They're My Best Buddies

Friday, 7 October 2011

"Aku period la..!!"

Erkk..tajuk ni ditulis bukan dengan niat nak me'malu'kan kaum sejenis aku. Bagi aku, untuk mengatakan "Tak solat, period!!" kepada umum memang terasa malu-malu kucing la. Tapi, kalau di hadapan kawan-kawan perempuan, aku rasa okay lagi kot.

Ceritanya, tadi aku dan 3 lagi kawan-kawan sepejabat keluar makan di kawasan Sg.Serai, Kuang. Tiba-tiba seorang kawan ni nak makan Sup Maya Karin. Eh, kenapa Maya Karin..?? Menurut pakcik owner kedai makan tu, Maya Karin pernah datang makan di kedainya. Dan dia pula merupakan salah seorang peminat Maya Karin. Okay, tutup cerita pasal Maya Karin.

Tengah sedap layan sup tulang yg maveles tu, datang sekumpulan lelaki yg nak makan la.

"Eh, diorang ni makan waktu sekarang tak pergi solat Jumaat ke..?" salah seorang kawan aku bersuara, dengan ton suara yg direndahkan. Belum sempat aku dan yg lain-lain menjawab, tiba-tiba kedengaran satu jawapan dari mulut salah seorang lelaki dalam kumpulan tu,

"Aku period la..!!"

Perghhhh..best gile boleh jawab gitu. Memang tabik spring la kalau dia betul-betul period. Tanpa segan silunya dia menjawab walaupun ada kami dan makcik-makcik kedai makan yg memandang. Mungkin niatnya nak bergurau. Tapi, bagi pendapat aku, secara peribadinya, jawapan tu agak bodoh kot. Maaf kalau aku gunakan perkataan bodoh. Tapi, itulah hakikatnya.

Solat Jumaat tu telah termaktub, wajib bagi lelaki Islam yg sudah akhil baligh, berakal, berkemampuan, merdeka dan bermukim. Aku rasa semua lelaki-lelaki yg ada kat kedai makan tadi cukup syaratnya. Cukup sifat. Sihat tubuh badan. Susah benar ke nak menunaikan solat Jumaat..?

Firman Allah S.W.T yg berbunyi :


Wahai orang-orang yg beriman, apabila diseru azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid) untuk mengingati Allah (solat Jumaat), dan tinggalkanlah jual-beli. Demikian itu adalah lebih baik, jika kamu mengetahuinya - Surah Al-Jumuat ayat 9

Jadi, sebagai umat Islam yg patuh dengan suruhan Allah S.W.T, haruslah kita ada rasa kesal untuk mempersendakan isu untuk tidak mengerjakan solat dengan memberi alasan-alasan bodoh seperti lelaki di atas. Solat Jumaat tu 2 rakaat je bro, susah sangat ke nak tunaikan..??

p/s : Solat 5 waktu pun wajib kita tunaikan. Jangan tunaikan Solat Jumaat je. Takde la nanti timbul isu, Islam hanya seminggu sekali. Wallahu'alam (",)




Post a Comment