They're My Best Buddies

Saturday, 3 September 2011

Selamat Pagi BLOGgers...!!

Alhamdulillah. Pagi ni ada masa pula aku nak update blog. Lepas breakfast tadi, terus rasa nak BLOGging. Nasi goreng dan cekodok ikan bilis yg mak masak tu memang best la. Penuh dah perut aku. Burppp... hehehe... alhamdulillah. Kenyang sudah (",)

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa ni. Tapi, tadi masa BW kat BLOG AMMAR, terbaca 1 entri pasal wartawan Malaysia yg mati terkena tembakan curi masa buat liputan kat Somalia. Al-fatihah untuk arwah. Niat untuk turut sama membuat kerja amal, membantu membuat liputan tentang penderitaan dan kekurangan rakyat Somalia, tapi menjadi korban tembakan curi. Ya Allah, Kau tempatkanlah dia di kalangan hamba-Mu yang beriman.

Agaknya itulah perngorbanan yg harus ada dalam diri setiap wartawan kan. Apa jua tugasan yg diberi harus dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab walaupun nyawa yg menjadi taruhan. Bukan mudah untuk menjadi seperti itu. Hanya mereka yg berhati waja je aku rasa mampu memikul tugas seperti itu. Kalau aku..?? Mungkin aku tidak memilih wartawan sebagai profession aku kot. Tapi, kalau wartawan hiburan..?? Err...tu boleh difikirkan (",)

p/s : update BLOG sambil layan lagu-lagu jiwang dari hp adik...apa la budak ni..pagi-pagi dah jiwang :p

Post a Comment