They're My Best Buddies

Tuesday, 6 September 2011

Tak Pandai Berenang Tapi Boleh Menyelam

Macam pelik ke letak tajuk entri macam tu..?? Tak pelik kot. Memang nak cerita perihal renang dan selam. Tapi, sebelum nak sampai ke cerita tu, banyak halangan nak kena tempuh ni..hehehe

Alhamdulilah, hari Ahad yg lepas aku, mak, ayah, abang, kakak ipar, Azeem dan adik lelakiku selamat menghantar adik bongsu kami ke UiTM Seri Iskandar. Tujuan penghantaran secara berjemaah ni sebab nak pergi mandi laut sebenarnya. Aku paling teruja sebab dah lama tak mandi laut.

Kami bertolak dari Slim River tepat pukul 9.20 minit pagi. Dan selamat sampai ke Teluk Batik jam 11.30 minit pagi. Sampai je terus cari kedai makan. Masing-masing dah lapar sebab tak sempat nak breakfast kat rumah. Siap isi perut dengan menu yg ala kadar, kami terus cari port, bentang tikar, tukar baju, apa lagi...terjun laut la!!!

Hari tu ombak sangat kuat. Tapi sebab kami ada pelampung, jadi tak la risau sangat. Kejadian renang dan selam ni berlaku masa pelampung kami terbalik. Masa tu, aku dengan adik bongsu aku berpaut pada pelampung tu la. Agak ke tengah juga kami mandi. Kaki dah tak jejak pasir. Tiba-tiba aku nampak ombak kuat menghampiri. Ombak tu agak tinggi juga. Aku yg menghadap ke arah ombak tu terus warning adik aku supaya tak lepaskan pelampung. Tiba-tiba....

Aku dah ada dalam laut. Diterbalikkan oleh ombak yg kuat tu. Tapi, masa tu akal aku memang function. Bontot aku yg cecah pasir dulu. Jadi, masa tu aku fikir, "Dylla...jangan panik" pelan-pelan aku menyelam dan dengan bantuan ombak kuat yg terus datang, aku berjaya sampai ke pantai. Alhamdulillah. Aku selamat.

"Kak, aku terlepas pelampung tadi. Ombak kuat sangat. Lepas tu aku cari kau. Kau hilang!!"

"Relax, aku ada ni..mana pula hilangnya..."

"Betul kak, lepas ombak kuat tu terbalikkan pelampung, aku dapat capai balik. Tapi, kau dah takde. Aku panik dowh!!"

Aku senyum je. Nampak muka adik bongsu aku memang panik. Aku sibuk nak stabilkan balik deria rasa aku. Air laut banyak masuk ikut hidung. Aku rasa weng kejap masa tu. Tak sampai 10 minit...

"Ekin, jom sambung mandi!!"

Kami berdua terus berlari bawa pelampung ke tengah laut balik. Ish, tak serik-serik...hehehe. Sebenarnya, aku dah 3 kali lemas kat laut. Dua kali abang aku selamatkan. Kali ke-3 aku sendirian berhad je. Jadi, sebab dah 3 kali lemas, aku dah mula belajar yg kita memang tak boleh panik bila berada dalam keadaan macam tu. Kalau panik, apa pun tak boleh buat. Boleh terkapai-kapai jelah jawabnya. Bila aku tak panik, aku boleh berfikir. Alhamdulillah, syukur Ya Allah, Kau panjangkan lagi usiaku (",)

Dah puas mandi-manda, ayah sewa chalet selama 2 jam. Apa lagi, mandi air bersih, terus tidur la. Penat kot rasanya mandi laut. Plus, lemas lagi. Huh...kenangan manis sungguh..!!

p/s : kesian kat anak buah aku, Azeem...dia demam hari Ahad tu, so tak dapatlah nak bergumbira mandi laut dengan makngah dia ni..next time kita datang lagi, ye Azeem!!
Post a Comment