They're My Best Buddies

Wednesday, 12 October 2011

Ada Orang Ke-3..??

Assalammualaikum dan Selamat Pagi..!!

Entri awal pagi hari ni dengan tajuk kontroversi sekali lagi. Hahaha...macam la selalu sangat buat entri yg kontroversi (",)

Malam tadi aku bertemu dengan si dia. Lepak-lepak. Minum-minum. Borak-borak. Kebetulan kat kedai mamak yg selalu kami lepak tu dah ada WIFI..!! Bagus...ada kemajuan. So, aku pun dengan senang hatinya meng'wifi'kan diri sambil membuka laman sosial FB. Sekali masuk satu mesej yg dulu pernah aku terima. Dari orang yg sama. Mesej tu adalah mesej balasan dari orang tu.

Sebelum ni, lelaki tu pernah bermesej dengan aku dan memberitahu sesuatu tentang hubungan aku dengan si dia. Si dia yg aku kenal hampir setahun, alhamdulillah, buat masa ini tidak pernah berahsia dengan aku. Tapi, aku tak tahu la kalau dia memang ada rahsia lain yg tidak diceritakan. Wallahu'alam.

Apa yg aku nak tekankan di sini, walau apa pun yg si dia buat, walau ke mana pun si dia pergi, aku mesti tahu. Tak pernah lagi aku tak tahu perihal perbuatan dia. Mungkin ada la yg aku missed tentang si dia. Tapi, banyak yg aku tahu dari tak tahu.


Pelik bin Ajaib. Haaa...sedap nama tu (",) Aku tak kenal pun lelaki ni. Memang la ada seorang kawan yg meng'link'kan kami berdua. Aku kenal kawan dia tu yg pernah jadi kawan aku dulu. Tapi, kalau betul kawan tu kenal sangat dengan si dia, kenapa tak beritahu je kat aku tentang si dia..??

Dah la sebelum ni aku pernah terbaca di Harian Metro tentang beberapa hubungan pasangan suami-isteri, tunang dan kekasih yg dihancurkan oleh seorang anggota lelaki melalui laman sosial macam ni. Adegan fitnah-menfitnah ni dah jadi satu trend ke sekarang..? Aku tak pernah lagi ada hati nak masuk campur hal orang lain. Tapi, kenapa ada orang yg sibuk-sibuk nak masuk campur hal aku..? Apa saja la yg kawan tu tak puas hati dengan aku.

Tapi, kalau korang baca mesej yg aku dapat ni, nampak macam lelaki tu desperate je nak berkenalan dengan aku. Hahahaha...dunia..dunia..

p/s : macam-macam cara yg orang sanggup buat asalkan dapat puaskan hati sendiri...hmm





Post a Comment