They're My Best Buddies

Saturday, 17 September 2011

Sambungan Cerita Banjir

Memandangkan hari Khamis aku tak masuk ofis, aku terpaksa buat entri tentang banjir di tempat aku hari ni. Err...maksud aku, sambungan entri Banjir Oh Banjir tu.

Aku tak sangka pula keadaan di ofis sangat teruk. Banjir lumpur. Itu je yg aku boleh cakap lepas aku sampai ofis pagi tadi. Semua lantai kuning je. Berlumpur sana-sini. Barang-barang banyak yg rosak. Yg paling teruk, CPU yg diletakkan di atas lantai, memang sangat menyedihkan keadaannya. CPU aku termasuk dalam senarai barang-barang yg hampir musnah.

Dokumen yg aku dah simpan dalam kotak turut merasa tempias banjir lumpur ni. Colapse terus kotak-kotak tu aku tengok. Kakak cleaner yg selalu berbual dengan aku pun cakap department aku teruk. Aku tak berani nak masuk. Intai kat celah pintu je. Ya Allah, menarik sekali keadaannya. Aku tak boleh stay lama kat department aku tu. Bau hapak!! Busuk dowh. Sakit dada aku terpaksa hidu udara lembap macam tu. Terus lari membawa diri ke department jiran.

Aku pun takde mood nak mengemas tempat aku yg tak tentu arah keadaannya tu. Aku biarkan dulu. Mungkin hari Isnin baru aku akan kemas. Semangat nak bekerja hari ni terus hilang gara-gara melihat banyak dokumen yg tak tahu boleh diselamatkan ke tak.

Susun atur department aku yg dah jadi kelam-kabut
Lantai masih basah dan berbau hapak

Stor barang-barang orang 'Safety'
Lantai masih lagi berlumpur

Dokumen salai
Harap-harap boleh diselamatkan..amin

p/s : mungkin kenangan terakhir dengan MJC sebelum aku pergi (",)



Post a Comment