aku gila merejam lembing pula. Adesss..syok kot bila tengok lembing tu terpacak kat tanah. Rasa puas hati...hehehe


Lepas tu, aku dan budak-budak dorm gila bermain bola tampar. Pernah sekali tu, kami didenda bermain bola tampar selepas pukul 12 malam di court bola tampar asrama lelaki. Sebab..?? Sebab kami main bola tampar dalam dorm. Lepas tu, tingkap dorm pecah!! Kena denda la!! Tapi, jangan terkejut. 80% budak dorm aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Bola Tampar Daerah Perak Tengah. Hasil latihan selama sebulan pada setiap tengah malam. Tak sia-sia!!


Masuk je alam Universiti, aku berubah angin lagi. Kembali menyambung minat bermain badminton semenjak tingkatan 2 dulu, aku bertemu dengan kawan yg suka bermain badminton juga di sana. Kami selalu menghabiskan masa di hujung minggu (setiap pagi Ahad) untuk bermain badminton. Selain dari badminton, aku berjinak-jinak di dalam sukan Tenis. Perghhh..penat!! Tapi, best!! Aku yg dipengaruhi oleh teman sebilik bersetuju untuk menemaninya bermain tenis setiap petang. Sekali aku yg tersangkut. Aku memang jatuh cinta la dengan sukan ni (",)


Tamat zaman belajar, aku berhenti bersukan untuk tempoh beberapa bulan. Selepas berkenalan dengan ex-bf aku, kami menjadikan sukan Bowling sebagai aktiviti tetap setiap hari selepas waktu kerja. Memang sangat gila bowling aku rasa. Sampai kami sanggup beli kasut dan bola bowling!! Lepas putus dengan dia (ish..teremosi lak..) aku mula mengaktifkan diri dalam sukan permotoran. Gila racing kereta!! Masa tu aku join satu kelab kereta ni. Kenal mamat tu secara tak sengaja. Lepas tu dia ajak aku join kelab kereta dia. Aku join. Dapat bawa kereta macam orang gila rasa macam satu kepuasan. Macam-macam skill yg aku pelajari. Tapi, perlahan-lahan aku tarik diri dari kelab tu. Aku tiba-tiba terasa nak hidup normal macam biasa. Sampai bila nak lepas geram dengan memandu laju macam tu, kan..? Alhamdulillah, aku belum pernah mengalami kemalangan dan minta dijauhkan oleh-Nya. Amin.


Di tempat kerja sekarang, aku kembali aktif bermain badminton dan bowling. Badminton dengan kawan-kawan sepejabat. Bowling dengan si dia. Terasa sihat tubuh badan dapat kembali bersukan. Terasa tidur malam sangat lena lepas bersukan. Aku tak tahu sampai bila aku akan bersukan. Tapi, aku akan terus bersukan selagi terdaya.


p/s : Suka sangat main catur. Tapi, tak jumpa geng la. Dulu selalu lawan dengan ayah. Miss that moment so much!! 
Post a Comment