They're My Best Buddies

Thursday, 13 October 2011

Bila Pesalah Rasa Bersalah

Assalammualaikum dan Selamat Pagi BLOGgers..!!

Pagi ni sepatutnya mood aku agak ceria selepas keluar bergembira malam tadi. Tapi, memandangkan aktiviti malam tadi habis lewat, maka pagi ni aku dan beberapa orang teman sepejabat menjadi agak lemah gemalai, tidak bermaya selain dari disulami oleh kuapan yg tak henti-henti ** tu aku je!!

Okay. Kembali kepada cerita asal. Bila pesalah rasa bersalah...? Mesti ada di antara kita yg pernah berdepan dengan situasi macam ni kan..? Hmm..untuk tidak mengaitkan tajuk entri ni dengan kisah hidup aku atau sesiapa sekalipun, jadi aku akan menulis secara general. Takde niat nak menyinggung hati mana-mana pihak (",)

Selalunya, pesalah-pesalah yg bagaimana akan rasa bersalah..??

1. Pesalah yg bersalah dengan Yang Maha Pencipta
Okay. Kategori pertama aku dah rangkumkan diri kita semua. Bagi diri aku sendiri, memang sentiasa rasa bersalah dengan Allah di atas setiap perbuatan yg aku lakukan. Kadang-kadang aku selalu tertanya, apa yg sedang aku lakukan ini adakah direstui oleh-Nya..? Banyak kelemahan dalam diri yg membuatkan aku sentiasa rasa bersalah ** alhamdulillah, selepas bermuhasabah diri aku kini sedang dalam proses menuju ke arah kebaikan :) Perkara pertama yg sering aku lakukan jika diri dilanda rasa bersalah, adalah dengan bertaubat dan memohon keampunan dari-Nya. Hati akan kembali tenang jika kita benar-benar ikhlas tentang pengakuan salah dan permohonan maaf itu.

Seperti Fimran Allah yg bermaksud :
Sesiapa yang melakukan perkara buruk atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan dapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah An-Nisa : ayat 110)


2. Pesalah yg bersalah dengan Ibu Bapa
Hmm..dulu aku pernah rasa bersalah dengan mak dan ayah bila aku bersikap tidak jujur dengan mereka. Walaupun bukan dengan niat untuk menyakitkan hati mereka, tapi rasa bersalah tu tetap ada bila melihat mereka ambil serius dengan setiap tindakan aku. Mungkin ada juga di antara kita yg pernah berkata, "aku menipu mak dan ayah sebab nak jaga hati diorang.." Tapi, cuba bayangkan jika penipuan tu terbongkar..?? Tidakkah rasa bersalah wujud dalam hati..? Sebolehnya, cubalah untuk menjaga hati kedua ibu bapa kita agar tidak terluka dengan setiap pembohongan yg kita lakukan. Berterus-terang jika kita telah berbuat salah. Minta keampunan dari kedua ibu bapa kerana melalui keampunan mereka, kita akan mendapat keampunan dari Allah juga. Wallahu'alam.


3. Pesalah yg bersalah dengan manusia lain
Pesalah sebegini memang kita selalu terjumpa di mana-mana. Merompak, merogol, meragut, membunuh, memfitnah, menipu dan sebagainya, merupakan contoh-contoh kesalahan yg akan mewujudkan rasa bersalah dalam hati ** tu pun kalau pesalah tu sedar dirinya bersalah la... Selalunya rasa bersalah tu akan wujud selepas pasalah-pesalah ini mendapat balasan atau hukuman yg setimpal dengan kesalahan yg mereka lakukan. Tapi, masih ada juga antara pesalah-pesalah sebegini yg tidak pernah rasa bersalah. Memang masalah besar orang-orang macam ni. Bersalah dengan Tuhan, kita masih berpeluang untuk meminta keampunan-Nya. Tapi, bersalah dengan manusia, bagaimana nasib kita di 'sana' jika mereka tidak memaafkan kita..??

Allah itu Maha Mengetahui. Jika kita dihambat dengan perasaan bersalah, maka segeralah kita perbaikinya. Dia juga tahu bila di saat-saat hamba-Nya akan berasa lemah dan putus asa kerana sering dihantui dengan rasa bersalah dalam diri.

Firman Allah S.W.T yg bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Zumar : ayat 53)


Google
Tapi, aku pernah juga tertanya, kalau pesalah-pesalah begini ada rasa bersalah, kenapa masih tetap melakukan salah..?? Aku pernah terbaca satu artikel mengenai perasaan bersalah ni. Zaman Rasulullah S.A.W dulu, ada seorang Kafir yg sering melakukan kesalahan seperti mempersendakan Baginda, menyakitkan hati, memfitnah dan sebagainya. Namun, Baginda tidak mengambil hati tentang perkara tersebut. Malah, Baginda masih terus melayani si Kafir itu dengan layanan yg sama terhadap umat-umatnya yg lain. Baginda terus berbuat baik dan dalam masa yg sama berdakwah tentang agama Allah yg harus dianuti. Dengan mendapat layanan yg begitu baik dari Rasulullah, si Kafir itu terdetik dihatinya untuk cuba merapati Rasulullah dan akhirnya mendapati Baginda seorang yg teramat mulia pekertinya. Si Kafir itu akhirnya merasa malu dengan dirinya sendiri dan mula berasa bersalah dengan setiap perbuatan yg dilakukannya.

Secara peribadi, aku bersyukur kerana perasaan bersalah tu ada dalam diri aku. Cuba bayangkan kalau aku dah buat salah, tapi aku takde rasa bersalah...?? Ataupun yg lebih teruk lagi jika aku tak sedar langsung tentang salah yg aku lakukan. Na'uzubillah. Seperti yg pernah aku baca di blog salah seorang blogger, "rasa bersalah itu satu nikmat"

Ya Allah, moga Engkau akan terus membuka pintu hatiku ini untuk terus mengikuti jalan yg Kau redhai. Tanamkan rasa bersalah dalam diriku ini agar aku akan lebih berhati-hati untuk tidak mengulangi kesilapan yg serupa satu hari nanti. Amin.

p/s : nak jadi hamba yg labih baik





Post a Comment