They're My Best Buddies

Monday, 26 September 2011

Spiderman...activate!!!

Apa hal pagi-pagi nak cakap pasal Spiderman ni Dylla oii..?? Eh, lupa pula...assalammualaikum dan selamat pagi BLOGgers :)

Bukan apa, tertulis tajuk entri pasal Spiderman tu sebab gara-gara dah lama tak update blog la ni. Online je tadi, terus nampak sang labah-labah berjersi biru-merah sedang enak merangkak-rangkak membuat sawang yang bukan main banyak lagi.

Aku rasa last entri aku hari Rabu lepas minggu lepas kot. Haa...lepas tu dah tak reti-reti nak update dah. Bukan tak reti kawan-kawan, tapi dari hari Khamis tu aku agak sibuk menguruskan diri. Banyak kerja nak kena siapkan sebelum aku berangkat pergi meninggalkan bumi Kundang ni.

Jumaat lepas, aku ke UniRazak untuk mengambil offer letter. Alhamdulillah, rezeki aku ada untuk bekerja di sana. Berkat doa mak, ayah dan kawan-kawan semua :)

Pergi sana dengan ditemani sang bf, yang memang sengaja aku ajak untuk menemani aku. Kebetulan Jumaat tu ulangtahun kelahirannya yang ke...?? Hehehe..rahsia la..bf aku dah tua kot..hahahaha (",) Jadi, alang-kepalang dah cuti kan, apa salahnya sambil menyelam minum air. Pergi ambil offer letter dan sekaligus dapat celebrate birthday si dia tersayang. Tapi, tak celebrate pun. Pergi makan-makan je. Dia tak nak celebrate lebih-lebih sebab setiap kali birthday, dia akan bersedih teringatkan arwah abang kembarnya. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Muhamad Masnizam Ismail...amin.

Siap kerja hari Jumaat, Sabtu tu aku terpaksa cuti mengejut pula. Tiba-tiba si dia nak jumpa dengan mak dan ayah di kampung. Jeng...jeng..jeng...macam apa je. Tak tahu angin apa yang dah melanda, tapi bila dia cakap nak jumpa mak dan ayah, aku rasa seram sejuk pula. Adesss...bukan apa, dia pernah cakap sebelum ni selagi dia tak bersedia, dia tak nak jumpa mak dan ayah aku. Adakah ini bermakna..??? Fikir lebih la Dylla ni!!

Okay, sambung balik. Hari Ahad pula (semalam) aku sibuk mengemas bilik. Eh, kemas ke..?? Takdelah kemas mana pun. Cuma sekarang ni aku dah mula nak kena bungkuskan mana-mana barang yang patut dibungkus. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Oktober. Tak lama lagi aku bakal menjadi warga UniRazak. Ish, nasib baik makcik offer tinggal dengan dia sementara aku dapat cari rumah sewa yang lain. Takde la kelam-kabut sangat aku nak cari rumah sewa. Tu fikir kemudian ye.

So, minggu ni aku pasti akan menjadi super duper busy kot. Sampai pening aku nak fikir nak siapkan apa dulu ni. Banyak la pula outstanding!! Adesss....

p/s : BW petang-petang sikit kot...rindu nak baca cerita-cerita para BLOGgers sekalian (",)
Post a Comment