They're My Best Buddies

Friday, 30 September 2011

"U Open Minded Tak..??"

Morning BLOGgers!!

Assalammualaikum W.B.T. Harap-harap semua bloggers sihat la hari ni hendaknya ye (",)

Back to the topic. "I'm XYZ from KL..open minded type..u open minded tak..?" Rasanya ramai yg pernah dapat mesej macam ni, kan..? Tak kisah la kat FB ke, TAGGED ke, NETLOG ke atau mana-mana social network la pendek kata.

Aku..?? Selalu sangat dapat mesej macam ni. Bila aku cuba fikir dari sudut yg positif, mungkin mereka-mereka ni sekadar nak berbual tentang perbualan yg lebih dewasa. So..."tengok keadaan la nak jadi open-minded...why..??"

Aku yg jujur lagi lurus ini memang la mengharapkan jawapan yg baik-baik aje. Tapi, memang meleset sama sekali la!! Tahu dah jawapan yg bakal aku dapat. Cuma, saja nak bersikap positif.

"U suka pakai bra n panty kaler apa ye..??"

"U selalu horny tak..?"

"Sebelum tidur U selalu buat apa ye..?"

And the most famous question among others :

"U pernah main dengan mana-mana lelaki tak..?"

OMG!! Teruk betul la bila dunia di hujung jari ni. Sebab tak bersua muka, jadi orang boleh cakap sebarangan, asal dapat memuaskan nafsu sendiri. Gila!! Aku dah sehabis daya untuk mem'private'kan profile aku dari dicerobohi oleh mesej-mesej strangers yg mengarut macam ni. Tapi, ada juga yg terlepas. Pelik. Memang takde makna la nak layan orang-orang macam ni.

Agaknya sebab zaman sekarang ni dah terlalu didedahkan dengan macam-macam teknologi, jadi ada orang-orang yg dah menyalahgunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Memanglah kalau boleh aku nak mengelak dari jadi cepat melatah. Tapi, bila selalu ditanya soalan yg 18SX macam ni, dan aku sedaya upaya menjauhkan diri dari perkara-perkara macam tu, kadang-kadang aku jadi agak kurang sabar juga. Rasa nak lempang je orang-orang yg tanya soalan macam tu. Dylla...breath!!

p/s : Ya Allah, jauhilah aku dari manusia-manusia begini..amin




Post a Comment